SRAI & Taska Abim

Now dah bulan 10. Tak lama dah nak masuk 2017. Agak serabut sikitlah pasal tahun depan ada 2 anak yang dah sekolah. Nazif akan menyusul Naurah since dia pun dah 4 tahun. Aku suka je masukkan dia kindy 4 tahun sebab masa Naurah dulu pun elok je dia dapat pendedahan awal. Ala, 4 tahun bukan ada apa sangat pun. Pada aku cuma bagi pengenalan je pada anak2 pada persekolahan. Bagi dia berkawan. Bukanlah sebab nak anak bijak lebih ke apa masuk kindy awal ni. Saje nak dia ada aktiviti sebab dari pengamatan aku anak2 umur 4 tahun ni bijak banyak benda dah. Cakap pun dah banyak. Diapers pun dah tak pakai. Pergi ajelah sekolah drp dduk taska tak buat apa sangat kan.

Naurah ke SRAI, Nazif ke Taska Abim. InsyaAllah dapat kot Nazif masuk taska tu pasal Ibu Midah kata Ustazah just kabo 2 weeks b4 start persekolahan, datang ke taska utk pengesahan kemasukkan & bayar yuran etc. So andaikan ajelah dia dapat huhu. Tentang van sekolah utk pick up Naurah after habis sekolah waktu petang pun dah deal dengan owner van. So Naurah akan transit ke taska Nazif & Nadim. Berkumpullah 3 beradik kat 1 taska, so mudahlah tugas kami tuju 1 tempat je waktu balik. Jimat masa.

Tak pasti samada Ibu Midah still akan bawa balik 3 beradik tu ke rumahnya macam skrg ni. Rasanya masih kot since kami je parents yg sllu ambil anak2 lewat huhuhu. Nature kerja habi yang tak tentu masa gitulah. Pulak kerja kat Cyberjaya. So amek masa jugak nak sampai ke BBST tu kan. Sebenarnya lega banyak kat kami bila Ibu Midah sudi nk bwk bdk2 semua ke rumah dia waktu petang tu. Takdelah rasa bersalah sangat bdk2 ddk taska sampai dah nak gelap & kdg dh malam pon. Kesian kan sehari suntuk kat sana. Bila diorang kat rumah Ibu Midah, OK la.

So buat masa ni semua plan kami berjalan ikot kemahuan. Alhamdulillah. Yang serabut tu sebab tak pasti pasal yuran. Ada banyak yuran kena fikir. Yuran pendaftaran tahunan SRAI & Taska Abim. Yuran bulanan. Yuran van. Yuran transit. Semuanya tak tahu lagi berapa. So dalam bbrp bulan ni expenses agak tight lah. Belum lagi bab baju sekolah, kain sekolah, tudung sekolah, kelengkapan sekolah. Ayoyo...pening kepala hahaha. Harap semuanya berjalan lancar ajelah. Bab duit tu kalau dah sesak sangat kuor jelah saving tu. Tak yah fikir banyak. Itulah gunanya ada saving kan?

Keluar rumah pagi 6.45am hantar Naurah ke SRAI dulu. Pastu baru hantar Nazif ke Taska Abim & Nadim ke taska Ibu Midah. 1 jalan je cuma kena patah balik psl priority pd Naurah lah kena punctual. Taska & kindy bukak etlis pkl 7.00pagi kan, so xleh hantar deme dulu. Dah dapat bayangkan. 7.30am dah gerak ke office, macam boleh bekpes je dulu dengan habi hahaha. Xde dah punch kad merah. InsyaAllah.

Nantilah bila dah settle semua bab sekolah kindy ni, aku buat 1 post khas psl yuran etc. Maybe dpt membantu para ibu lain in future. InsyaAllah.

Besar dah anak2 den huhuhu




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat