Mesin Basuh Dengan Pengering

Masa kat Rotterdam, Kak Ya kena pindah from unit kat Floor 3 ke unit di Floor 7. Kak Ya yang nak pindah pasal yang Floor 3 tu kadang kalau bukak sliding door boleh dengar orang bising-bising kat bawah sebab ada restoran tempat orang local lepak-lepak. So Kak Ya tak gemor ler. Kurang privacy dia kata. Kebetulan sangat masa dia nak pindah ke Floor 7 tu kena dengan masa kami kat sana. So apelagi bergotong royong la pindah barang2 semua dengan budak2. Dapatlah deme experince baru. Tak rumit sangat pun pindah pasal apartment jenis fully furnished kan. Pindah bawak personal things kite ajelah. Adalah dalam 5-6 trip turun naik lif berangkut tu.

So masa kat sana, dedua unit yang Kak Ya sewa ni menggunakan washing machine with dryer. Memang memudahkan sangat kerja pasal tak perlu dah nak ade ampaian utk sidai baju. Basuh, dry & lipat. Punyelah best bila dah merasa kerja yang biasanya ada 3 step dah jadi 2 step je. Sampai balik kat Malaysia dah mula terfikir nak tukar washing machine lama yang dah uzur setelah berkhidmat selama 7 tahun dengan kami. Tukar pun bukan saje2 jugak. Dulu masa hidup berdua, anak sorang, anak 2 orang..boleh tahan lagilah dengan muatan baju cuma 6.5kg tu. Tapi bila dah masuk 3 orang anak memang stress jugaklah pasal baju dah melambak tapi tak boleh basuh dengan banyak sekaligus.

Setiap malam boleh kata habi basuh baju 2 round. Kesian dia kadang sampai tertido depan TV dek tunggu baju habis basuh. Dah basuh pulak tu nak sidai pulak kat ampaian. Kadang tak larat sangat dia tunda sidai baju waktu pagi yang end up punch card aku merah pasal tunggu dia habis menyidai. Nak marah tak sampai hati pulak pasal tau dia penat kan. Dahlah tido lambat, kena bangun awal pulak buat kerja rumah.

Sampai akhirnya aku pun usha lah washing machine with dryer kat Lazada dengan niat nak mudahkan kerja habi & bagi dia lebih masa utk berehat kat rumah. Niat baik ni bukan tak baik hehe. Plus rasanya lebih ekonomi kalau kita dapat basuh baju sekali banyak drp bbrp kali trip. Jimat api, jimat air. Gitulah jugak fikirannya. Sebenarnya a few months before nampak dah kat rumah Abg Eddy kat Au2 guna wmwd ni. Brand Samsung. Riki2 harganya RM3k+. Gitulah rege standard wmwd ni. Memang rasa tak mampu jugaklah tapi bila niat baik, Allah pun permudahkan. Ada rezeki Dia bagi untuk kami. Alhamdulillah.

Akhirnya diskas gitu gini dengan habi, dia pun setuju beli wmwd brand LG kat Lazada. RM3k+ sikitlah. 10.5kg washer, 7kg for drying. Kalau basuh baju saje boleh sampai muatan 10.5kg tapi kalau nak dry cuma boleh 7kg muatan je. Tapinya habi basuh main sumbat je asal boleh sumbat baju OK je bile dry tu kering je semuanya. Cuma nak kena pilih function drying yang betullah. Ritu aku guna function lain memang tak kering betul pun bajunya. Masih lembab.


Yup washing machine front load. Leceh skek kena menyangkung or bongkok nak masukkan baju tapi apelah sangat nak dibandingkan dengan mudah kerja tak payah menyidai tu kan. Siap dry je boleh terus lipat. Punyelah seronok habi sampai tak terkejar aku nak melipat baju banyak sangat dah siap kering. Sabor jelah huhuhu.

Yang tak best skek pasal drying sekali ni baju tu mudah renyuk seribu. Lagi pulak kalau kau lambat naw keluarkan lepas siap drying tu. Stress nak melipat baju renyuk2 turn off la jugak. Kesian budak2 pakai baju harian renyuk2 hewhew. Nak iron setakat baju harian sape pulak yg rajin??? Kahkahh







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum