Skip to main content

First Dating 2017

Syukur sukses plan dating aku dengan Iz semalam. Happy sangat dapat buat balik dating plan ni. Last year tak dapat buat since cuti banyak simpan utk pergi Holland pastu EL anak tak sihat. Aku bajet dapat buat 2 kali setahun pun okay dah dating laki bini ni. Untuk menyemarakkan kembali rasa kasih sayang tu kan. Aihh maklomlah nak masuk 8 tahun kahwin ni usaha kena lebih jugak untuk kasi subur kasih sayang tu. Eventhough jarang sangat lah kami ni bertikam lidah bermasam muka atr 1 sama lain, tak boleh nak take it for granted jugak kan?

Biasalah rutin harian kita ni selalu penuh dengan kerja, rumah & kiddos. Masa utk berduaan laki bini tu memang jarang sangat nak dapat. So pada aku apelah salahnya pd hari berkerja apply cuti utk pergi dating. Kiddos dengan rutin sekolah & taska macam biasa, kita pun macam pergi kerja jugak cumanya melencong ke tempat lain lah haha. So rasa bersalah tak bawak kiddos sama tu dapatlah dikurangkan sikit. Depa bukan tau pon kan. Depa ingat kita pergi kerja macam biasalah.

Dating semalam bukan sekadar dating saje. Pergi hantar barang2 juga kat rumah Mak si Dira utk kawan2 belah Subang sane. SIL Dira beli preloved carseat & stroller. Jual murah2 je pun asal clear stor kat rumah tu. Pastu ada brg2 preloved lain lah bagi je kt kwn2 wassap area sane. Settled hantar semua barang, kami ke Decathlon usha brg2 outdoor/sports. Cuma belikan shirts utk kiddos sehelai sorang (mane boleh lupa anak2 even g dating kan hehe), shirts Iz & aku pow dia botol air RM9. Tu jelah. Rushing skek sebab nak gerak ke OU pulak dah booked tiket movie Hacksaw Ridge kat TGV Indulge. 

Tak rugi berhabis duit cuba TGV Indulge sebab best jugaklah since sampai awal lepak2 dulu kat Indulge Lounge. Dah timing pelayan jemput masuk & duduk. Tak lama lepastu dia hantar makanan yg kite dah pilih siap2. Boleh pilih Starter & Main or Main & Desserts. Sedap lah makanan dia. Not bad. Paling best kerusi tu boleh reclined. So kaki naik atas macam baring gitu haa tengok movie. Ko hado? Hahaha. Siap selimut tebal sejuk2 peluk laki lentok kepala. Pheww...romantik sangat. Phuii akakaka =P Bukan selalu khennn. Tiket movie sekali dengan makan RM70 per pax. Kalau tak sekali makan, RM45 per pax. Pejam mata ajelah bayor. Iz pun kata bukan selalu. Erghh..aku yang bayo kan apedehal. Cer kalau mintak duit dia....mata keatas lerr jwbnye hahaha

Habis movie, teruslah gerak balik amek kiddos. Timing sampai pun macam biasa. Takde yang luar biasa pun bagi depa. Kesimpulannya best. Puas hati. Misi tercapai. Alhamdulillah ^__^ Setengah tahun kedua turn Iz pulak belanja. Cari tempat lain utk dating spy dpt jd kenangan terindah...ewahh euww sangat....brrrr....

Meoww
Cute kids 

Sampai pun

Relax

Ehcehhh sangat

Indulge Lounge



Balik ke pangkal jalan





Popular posts from this blog

JJCM Tempat Makan Best Di Batu Pahat (Last Day)

Memule kan aku memang dah tak larat sangat nak keluar lagi malam tu for dinner. Sakit pinggang dah datang. Itulah habuannya bila sopim kat Parkson tak hengat donia. Jalan banyak kemain lagi macamkan awak tu sihat sangat. Tapi benda dah jadi, nyesal pun tak guna. Bila tanya habi dia boleh tak keluar sorang tapaukan je? Kemain tarik muka pasal tahu kena beratur panjang kat Restoran Nasi Lemak Cik Chom yang viral tu. Ditambah pulak Nazif kata nak ikut Ayah. Haih...sabor jelah kite.
So kuatkan semangat, gagahkan diri bersiap and keluar semuanya. Sampai je memang tak pernah tak beratur orangnya. Lepas dapat meja, habi beratur & aku layan budak-budak. Dalam 40minit jugaklah nak sampai turn habi. 
Kami order 3 jenis lauk. Sotong King, Ikan Siakap & Ayam. Semuanya digoreng yer. Nasi lemaknya lembut & cukup rasa. Sambalnya kurang pedas tapi tak cukup perasa kat tekak aku. If tambah manis & masin sikit lagi baru power. Sotong King & Ayam cukup rasa. Sedap. Ikan siakap je ba…

Menjelang 2017

Tak berapa hari je lagi nak masuk tahun 2017. Berubah lagi rutin harian kehidupan and I am looking forward to that eventho ia bermakna lebih cabaran buat aku especially bab kena bangun tido awal HEHEHE. Since sebulan ni dah start bangun 6pagi sebab nak sediakan bekalan makanan kesihatan aku tu, rasanya its about time lah kan dengan rutin baru yang akan menjelma ni. Syukur takde masalah dah nak bangun pukul 6. Otak dah terbiasa. Tapi start bulan 1 ni karang kena ubah masa lebih awal lagi iaitu 5.30pagi. Itulah target aku setelah diambil kira nak turun dapur, mandikan Naurah & Nazif. Homaii...its going to be tough esp bab Nazif. Iyelah budak baru nak belajar pergi tadika kan. Nak kena mandi & bersiap. Sblm ni relax je pergi daycare takyah mandi pakai baju tido je HAHA. Ini kali sudahlah lain lahhh....
By 6.50am sebolehnya dah kena keluar dari rumah. Paling busuk pun pukul 7am lah. Akan drop off Nazif dulu kat Taski Abim. Adoii...ini pun boleh bikin drama nanti ni. Aku dah dapat…

Cabaran

Dah agak lama tak timbang berat badan sebab cuak terlalu banyak sangat mencicipi makanan tak sihat & portion terlebih terkurang sana sini. Pagi tadi kuatkan semangat & redho jelah bile tengok angka penimbang tu. Sendiri salah, terima ajelah hakikat kan? To my surprise ada juga penurunan walaupun ciput huhuhu. I loike sangat. Pasal dah prepare diri for the bad, tetibe nampak good, happy terus mood kita pagi hari yang sejuk ni. So just continue with the routine. Berharap sangat bulan 2 nanti kuat balik utk jaga makan macam masa bulan 12 ritu. Sebab dah tak sabar nak tengok angka kat depan tu berubah buat kali ke-2 ^__^
Self confidence level bila pakai baju pun makin tinggi walau belum dapat berat badan yg ideal. Sebab kita tau kita sedang buat sesuatu kepada masalah yang kita ada. Overall I can say that life is good for me at the moment. Segala puji bagi Allah yang menunjukkan jalan kepada permasalahan yang seakan tak berkesudahan buat diri aku sebelum ini.
Kiddos pun doing goo…