Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....

By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat bayangkan HAHAHA. After that baru drop Nadim kat daycare. Last sekali menuju ke Salak Tinggi pekan lama utk ke SRAI Naurah. Then barulah kami boleh ke tempat kerja di Cyberjaya. 3 anak, 3 tempat persinggahan yg berlainan. Nasiblah aku & Iz kerja tempat yg sama. X larat nak singgah banyak2 tempai hoiiii. Pagi2 dah lemauuuuu. Tapi yg bestnya bila balik pertang, kami tuju 1 tempat ke pick up kiddos. Legaaaa banyaaaaakkkkk. Boleh sampai rumah lebih cepat, boleh Iz start masak for dinner early, boleh la perut semua orang berisi dengan lebih awal. Mudah mudahan....

Punch card office pun InsyaAllah takde kaler merah dah lepasni pasal keluar awal kan. If by 7.30am dah settled hantar kiddos ke destinasi masing2, by 8am gaknye dah boleh sampai office. Harap bos acknowledge so dapat bonus lebih ke increment lebih ke lepas2 ni eh. HAHAHA. Itu lagi penting drp upgrade position pada aku. Naik position tp gaji sama apalah gunanya. Kekal position tapi gaji naik itulah yg dicari2 ye tak? Kehkehhh. Apa ada pd pangkat. Yang penting itu RM nya pasal itulah yg membantu kita meneruskan kehidupan seharian.

Emm..berbalik pada bab bangun awal tu, Alhamdulillah dah sebulan la senang cakap aku ubah ealting lifestyle ni, badan dah lebih ringan & masalah mata kena gam waktu pagi dah hilang sama sekali. Badan dah lebih sihat dia effect banyak benda rupanya. Dah solved masalah susah bangun tido awal, solved masalah selalu tak sedap badan, solved masalah berat badan nak angkat masa Solat. Itulah aku kata keputusan join WLC Team Syai Aizat adalah atr keputusan terbaik aku buat utk tahun 2016. Ia menampakkan sinar masa depan yang lebih cerah utk aku drp tahun2 sebelumnya. Life will be better, InsyaAllah.

Happy Mommy, happy Daddy & happy Kiddos. Looking forward to that.





















Tumpang celebrate birthday Nadim dengan sepupu pertama belah PIL si Marissa. Nadim celebrate kat taska awal dah sebelum ni. Huntonglah dapat 2 kali sambut awak ye Nadim. Kalau ikot aku dengan Iz, memang takde dahla nak buat majlis meraikan gini hehehe. Cukoplah buat dekat taska aje kan. Mmg praktik gitu je dari zaman Naurah lagi berterusan sampai ke Nadim. Beli kek celeb kat taska dengan kawan2 je. Buat sekadar nak happykan kiddos. Jimat pun yer HAHAHA. Cheapskate.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat