Cerita Bergambar

Hari ni tak mau tulis panjang. Nak upload gambar je since dah transfer from henpon to PC. Kang tak letak sini terus lama-lama basi gambarnye. Erm....lawak hambar mihmihh. Dah masuk pertengahan bulan Rejab pun kita. Puasa dah habis ganti korang? Last week aku dapatlah train perut 4 hari sempena nak menyambut Ramadhan nanti. Plus nak kekang napsu makan yang macam haram sejak kebelakangan ini. Minggu ni ABC. Tau ke maksudnya? Allah bagi cuti laaa. Haha. So kite aim hopefully by next week dah boleh berlatih puasa lagi, InsyaAllah.








Gambarss kat atas tu masa jadi pom-pom girls utk Team Dragon Boat kampeni. Kat Kompleks Sukan Putrajaya kalau tak salah. Very proud of them sebab kan memule depa dah ketinggalan pastu dah half way ehh makin laju pulak sampailah dapat 3rd place. Sipi ke nak dapat 2nd taw. You rawwksss guyss!! Dan ini adalah pertandingan kali pertama bagi mereka. Power kan?












Yang atas ni pulak sekitar balik kampung kat Johor bulan lepas. Puas betul makan durian since langkah kanan balik time durian gugur. Terus tambah lemak sekilo dibadan sobsobss. Takbley tahan la. Lagipun bukan selalu kan datang musim durian ni. Kan best kalau kuat makan pastu badan jd makin kurus bukan gemok. Boleh tak kalau nak tukar macam tu? Kahkahh







Ini pulak kisah weekend yg lepas. Pak Long PP dah kahwen hehehe. Tahniah pd kedua mempelai. Moga tabah mengharungi hidup berumahtangga & kekal hingga akhir nyawa. Amin. Bapak panas lahai pada hari kejadian ni. Rasa macam berada dalam oven dipanggang hidop hidop. Bayangkan panas api Neraka macam mana berjuta kali gandanya itu?Sobsobb. Moga kita semua terselamat dari itu. Amin yra.

Naurah & Nazif tibe2 menumpang kasih dengan Pak Lang & Mak Lang. Tak malu sungguh! Haha. Harap Nadim jadi baby Ibu & Ayah buat selama-lamanya. Jangan ikut peel kakak & abang awak itu yaaa....kasihanilah kami yg akan semakin meningkat usia ini wuhuhuu....





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat