Takziah Untuk Kak Niza Sekeluarga & Salam Ramadhan 1438H

24 May 2017 pada jam 1.30am, Ayah kepada Kak Niza my office mate for almost 12 years telah pergi menemui pencipta-Nya. Innailillahiwainnailaihirojiun. It was almost a month gap between my Abah time. Bezanya cuma arwah Ayah Kak Niza dah sakit agak lama. Ada dalam 3 bulan begitulah sebelum dia pergi. Ceritanya tak jauh beza dengan kisah Abah cuma masa sajelah yang banyak membezakan.

Pemergian Abah agak mengejutkan kami kerana dia asalnya memang sedang sihat walafiat. Itu sajalah. Kena hadam banyak benda dalam masa yang singkat. Cuma yang bersyukur banyak tu bab adik beradik ramai so bila ada banyak kepala, pulak jenis ngam je semua, kita tak rasa berat sangat beban apa yang perlu dibuat waktu tu. Alhamdulillah.

Perkara yang paling aku rasa tiada ralat bab kepergian Abah ialah bila aku mengimbas semula rutin kehidupan Abah back at about 6 years begitulah. Once dia dah berubah dengan menjadi jemaah Masjid, kami semua menarik nafas lega. Allah bagi hidayah pada Abah untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Bertuahnya Abah. Abah berjaya fokus pada amal ibadat dalam tempoh itu. Abah berjemaah di Masjid, Abah solat malam, Abah rajin berpuasa sunat. Allahu Akbar. Sungguh baik percaturan Allah utk Abah. 

Abah collapsed di Masjid. Abah sakit pun tak lama. Sebagai seorang anak, memikirkan perkara yang baik berlaku pada Abah merupakan sesuatu yang agak menenangkan. Untuk mendapat rasa redha diatas pemergian Abah tu agak mudah bagi aku. Sedih tu memanglah sedih. Tapi begitulah kitaran kehidupan manusia. Hidup dan mati. Ianya samada diri kita yang dijemput Allah dahulu ataupun orang-orang sekeliling kita yang disayangi. Suka atau tak, kita semua pasti akan melaluinya. Lumrah kehidupan. It just how we handle the situation sajalah. Sebagai sorang Muslim, kita perlu menerima Qada & Qadar dari Allah dengan tenang dan fikiran yang waras.

Pada aku tak perlu pun kita nak menangis melolong macam orang takde pedoman. Cukuplah sekadar air mata mengalir laju turun di pipi sebagai tanda kesedihan & berpelukan sesama kami ahli keluarga. Alhamdulillah waktu Abah pergi, kami semua dapat bertenang. Tiada yang menjerit memekik dan sebagainya. Kebetulan pesakit didepan katil Abah adalah non muslim (Indian). Dalam keadaan begitu, kami juga perlu menjaga kelakuan sebagai seorang Muslim mana tau menjadi terdetiknya hati orang non muslim yang melihat situasi itu mengaitkannya dengan keindahan agama Islam. Mudah-mudahan, InsyaAllah.

Umat Islam juga tiada tempoh berkabung dalam hal melibatkan kematian (kecuali bagi seorang Isteri kepada suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari). Malam pertama Abah pergi, kami buat Tahlil dirumah. Malam kedua pula, kami bergotong royong memasak untuk diberikan kepada jemaah Masjid dengan niat pahalanya sampai kepada Abah disana. Itulah yang mampu kami buat dalam waktu yang singkat kami disana. Hari ketiga, yang jauh-jauh sudah pulang ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Bukan bermakna kami tak sedih. Abah sentiasa berada dalam hati kami walau dimana sekalipun kami berada. Doa untuk Abah tak pernah putus dari kami 7 beradik. Bukankah itu yang lebih penting untuk Abah?

Esok akan bermulanya Ramadhan. Ingatan kepada Abah lebih kuat daripada biasa. Pemergian Abah mungkin tidak berapa terasa bagi aku yang duduk jauh ni. Tapi kepada yang selalu bersama dengan Abah, pasti sangat terasa bila dia dah takde terutamanya Mak. Bagi Kak Niza, dia juga pasti sangat terasa kerana duduk bersama di dalam sebuah rumah. Situasi kami tak sama. Tapi aku faham. Moga Kak Niza sekeluarga tabah diatas pemergian Ayahnya. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang baik-baik juga. Amin yra.

Salam Ramadhan 1438 dari kami sekeluarga. Mohon maaf atas salah silap yang ditulis melalui medium blog ini kepada anda yang sudi membaca samada yang sengaja atau tak disengajakan. Moga Ramadhan kali ini lebih meningkat amalan kita drp tahun tahun sebelumnya. InsyaAllah, amin yra.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat