1st Holiday On 2017

Haritu kan sajelah cuba2 masuk kat SGI Club Kak Ya punye website. Try book bilik SG kat Melaka. Sekali boleh lah hehehe. Seronok betul rasanya akhirnya boleh lagi ke Melaka dengan penginapan FREE. Huntong banyak la ada kakak yang murah hati tak berkira apa pun dengan adik beradik. Moga Allah membalas segala kebaikkan yg ada kat dunia ni kepada Kak Ya, amin. Itu ajelah yang mampu buat utk Kak Ya. Mendoakan kesejahteraan dirinya. Moga dimakbul Allah.

Aku booked bilik tu utk awal bulan 2. Bukan masa public holiday pun since sangatlah lemau aku & Iz kalau fikir nak hadap jem & orang ramai di serata ceruk. Dia jadi macam holiday yg tak berapa holiday. Kualiti tu agak kureng. So mmg prefer pergi tarikh2 yg tak femes orang nak pergi bercuti. Supaya dapat rasa relax & enjoy the holiday. Cuma itulah bila anak dah bersekolah ni agak berat sikit nak pontengkan dia saje2. Syukurlah Naurah sekolah SRAI so habis sekolah pukul 3.30ptg. Cadangnya Jumaat tu pikap dia kat sekolah & terus gerak ke Melaka. Hotel pn check in pukul 3.00petang. Melaka pun tak jauh sangat dalam 2 jam +- dah boleh sampai InsyaAllah. 

Betapa pentingnya holiday ni pada aku. Once in a while dapat lari drp rutin hidup yg biasa, mmglah best sangat. A treat to the kiddos pon yer. Dapat fokus & tumpu pada keseronokkan kiddos mmg salah 1 impian ibu bapa kot. Bila tengok diorang berseronok, kita pun rasa seronok sama. Memang bila dah ada anak2 ni yang jadi pelakon utamanya diorang saje. Kita ni jadi pelakon tambahan je hehe. But in a way, kita pun boleh refresh balik keserasian suami isteri. Have fun together, spend time together & cherish our love. Ewah sangat =P

So I am so looking forward for the next holiday for our family. Moga Allah permudah. Amin.

Nak cerita jugak haritu kan balik dari groceries shopping, tgh kereta bergerak tu tiba2 bunyi kuat kat cermin kereta. Sekali tengok retak 1000 da cermin. Tak luruh pasal ade tinted je. Kena batu dari orang mesin rumput tepi jalan. Bincang gitu gini, dapat la 140 kena add sendiri balance total 220 semuanya tukar cermin. Adalah benda x betul aku dengan Iz tu. Duit yg kuor tu bukan rezeki kami. Maybe kurang bersedekah, solat tak cukup waktu or kurang solat2 sunat. I see things in that way lah. Kena muhasabah diri semula kami laki bini. Allah dah bagi teguran. Alhamdulillah.

Masa muda2 dulu susah nak tengok dari view mcm skrg ni. Ujian yg lalu2 menjadikan kita pada hari ini. I supposed I have learnt something good in my past test. Bila kita tengah diberi ujian, mmg kita akan rasa susah, sedih & mcm2 perasaan yg tak best. Tapi sbnrnya dr ujian itulah kita boleh belajar sesuatu dan menjadikan diri kita lebih matang, lebih realistik in future InsyaAllah. This is what we called LIFE.

Hujan lebat. Btw Nadim dah boleh berjalan hehe sdg bertatih2 la kekejap kang jatuh. Cute.

Emriel ajar Nadim berjalan HAHAHA so sweet

Makin cantik rumah Atok & Nenek kat Johor. Tq Cik Yah!!





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat