Hectic Weekdays

Seminggu straight drive sendiri pergi office. Petang ambil anak-anak seramai 3 orang. Mencabar jugaklah. Habi busy sungguh balik rumah pun sampai lewat malam. Rumah tunggang terbalik dah macam hape hahaha. Kompem aku tak masak la kalau sensorang handle bebudak. Amek Naurah pastu tapau makanan baru amek the boys. Sampai rumah, makan pastu layan TV sampai pkl 9. Memang aku hadap budak2 je takde buat kerja rumah ape. Cuma semalam rajin skek sambil layan Masterchef Australia, lipat baju yg dh berhari2 atas sofa tak berusik. Settled.

Bestnya hari ni dah Jumaat. Lewat sikitlah pikap budak2 pasal mak nak berzumba dulu sejam sampai pukul 6. Dah lama tinggal eksesais sejak tak sihat ritu. Badan kena paksa buat macam2 at the end dia pun merajuk nak rehat. Itulah dah selalu sangat otot tak dikerah sepenuhnya. Berkarat engsel lutut semua. Zumba tu even akunyer pergerakkan kayu, belasah ajelah hahaha. Amek spot belakang2 skek ikot jelah yang termampu. Ah rindu pulak nak jog kat stadium. Next week harap dah boleh g kerja sekali dengan habi so dptla start jog semula.







Throwback pics masa Nadim warded kat Columbia Asia Seremban. First time tak balik raya puasa kat Johor sobsobs.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat