Day 7

Day 7. Oh gosh....this is a happy day. Why? Sebab aku dah lost 4kg okay. Homai rasa macam tak percaya tapi percayalah sebab Iz yang confirmkan penimbang tu tadi. Bangun pagi dengan tak pakai spek so rabun la kan, jarum penimbang pun kena tunduk2 nak tengok nombor. Belum gangguan Nadim lagi dok paut paut kaki soh angkat hahaha. Betapa banyaknya cabaran walau nak timbang berat badan je. 6 days on eat clean & dah dapat result macam ni. Ya Allah, happy tak terkata. Buat makin bersemangat utk dapatkan berat badan ideal & kembali sihat. InsyaAllah.

Dan yang paling best aku tak rasa stress mana buat diet ni. The key is DISCIPLINE. Buat dengan jujur & istiqomah. I have a longgggg wayyyy to go utk dapat berat badan ideal. Jadi slowly lah kita sehari demi sehari menahan nafsu makan & minum pd makanan yang tak sihat. Kalau dapat jadikan habit, InsyaAllah takkan wujud lagi masalah berat badan bagi aku. Itulah target aku sebenarnya. Nak ubah cara pemakanan. It just that ilmu tak cukup so tak menjadi manalah diet2 yang sebelum ni. Akhirnya Allah tunjukkan jalan utk permintaan mahu jadi sihat. So terpulanglah pada diri aku sendiri samada nak usaha ataupun tak. The choice is in my hands.

4kg dengan berat badan yang melampau mmg tak nampak perubahan yg besar mana utk aku. But surprisingly tadi terserempak lagi dengan kolig from Corp Comm di koridor jalan yg biasa. She stopped me and asked " akak, do you loose on weight??? ". Tergamam kejap mak huhuhu. Tak sangka dia boleh perasan. Dia kata " everytime we bumped into each other, I can see that you loose on weight from day by day. are you on diet? what did you do? do you excercise?" Kemain bertalu2 soalan dia kat aku hahaha. Dia ni mmg talkative orangnya. So I just be honest & tell her that I'm on eat clean diet. Then dia pun excited kata pernah buat dulu & lost a lot of weight too. Tapi lama2 x jaga then naik balik blablablaaa....begitulah kisahnya....

Kena tulis kat blog pasal si Michelle perasan aku loose weight ni pasal dialah orang pertama yg tak tahu apa2 tentang aku boleh perasan dengan perubahan badan yg berlaku sekarang. You rawkssss Michelle!!!! Orang yang selalu tengok aku maybe tak perasan. Dalam kes ni Michelle tu jarang2 nampak aku. So dia boleh nampaklah...and mata dia mmg power samalah hahaha.

Nak eat clean ni senang je. Nak masak pun simple2 je & tak amek masa yg lama. Korang gugel ada beratus kot resipi eat clean. Cuma nak dengan taknak jelah buat. Dan aku tak boleh elaborate lebih pasal diet aku ni sebab aku masuk program WLC under 1 great Coach. Coach yg banyak ilmu & aku follow most of nasihat dia. Kami ada 1 group online coaching yg semuanya nk turun berat badan. In group, semuanya bersemangat & saling back up each other. Seronok. Bila ada kawan2 kita lagi bersemangat. Inilah sebab kenapa aku join program ni. Nak dapat knowledge cara turun berat & jadi sihat dari orang yang berilmu & dapat kawan2 sbg penguat semangat sepanjang proses menjadi lebih sihat ni :)

Tapi nak share menu2 diet takde masalah pun. Nantilah yer once in a while aku share kat sini. I eat rice, I eat protein, I eat vegetables, I eat fruits. Semua nutrition yang baik aku makan and I still can loose weight. Thats the beauty of this WLC ^___^

Target. Keluor dah gambar2 lama hahaha...






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat