Lemak Dah Liat Haha

Kejap je dah hari Khamis. Esok dah Jumaat lagi. Yeayyy. Memang paling syok bile dah hari Jumaat sbb 2 hari lepastu dapatlah lari drp rutin kerja 5 hari. Dapat spend time dengan kiddos, bawak deme jalan2, itulah yang paling best sekali.

Pasal usaha nak turun berat badan, kejap je nak masuk 2 bulan buat. Bulan kedua ni ada nampak makin kurang strict la hahaha. Masa bulan pertama tu kan semangat membuak2, so mmg nak tengok betul ke diet ni boleh turun berat badan. Bile dah nampak hasil, memang happy lah kan. Pulaknya awal2 tu kemain lagi seminggu blh turun sampai 4kg. Skali masok bulan kedua liat dah lemak nak mencair hahaha. Seminggu lebih lagi nak genap 2 bulan jaga makan. Alhamdulillah turun dah 7.7kg drp berat asal. Syukurrrrr. Diet yang tak stress mana lah senang cakap. Tak berlapar. Kadang2 lapar tu adalah tapi takdelah sampai kebulur naw hahaha.

Maklom lah kan berpuluh tahun hidup portion makan ikot suka hati je. Timing pun main belasah. Asal lapor, ada makanan, makaaaaannnnnn. Memang dah cara makan gitu. Takde time. So skrg ni mmg follow time & portion, itulah cabaran yg paling besar. Pastu makan pun pilih2. Tak semua makanan boleh ngap. Pilih yg real foods & healthy je. But once in a while aku makan je cubit2 apa yg depan mata. Mencicipi bak kata orang tu. Sebab aku memang tak follow yang cheat day tu. Rasa stress pulak menunggu nak sampai cheat day tu. So aku follow yg aku rasa selesa, mencicipi bila benda ada & teringin sangat.

Sebab aku paling nak elakkan adalah rasa stress dalam proses turun berat badan ni. Pasal dah target nak ubah cara makan. Dengan harapan nak konsisten buat sampai bila2 kalau mampu. So aku kena jugak ada rasa seronok or rasa free & easy dengan diet ni. Itulah otak aku kata kalau nak pemakanan gaya gini kekal lama. Usually kat office memang tak masalah mana kecuali kalau ada celebrate birthday opismate yg mane masetu mmg declare ajelah cheat day sbb makanan mmg sedap2 plus ade kek hahaha. Ritu tewas dah dengan Durian Cheese Cake yg super sedap. Homaiiii...aku bawa balik sebekas pun habis licin dikerjakan Naurah & Iz. So lepasni tau dah nak beli kek apa yang kompem habis kat rumah tu huhu.

Bab eksesais setakat ni masih liat wakaka. Pasal dah tau coach kata nak turun berat badan ni 80% jaga pemakanan, 20% eksesais. So nampak kan peratus mana lebih besar. Jadi aku fokus yg tu ajelah setakat ni. Cuma kalau ada peluang macam company sponsor masuk Fun Run 5km masa Twincity Marathon ritu, aku join ajelah as an added value in changing my lifestyle. Ade peluang, grab je. Once in a while jogging kat stadium mini mpsp tu pon boleh. Zumba kat office every Friday pun okay. Buat sikit2 macam tu ajelah.

Ok itu ajelah update on my target this year. Moga terus istiqomah & dapat jadi sihat macam dulu. Amin.

Muka tetap lebor sepinggan hahaha. Pic tahun lepas ni. Dec 2016 kahkahh



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum