Cari Bala

Nak cerita pasal lately addicted baca kisah seram kat Fiksyen Shasha end up sampai terbawak2 dalam mimpi pastu dah 2 malam kena tindih. Padan muka aku. So aku kena stop la kejap dari baca kisah2 dalam tu. Haihh...fikir2 balik baik aku baca buku Kisah Nabi ke baca terjemahan Al Quran ke kan. Hishh bongok betul lah diri sendiri ni haha. Baiklah, aku akan cuba utk insaf dalam hal ni. Moga Allah bg kekuatan. Amin.

Entah la sejak dulu2 mmg suka kisah2 misteri & seram ni. Tapi nak kata diri sendiri tu berani tidak juga. Aku declare diri aku biasa2 ajelah. Tak takut sangat, tak berani sangat. Tengah2. Orang kata begitulah sepatutnya diri kita ni kan dalam bab menghadapi kes2 begitu. Sebab walau ape pon kita kena takut Allah yang No.1 sekali. Depa pun makhluk Allah jugak. Allah yg ciptakan depa sebegitu rupa. Jadi kelebihan yg depa ada bab menakut2kan kita ni janganlah kita terlalu taksub sangat sampai tak ingat akan kuasa Allah yang lagi hebat itu.

Dulu2 masa aku masih dalam zaman jahiliyah (solat tunggang terbalik), mostly masa aku nak menghadapi SPM so selalulah tido lewat malam ke pagi nak stadi punye pasal kan. Masetu mmg selalu jugaklah kena ganggu aka tindih ni. Sampai 1 tahap siap dengar lagi suara-suara macam dalam kepala otak aku ni. Dengar macam suara ramai2 berpesta gitu like dalam Club malam minom2 happy2. Perghhh serabut betul otak aku masa dengar suara2 tu. Siap macam ketawakan aku pun ada. Tapi mmg aku dulu pon solat kdg buat kdg tak. Padan muka lah kan selalu kena kacau.

Syukurlah bila dah insaf, lama dah aku tinggalkan dunia kena tindih ni. Dan dari pembacaan aku dari kisah2 seram kat FS tu, banyak jugaklah ilmu baru yg penulis2 sampaikan tentang cara nak hindari gengguan2 mistik ni, InsyaAllah. Pasal ade pesanan tu mmg baguslah. Especially drp penulis2 yang mmg Allah uji dengan hijab yang terbuka. Betapa bersyukurnya aku bahawasanya aku ni tergolong dalam manusia2 normal saje. Siryes aku pun taknak ade ujian hijab terbuka ni. Mak takuaddd huhuhu. Mengaku siap2. Even pernah experienced nampak most probably Cik Lang/Pon masa duduk sekejap rumah guru baru (at that time) kat Linggiu sane. Itupon sendiri cari bala. Suka sangat tengok TV series sampai pagi2 bute, dah kena kacau sudahnye huhuhu.

Sebbaek lah nampaknya tu tak clear betul sampai depan mata. Pastu tak sure pengsan ke tertido sampai pagi dalam ketakutan yg maha hebat tu kehkehh. Itulah pengalaman yg paling seram setakat ni berhadapan dengan makhluk lain alam tu. Yang lain cuma pengalaman dengar2 sajelah tidak sampai tahap nampak dengan mata. Yg dengar tetap juga seram tp x seseram kalau nampak depan mata.

It just that pengalaman 2 hari kena tindih ni aku praktik apa yang aku pernah baca kat FS cane nak lepaskan diri tu. Baca Ayat Kursi banyak2 kali. Yer memang berkesan pun pastu bagus jugak ulang baca sampai end up tertido terus kikiki. Dengan harapan dapat banyak pahala drp dok berangan mikir tah hape2 tu kan? Ada baiknya juga. Pastu elakkan tido terlentang. Bagus juga sbb sunnah Nabi pun suruh kita tidur mengiring ke kanan kan? So harap dapat pahala lagilah disitu. Mudah2an. InsyaAllah.

Dan aku pun tidaklah setakut masa takde ilmu dulu tu. Kira macam beranikan diri & yakin bahawa kuasa Allah itu pastinya lebih hebat drp depa, Dan aku azam utk fahamkan semula makna bacaan dalam Ayat Kursi ni. Dulu aku pernah hafal semuanya pastu lama tak praktik ingat makna bacaan tu end up skrg aku faham makna dia tu lopong2. Ada yg paham, ada yg tak paham. So aku azam nak faham semuanya. Dan klu boleh nak praktik baca 3 Qul sblm tidur. Ayat 3 Qul ni kalau kita faham makna bacaannya mmg make sense pun kenapa elok diamalkan sblm tidur tu.

Kesimpulannya aku rasa mmg tak totally silap lah aku baca kisah2 kat FS tu bila ianya ada ilmu yang bagus utk aku amalkan & praktik kan? Cuma tak perlulah aku nak baca hari2 kot kisah2 sanetu pasal dr info penulisan sana jugak, katanya depa pun suka sebenarnya bila kita cerita2 pasal kisah dia tu huhuhu. Depa pun boleh baca apa yg kita tulis secara maya ni. Jangan tak percaya pulak. Banyak je kisah2 yg melibatkan komputer, handphone yg depa jugak sbnrnya boleh jugak access kaedah2 ni utk menyakat or menakutkan kita. Like kebolehan diorang manipulasi arus elektrik. Tu pasal sllu kisah lampu rumah blackout bagai. Sbb kisahnya diorang juga ada tenaga elektrik dalam diri diorang. So dr situ depa mmg boleh access electrical items ni. Cth mcm radio dlm kereta tiba2 ON sendiri lah. Itu semua kelebihan yg Allah bg pd depa juga.

Macam menyerupakan diri mereka dgn orang2 yg kita tahu dh meninggal. Tu macam nak uji kita juga sbb seharusnya kita percaya bila manusia meninggal, roh kita dah di alam barzakh bukan berlegar kat dunia ni lagi. Depa menyerupai sbb nak menyesatkan kita juga percaya bhw betullah roh2 org mati tu masih ada. Begitulah antara info2 yg aku cedok hasil drp pembacaan kisah mistik kat FS tu. Ermm...lagi satu aku nak pesan, every time kita masuk tandas, kalau boleh bacalah doa masuk tandas tu. Sbb itu caranya spy depa2 tu tak nampak aurat kita yg terbuka dalam tu. Nak mandi ke, nak buang air ke, silalah baca. Dgn harapan tidak depa kot2 tersuka dengan kita ke apa kan. Bukan tak ade kisah jatuh cinta ni kan. 

Apepon kita tak boleh berhubungan dengan depa lebih2 pasal Allah melarangnya. Cukuplah kita menghormati dunia masing2 & jalani sajalah kehidupan manusia normal kita selayaknya saje. Wallahualam. Moga ada ilmu yg baik aku kongsikan dalam entry kali ni. Ilal liqa' ^___^







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat