8th Anniversary

Bismillah.

Syukur ke hadrat Allah kerana pada tarikh ini pada 8 tahun yang lepas, aku selamat diijabkabulkan dengan suami yang hanya dikenali dengan lebih rapat dalam masa beberapa bulan. Sebelum tu cuma kenal sebagai kawan sekerja je. Bersua muka pun jarang pasal lain jabatan. Once in a while bila ada technical problem pasal PC or internet, muka dia dan sparring partner nya itulah yang muncul. But since aku pun in a relationship dengan orang lain, takde perasaan lebih pun drp kawan sekerja. Sejenis orang yang setia pada yang 1. Itulah antara sifat yg Allah kurniakan pada aku yang mana aku bersyukur dengannya.

And then aku putus tunang. Bila dah umur nak masuk 26 tahun lepastu ko putus tunang dan jenis tak senang nak suka dekat lelaki, ko akan senang rasa give up. Masa tu aku cuma fokus pada hubungan aku dengan Allah. Hikmah terbesar dari kisah putus tunang ialah aku memperbaiki hubungan aku dengan Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Dalam pada dah taknak fikir tentang jodoh, tiba-tiba jodoh tu muncul. Dari outing pertama dengan rakan sekerja yang lain sehinggalah akhirnya 2 bulan selepas berkenalan rapat, kami bertunang. Kesinambungan putus tunang, aku mengambil pelajaran taknak dah ulangi kesilapan yg sama bercinta berlama-lama. Kalau betul yakin dengan aku utk menjadi sbg seorang isteri, sila jumpa dengan Mak Abah perkenalkan diri dan masuklah meminang. 

Aku dah tak larat nak hadap proses dating, calling bagai yang sah-sah akan menggunungkan lagi dosa aku. Alhamdulillah kalau dah memang jodoh, Allah permudahkan je semua benda yg baik. 5 months after bertunang, kami bernikah. Itulah ia pada tanggal 23 May 2009. Walau kenal takdelah lama mana, Alhamdulillah kami serasi. Apa yg dapat aku simpulkan keseluruhannya pada hari ini, terlalu banyak perkara yang menggembirakan berbanding perkara yang sedih-sedih. Dengan kehadiran 3 cahaya mata, it perfect US. 

Selalulah berdoa pada Allah supaya sentiasa suburi rasa cinta kasih dan sayang kita pada pasangan. Hati kita ni bukan sepenuhnya milik kita. Ianya tetap milik Allah. Kalau Allah nak uji, Dia jentik sikit je hati kita, ehh tetibe suka kat orang lain pulak. Jadi jangan terlalu confident juga perihal hati. Jagalah sebaiknya hati kita dengan meminta pertolongan Allah, pemilik segala hati. 

Tanyalah pada hati apa yang kita mahukan dalam perhubungan suami isteri tu. Kalau rasa masih nak bersama, masih sayang, usahakanlah supaya perhubungan itu terus berjaya. Takde perhubungan yang tak perlukan usaha. Sedangkan hubungan kita dengan Allah pun kena usaha, inikan pulak dengan sesama manusia. And never ever ever take it for granted. Ahh dia okay je takde hadiah pun. Alah tak perlulah nak dating dah tua-tua ni, bazir masa je. No!!!Jangan tunggu dah bermasalah baru nak perbaiki. Mencegah lebih baik drp mengubati. Sentiasa siram dan bagi baja pd hubungan suami isteri.

Aku menulis based on my 8 years experienced lah. Kalau ada yang baik, sila ambil. Kalau takde, abaikan jelah ye. Moga Allah sentiasa jaga kami drp segala perkara yang tak baik. Dan moga panjang jodoh kami kalau boleh sampai ke Syurga. InsyaAllah, amin yra.

Us 8 years ago

Us now haha



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat