Penyakit Pun Ada Kebaikkannya

Lama dah tak merapu kat sini. Agak aku dah takde banyak sangat thoughts macam dulu eh. Makin berusia makin memboringkan gitu pemikiran aku ni hahaha. Maybe pasal sibuk pun yer dengan rutin harian. Otak tu fokus kat family, kerja & kawan2 aje. Tak selalu sangat dah menerawang macam dolu-dolu. Kadang ade terfikir gitu tapi tak sempat nak tulis sini dah lesap semua idea. Sabor ajelah kehkeh.

Diet setakat ni sempoi-sempoi gitu ajelah. Tak strict sangat macam first month dulu. Boleh kata apa je makanan ada, aku tibai. Bila takde, aku follow rutin diet macam biasa. Memang sempoi gila ah. Disebabkan itu aku takut nak timbang berat badan skrg akaka. Malas nak stresskan diri sebab tau tak jaga betul sangat kan. Iz kata ada naik sikit. Aku pun rasa naik sikit. Tapi baju2 masih longgar macam masa turun banyak tu, so takdelah risau mana. Slowly lah pasal nak jadikan diet ni as rutin sampai bila2 kan. Bile boleh diet, kite diet. Bila rasa nak makan sedap, kita makan. Barulah tak stress hidup gitu. Bagi balanced antara pleasure & restriction. Tapi kalau dah naik banyak sangat kg ni mmg kena fokus semula la. Berat skrg dh rasa agak selesa sbb still masih ada yg tegur sudah turun berat badan. Okaylah tu asal tak segemuk sebelum ni hihi

Sabtu ni birthday Naurah yang ke-7 tahun. Sekejap je dah besar ye awak. Celebrate biasa2 jelah kami sekeluarga kecik ni. Nanti tanya Naurah dia nak makan kat mana. Aku agak dia mau ke Sushi King or makan ribs kat TGI/Tony Romas. Biorle dia yang pilih. Belikan sepotong kek je sudah. Takyah beli banyak2 pasal yg lain bukan suka makan kek sgt pun kecuali aku hahaha. Kang aku pulak yg tabley tahan membahan semua kek yang ada. Better beli sepotong dua je.

Teringin nak pergi Ikea or Decathlon. Tapi ini birthday Naurah ke aku?Hahaha. Aku & Iz pun tengah tak berduit sangat ni. Menunggu masa gaji je sbnrnya ni. Duit yang ade so-so je. So kalau g memane pun agaknya more to window shopping sajelah. Hadiah perlu ke bagi kat Naurah eh? Takde praktik pun bab ni kat kiddos. Lagipun Pak Ngah kiddos ni rajin membelikan hadiah time birthday anak-anak buah. So kire ada lah jugak hadiahnya kan. Nak banyak2 hadiah buat apa? Tak elok membazir.

Masuk bulan kedua ni macam dah agak serasi dengan rutin harian. Cumanya makin lambat pulak keluar rumah pagi2 tu. Naurah sampai sekolah asyik ngam-ngam bunyi loceng. Kena perbaiki semula bab masa ni. Sejak-sejak Nadim dah makin besar ni kan, rasa agak lega jugalah sebenarnya. Rasa happy dah dengan 3 amanah Allah pada aku & Iz ni. Memang takde rasa nak menambah lagi dah. 3 kids just nice for us. Cuma as usual tak boleh kalau tak tulis kalau Allah bagi rezeki lagi je. Rezeki dari Allah, kami redha je. Tetap happy & akan meraikan anak itu selayaknya. InsyaAllah. Berlapang dada itu lebih mudah drp berkeluh kesah :)

Oh yer, nak bagitau pasal Nadim sakit ulser haritu kan, Alhamdulillah asbabnya skrg dia dah tak lagi suka memasukkan 2 batang jari telunjuk & hantu dalam mulutnya especially time tido. Mengingatkan aku kes Nazif bercerai dengan pacifier/puting kosong dia dulu. Pun kes yang lebih kurang sama. Mulut/gusi sakit, tak boleh nak sumbat apa2 dalamnya. Nadim punya kuku sampai jadi tak cantik pasal asyik berendam dalam air liur. Now dah tak menghisap jari for almost 2 weeks. Terima kasih Allah. Dalam pada kita bersedih & bertabah dengan ujian anak tak sihat, masih ada kebaikkan juga yang datang daripada penyakit itu. Allah ya Allah, nikmat yang manakah mahu aku dustakan. Sebak.

Allah tak bagi ujian pada setiap hambaNya tanpa sebab. Disebaliknya pasti ada kebaikkannya yang selalu saje kita terlepas pandang. Sentiasalah bersangka baik pada Allah.

Comot hehe

Love you kiddos!!!


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat