Nazif di Taski Abim







Ini ada gambar fresh dari wassap group Taski Abim 2017 yg Ustazah snapkan. Alhamdulillah nampak molek je ha Nazif kat sana. Biasalah kan cabaran awal2 hantar anak mengenali alam persekolahan dengan menangis bagai tu. Perubahan besar kot bagi depa. Dengan usia yg macam tu, kita pun tak payahlah risau & stress sangat. Normal je bukan tak normal anak2 takut & tak suka nak pergi taski awal2 tu. Cuma kita kena sabar ajelah. Ini dah masuk minggu kedua makin serasi dah Nazif dengan taskinya. Dah kenal dengan kawan2 & ustazah. Happy dah dia bila tanya nak pergi taski tak esok? Dia angguk kepala cakap naaakkk!!!

Kalau anak2 cakap taknak, kena tanyalah kenapa taknak. Pastu bila dah tau kenapa pujuklah dia dengan apa yang seronok kalau pergi taski. Kita pun kena main peranan sebagai ibu bapa. Jangan asyik nak marah aje. Cuba kita ingat balik diri kita masa kecik2 dia dulu macam mana. Mesti kita pun boleh faham perasaan anak2 ni sebenarnya macam mana. Ada orang kata 4 tahun kecik sangat lagi nak hantar kindy. Bab ni ikutlah penilaian diri ibu bapa sendiri pd anak2. Kita je yang lebih kenal anak2 kita kan?

Kalau aku memang jenis hati kental je. Sbb aku tahu bdk2 4 tahun ni dah boleh dididik sebenarnya. Lagi muda, lagi sponge otak dia menyerap persekitaran. Asal dapat ilmu sikit2 tu aku cukup puas hati dah. Nak kenalkan dia dengan alam persekolahan. Lambat laun mmg kena pergi sekolah jugak. Bezanya awal atau lambat je. Macam Nazif ni dah masuk 4 tahun, sok dah 5/6 tahun aku pasti takde masalah dah dia nak ke taski sebab dah biasa.

Semua ni pun aku tengok dari progress Naurah dulu. Kalau dia boleh buat, adik2 pun mesti boleh. Tak kiralah jantina apa pun, aku taknak bezakan dari segi tu. Anak2 aku semuanya mesti kena belajar berdikari & jadi berani. Aku nak pupuk keyakinan diri tu dari usia muda. Naurah dulu masa 4 tahun, review dia dr teacher mmg tak memberansangkan sangat. Pemalu. Tapi masa dia 5 tahun, elok dah semua hasil didikan kat sana sampailah ke 6 tahun, lulus exam SRAI Salak Tinggi. Alhamdulillah. 

Aku impikan adik2 dia pun boleh ikut jejak langkahnya. Tapi kalau tak boleh pun, idoklah aku nak marah ke ape pasal paham potensi budak2 ni berbeza. Cuma corak tu aku nak bagi sama rata je semua. Hasilnya tu terpulanglah pd potensi diri masing2. Walau kena pergi sekolah, still aku nak kiddos enjoy their childhood. I want them to be happy. Thats all. Selagi diorang masih kecil, aku & Iz lah pencorak kehidupan mereka. Nanti dah besar kena dengar pendapat masing2 dah. Tak boleh nak corak2 ikut pandangan kita je. Selagi boleh corak, aku corak ikut acuan yg aku & Iz nak. Kenalilah & cintailah agamamu kiddos. InsyaAllah kalau kamu semua kenal Allah dengan baik dari kecil, cerah masa depan sampai bila2. Amin yra.





Popular Posts