Rezeki Lebih Sampai Lagi

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberikan rezeki agak lebih sedikit pada kali ini kepada aku & Iz. Kalau bab dapat bonus ni senang kata pro lah kepada kami laki bini yang kerja 1 company ni. Cuma kena ingat juga kalau tak ada bonus, dua-dua pun melopong sajelah yer. Ada yang lebih sikit untuk aku kali ni sebab pada my first appraisal with my new boss, aku telah memberanikan diri mintak salary review from her. After 11 years+ working here, inilah kali pertama aku berani nak minta. Kesian kan? Sebab bos lama dulu asyiklah kena bambu je during appraisal. Highlight yang lemah & salah je langsung macam takde sumbangan langsung aku ni pada company. Jadinya mmg down lah so nak minta-minta pun jadi takde mood gitu. Tak berani pun yer.

Takpelah itu semua cerita lama kita lupakan sajelah. Aku pun takde berdendam dengan bos lama. Dah memang rezeki aku bukan dengan dia. Tetap kena berterima kasih jugak pada dia sebab dia bagi pengganti yang best utk department kami sekarang ni. Bos yang sempoi & senang dibawa berbincang. Takde dah kena jerit yang 1 dept boleh dengar. Syukurlah. Dan sebab aku berjaya beranikan diri minta salary review (even though thru whatsapp kahkah), akhirnya Allah pun bagi rezeki lebih sikit. Perantaraan rezeki tu cuma dengan bos & company je kan. Yang memberinya tu Allah jua. Walau tak banyak mane, rezeki tetap rezeki & ianya perlu disyukuri.

I  & Iz have a long list waiting bila dah dapat rezeki lebih ni. Biasalah, for us yang income sederhana ni, nak memenuhi kehendak yang besar tu memang selalunya kena tunggu rezeki lebih sampai. Nak harapkan duit gaji bulanan tu, senang kata memang kena mengumpul lama jugaklah. Itupun kadang lari bajet dah kelaot dalam teros saving tu. Gaji bulanan tu mostly cukup utk tampung kehidupan semasa sajelah. Beli kehendak kecik2 tu bolehlah.

So utk rezeki lebih kalini kami decided nak beli kipas kat ruang tamu ganti yang rosak haritu & beli 2 drawer Ikea untuk the boys punya baju bajan. Plus nak pasang autogate & awning kat belakang rumah utk cover washing machine drp terkena tempias hujan lebat. Macam banyak naw yer bonusnya hahaha. Kami dapat 1.5 months je lebih kurang. Dalam masa2 gawat ni itu pun dah syukur banyaaaaak kan. Ada drp tak ada. Gittew.

Tengoklah apa yang dapat dibuat dengan duit lebih ni. Kena settlekan 1 by 1 lah mengikut turutan kepentingan. Kalau tak cukup duitnya, postpone dulu tunggu duit kumpul dari gaji pulak. Oh by the way bonus kami ni 2x bayar. Which means bulan ni dapat half, next gaji dapat lagi half. Sebabnya fund jual tanah tak masuk dalam akaun company lagi. Tak kisahlah. Ade hikmahnya tu hehe. 

Petang ni nak balik Johor. Dapatlah hulur Mak Abah duit lebih sikit. Alhamdulillah. Happy.


Beso dah portion kat Nandos ni eh. Lama dah x singgah sini

Lapor naw Iz. 9.30 baru dinner psl aku sopim x hengat donia kahkah

Main je lebih budak ni

Hasil tangkapan sopim x hengat donia. Semua baju Naurah total of RM95. Brand PDI, Top Shot & Miki. Sale kat IOI Puchong Mall. Berbaloi-baloiiiii




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat