Misi Rotterdam : Primark

Memang suka sangat dengan view drp apartment Kak Ya ni. Betul2 tengah bandar. So jadi tumpuan ramai orang at certain times especially waktu petang. Penuh sllunya padang depan tu dengan orang bersantai2 di tengah panas mentari. Kite kat sini dok mengelak drp matahari, kat sana dok mencari. Alah panas deme bukan sama mcm panas kite pon. Plus diorang kan ada 4 musim, so bila dapat matahari tu rasa happy la kan sbb dah lama x jumpa. Tak macam kita ni panas & hujan sepanjang tahun. Tentu saje tidak boleh disamakan dalam bab ni.

So kadang bila ddk rumah tu mmg sukalah bersidai kat balkoni tengok orang lalu lalang kat bawah tu. Ada pakcik tua yang bagi makan burung. Ada yg saje berbaring atas rumput padang berjemur sambil dengar lagu,  Budak2 dok panjat tiang2 yang disediakan utk meregang otot badan. Senang kata meriah ler. Nazif & Naurah kerjanya mengejar burung seagull & pigeon. Seronok tengok diorang berlarian sampai tak larat nak kejar dah. Last2 biar jelah asalkan tak lepas drp pandangan. And bila nampak diorang out of border baru la datang dekat panggil soh main dekat skek.

Orang2 Dutch boleh aku katakan as FRIENDLY. Most of them loves kids. Diorang pun sama terhibur tengok Nazif terutamanya yang tak reti penat kejar burung. They smile, laugh & some even takes picture. Ahh...I missed Dutch people already huhu. Even kita ni bertudung, diorang tak discriminate pun. Well maybe adalah a few yang pandang semacam tapi lebih ramai yang senyum rather than gave us a stare. Ni antara sebab kenapa rasa nak pergi lagi kesana kalau Allah bagi rezeki. We feel welkom. Yes, they spell welcome as welkom there. Their Dutch word lah. Lagi satu yg aku belajar Gratis means Free. Boleh teka bila nampak ads merata tu hehe. Ah yes Korting means discounts. I love korting haha.

Alolo sweet tak kite? Puiii hahahaha
Kat sana jadi ratu selfie la kiterrr


Beriya tak bagi Nazif pergi kat bunga sbb nampak lebah besar haha



Eye feast



So begitulah kami habiskan hari kedua kami kat sana. Allahu..memang happy sangat dapat spend masa dengan suami & anak2, dengan kakak yang paling aku rapat. Nikmat Allah yg manakah mahu aku dustakan? Dapat lari sekejap drp life rutin yang memenatkan mental & fizikal, ianya bukan dapat dinikmati oleh semua orang. Orang yg ada duit pun belum tentu dapat peluang ni betul tak? Jadi memang tak salah kalau aku kata ini juga REZEKI terbesar drp Allah kepada kami. Sebak rasa kalau fikir rahmat & kasih sayang Allah ni. Kadang sampai malu dah nak mintak apa2 drp Dia sebab kite ni ibadat pon tunggang langgang lagi. Hmm hmmm.

Semestinya ada pengajaran yang aku dapat kutip hasil drp pengalaman kat sana. Dalam duduk2 memerhati, hati mesti terdetik apa2. Melihat & berfikir. Sometimes berdiskusi dengan Kak Ya waktu malam time rehat2 lepas makan tentang ilmu agama. Ianya bukan satu perjalanan yang kosong. Allah bagi rezeki ni mesti ada yang Dia nak aku pelajari. Melihat gaya hidup dinegara yang majoritinya orang bukan Islam pasti ada pelajaran yg boleh diambil. Sama spt Allah kata " tidak Aku jadikan sesuatu itu dengan sia-sia ". Kalau aku pergi sana tp x dapat belajar apa2 tentulah ianya sangat rugi.







Hari Isnin Kak Ya masih cuti. So dia pun bawak kitorang pergi Primark. Haa kalau nak shopping baju bajan & aksesori inilah tempatnya yang semua orang akan recommend. Kualiti setanding Cotton On, Padini & Brand Outlets tapi dengan harga pasar malam gitu. Ahhaa...yes I'm not bluffing okay! Shirts lawa2 sangat kain pun kualiti boleh dapat serendah 2-4 euro. Kalau convert RM pon range 8-15 hengget je taw. Tu yang lepas shopping terus kabo ke geng wasap if nak kirim pape utk anak2 deme. Alhamdulillah lega bila Iz okay utk pergi semula kat situ khas utk beli kiriman diorang. Kalau dia soh pergi sendiri mmg aku kata tak jadi la nak belikan kt yg mengirim tu hahaha.

Kat sana memang mostly kami berjalan kaki, naik tram, naik metro or train. Memang takde naik kereta langsung. Hari2 eksesais kaki sampai badan pun rasa ringan even makan macam haram hahaha. Sejuk2 lagila asyik lapor. Makan nasi sepinggan penuh tanpa rasa bersalah sebab tau nanti jalan banyak bakor dah semua kalori tu. I loike. Masa pergi Umrah back at 2014 for 2 weeks pun orang tegur badan susut. Balik dari Rotterdam ni pun sama org tegur badan susut jugak. Semuanya atas faktor banyak berjalan sebab portion makan memang besar takde yg kecik2 pon. Sape kata aku diet tu memang salah sama sekali. Kat sana tak jaga makan lansung siap tibai air coke hari2 hewheww. Bezanya sbb byk berjalan je. Sampai kena beli kasut barulah yang sedap nak bawak berjalan banyak. Errr.....ni alasan ke ape ni?hahaha =P

Kasut Skechers kalau kat Malaysia mau RM300 koman2. Sane 60 euro  lebih kurang jelah menghampiri & yg bestnya Kak Ya sponsor 50 euro wakaka. Rugi la korang takde kakak macam Kak Ya kihkihh. Jangan jeles. Ni pun rezeki aku jugak ni Allah bagi kakak pemurah gini. Haihh...tak terkira dah ni rezeki Allah bagi. Kena usaha lebih kuat lagi utk amal ibadat pada Dia. Mesti!!!! Jagalah Allah, Allah Menjagamu =) My forever favorite tagline.

So hari ke-3 misi ke Primark & Kak Ya ajar cara naik metro. Jalan kaki ke Station Beurs & naik menuju ke Zuidplein. 







So itu jelah update hari ke-3. Takde ape sangat la selain shopping. Layan gambar jelah yer. Tata.













Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat