Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^

Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.

Kiddos pun doing good. Naurah dah makin serasi dengan suasana sekolah rendah yang baru. Dah start ada kerja rumah. So as usual aku dah jadi singa semula dimalam hari HAHAHA. Nazif aku tak berapa nak tekan sangat lagi pasal 4 tahun kan. Masa Naurah dulu 4 tahun pun takde homework. Sebab umur ni cuma kita nak perkenalkan dia aje dengan alam persekolahan. Enhance their social skill with new friends & teachers. Tapi aku plan nak beli jugaklah buku latihan menulis & mewarna so that malam2 dia boleh buat sesama dengan Naurah. Tidaklah tercongok je mengacau kakak tak buat apa.

Cabaran terbesar aku ialah Nadim yang makin lama makin lah manjaaaa. The boys ni dedua memang manja sangat dengan aku. Naurah dulu masa kecik takdelah manja sangat mcm diorang ni. Pastu dah besor ni pun lebih rapat dengan Iz. The boys ni dia punya manja tu sampai aku ni boleh kata tak boleh nak buat kerja apa lah. Nadim paling kritikal skrg ni pasal nak berkepit sokmo. Mengekor aje bontot aku kemana pergi waima ke toilet. Menangis meraung macam kena pukul. Memang fasa dia lah tu skrg ni cuma jd cabaran buat aku pasal nak kena fokus ajar Naurah buat homework tu. Iz biasalah kalau dah buat kerja rumah dia memang tak boleh harap dah bab menengok ke anak ni.

Orang laki kan kepala dia tu jenis 1 kotak je. Kalau dah buat 1 benda, itu jelah dia fokus tak boleh nak multi tasking langsung macam kite org perempuan ni kan. See how strong we are as a woman. Inilah buktinya HAHAHA. Hebat & bijak. Pantas & cantik. Ape kena mengena tah KAHKAH. 

Jumaat ni kami balik Johor. Harini pun dah last sekolah for Naurah & Nazif. Esok cuti sampai hari Selasa. 1 Feb baru start sekolah semula sempena cuti CNY.  So amek peluang lah balik ke Johor sebab time cuti sekolah kami pulak kena kerja. Sayang cuti sebab banyak plan nak pergi holiday. So selagi boleh jimat cuti, kami cuba.





Penuh henfon gambar dia saje. Maklomlah yang paling kecik & bongsu kan. Yang dah besar2 tu payah naw nak tangkap gambarnye. So kita fokus yg senang ajelah HAHAHA. Berjalan dah makin steady. Terkedek2 comel sangat tengoknya. Suka buat muka comel. Ni ajaran pengasuh kat taska sane lah tu. Kelip2 mata lah, emmuahhh flying kiss lah. Gedik betul kadang nengoknye KEHKEH. Tapi itulah yang buat hati ammi ni cair. Selalu tak jadi nak marah bile dia buat onar pasal pandai buat muka comel tu. Kita marah boleh pulak dia kelip2 mata sengih. Sabor jelah. Memang aku kalah lerrr. Untong jadi budak kecik. Sok dah besor mcm kakak & abang tu APTB hahaha...









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat