Aku Kena Game!

Tak puas hati ni nak kena tulis jugak kat sini. Alkisahnya ada Bowling Tournament Inter Department hari ni. Petang karang. Last 2 weeks Bos ajak aku join jugak macam last year. Aku okay jelah kalau dah takde sangat orang yg berminat nak main. Bowling je pon. Support jelah kan. Tapi kalau ada orang lain nak main, aku tadahkan dulang la ganti tempat aku. Kehkeh. Iyerlah, aku kalau kena join, dah 1 hal nak balik BBST dulu amek kiddos pastu datang balik Cyberjaya game kat D Pulze. Agak renyah la orang kata kan. Kang kalau tak amek kiddos, kesian pulak lambat sangat pikapnye. Kite nak berjimba pon hati tak tenang orang kata tuh. Gitulah perasaan dah jadi mak mak pak pak ni kan.

Then a few days after, kolig wassap aku kata ada tambahan pemain. Kire nak main lah ni. Perghh aku punye suka lah kan, laju la kata okay kalau macam tu aku takyah main ah dah cukup 1 team ni. Bos pon bile aku kabo dia sokay je takde hal. Lega lah kira macam berjaya escape kali ni kan hehe. Then a few days before dapat emel nama team yang join, aku di approach AJK yang handle game ni. Dia kata ada sorang akak dept lain tu naaaaak sangat main tapi dia takde geng. So si AJK ni kata kesian naw lah akak tu takde geng. So dia kata dia pun volunteer lah jd geng dgn akak tu & pujuk aku join sama. 

Aku pun dengar akak tu beriya naw nak main biaselah jadi kesian kan. Akak tu memang aktif pun join xtvt office ni. So aku dpt bayangkan la kekecewaan dia tu. So agreed jelah join sama & sorang lagi aku kata letak jelah nama Iz since dia pun akan ada sama2 dengan aku gak kan. Even Iz takmo main pun, aku jelah baling 2 kali gilir2 dengan depa. Apedehal hahaha. Then last Friday jumpa dengan Akak yang beriya nk main ni, aku pun tanya dia. Dia kata dia mmg nak main tapi dah takde geng sokay je tak main pun. Dia kata si AJK ni yang beriya ajak dia main jugak pastu guna nama aku kata kesian aku nak main tapi group dah penuh. Woiii aku memang taknak main kot!!! Asal petik nama aku pulak ni????? Grrrr.....

Tu yang aku rasa aku dah kena game ni. HAHAHA. Aku rasa sbnrnya yg nak main tu si AJK. Last year aku 1 team dgn dia pun main bowling ni. So aku dapat rasakan la dia nak main lagi sebenarnya tapi takde geng. Bos pun tak ajak dia join team ritu wuhuhu. Aku ingat dia mmg taknak main lagi since dia AJK kan. Last year dia bukan AJK. Haihh...apelah salahnya kabo je hal yg sebenar. Aku pun takdelah kejam sangat kan kalau dia kabo dia nak main tp xde geng. Yang geram tu kat Akak tu dia kata aku yang beriya nak main. Kat aku, dia kabo Akak tu yang beriya. Cisss sangat!

So skrg ni  terpaksa rela lah aku main. Petang karang ade game. Pukul 4 aku & Iz chowsin amek kiddos since game start pukul 5. Bertabahlah. Sudah ditakdirkan yer. HAHAHA. Layanzzz.


Sedap hoiiii. Roti John Cheese Mael Lambong, Melaka



Popular Posts