Jagakan Hati Kami Ya Allah

Selagi kita hidup kat dunia ni, selagi tu kita akan hadap pelbagai ujian hidup yg Allah dah rencanakan utk kita. Ujian datang in stages. Masa kita umur remaja, begini ujiannya. Masa kita dah berkahwin, gitu pulak ujiannya. Ianya berbeza-beza. Allah didik diri kita dengan setiap ujian tu. Dan ujian itulah yang menjadikan kita pada hari ini. Whether it lead us in a good way or the wrong way. Kadang ujian yang lampau tu berkaitan dengan ujian yang akan datang. The way we handle ujian yg skrg sbnrnya boleh menentukan samada kita ambil pelajaran drp ujian yg lalu atau tak. Kadang impaknya negatif, dan kadang impaknya positif. Begitulah.

Meningkatnya usia kita, we see things in different ways. Masa umur aku 15 maybe aku pandang dr view yg lain. But when I'm at my 35, suddenly I see it in different way pulak. People change. I changed. Izhar changed. You changed. Everyone does.

1 perkara yang aku belajar drp ujian putus tunang dulu, never under estimate permasalahan tentang hati & perasaan. Like I was once wrote here before, hati ni at times even diri kita sendiri pun tak boleh nak kawal. Hati ni kuasa dia memang besar. Sebab kalau kita terbawa-bawa dengan emosi, otak yang Allah ciptakan utk berfikir ni takde fungsinya lagi. Nasihat la berjuta kali pun, marah lah berbillion kali pun, kalau dah terbawa dek hati & emosi, kirim salam ajelah. Betapa hebatnya kuasa hati kan?

Tapi sehebat-hebat hati, ada 1 kuasa yang dia akan kalah. Siapa lagi kalau bukan Pencipta hati. Dialah Tuhan kita, Tuhan semesta alam, ALLAH SWT. The moment we know that we are lead to something that is wrong, cepat-cepatlah berdoa pada Sang Pencipta hati. Mintak pada Dia supaya tetapkan hati kita pada kebenaran. Jangan mudah terbuai dengan hasutan syaiton. Itu je caranya kalau kita betul-betul nak jadi manusia yang sentiasa Allah lorongkan pada jalan yang benar. Dan itulah yang kita mohon dalam solat pd bacaan Al Fatihah. Isnt it? Tunjukkan aku pada jalan yang benar, bukan jalan orang2 yang sesat & Kau murkai.

Tetapkanlah ya Allah hati ku pada suami & anak-anak. Tetapkanlah ya Allah hati suamiku pada aku & anak-anak. Jangan pernah lupa utk berdoa pd Allah begini usai setiap solat. InsyaAllah, kita kuat even ada taufan ke puting beliung yang datang.

Dia masalah kalau otak dari awal2 dah kata TAK SALAH. Atau dok cakap AKU TRY dulu tengok how it goes. Ini macam jenis orang, kasi tampo je laju-laju 100 kali. Bior mereput sane. Geram ni geram. Emo huhuhu :P

Jagakan hati kami ya Allah. Amin yra.



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat