Mesa Mall, Nilai

Lauk pauk basah dah habis. So semalam aku, Iz & Nadim decided untuk makan kat luar ajelah. Tempat yang dituju ialah Mesa Mall, Nilai. Shopping Mall pertama seumpamanya di Nilai. Since baru je opening on 25 May haritu, expectations kami tidaklah tinggi mana. Mesti banyak kedai tak bukak lagi. Bear that in mind, lepas ambil Nadim kami pun gerak terus since dah solat Asar siap-siap kat office sebelum gerak balik. Perjalanan dari BBST ke Mesa Mall mengambil masa 15 minit sahaja. Landmark dia masuk ke simpang kiri traffic light macam nak ke Nilai Medical Centre. Ada signboard jangan risau. Tak sesat punya.

Aku paling teruja bab ada Jaya Grocer je haha. Dalam otak dah set nak beli bahan-bahan buat murtabak daging cheese guna kulit popia. Kecur lak ailio sambil menaip ni. Astaghfirullah. Puasa woiii!! Bila sampai je macam wow jugalah dengan kebesaran Mesa Mall ni. Sebelum ni lalu masa nak ke rumah Dna (geng blogger) ia masih dalam construction. Back at Feb/March begitulah. So tak perhatikan sangat besar dia tu macam mana. Bila dah siap ni nampak gah juga. Parking masih free dan kami park kat atas tu je dekat dengan pintu masuk. Keluar je kereta berangin sejuk udara di luar. Lokasi dia macam atas bukit so angin agak kuat which is so nice for me lah. I liked that. Tepi-tepi masih banyak pokok hutan mengelilingi. Udara serasa lebih segar gitu. Perasaan aku ajelah tu.

To kill the time until iftar, kami jalan-jalan jelah di Ground Floor & First Floor. Ada 3rd floor but I don't think ada kedai operate lagi situ. So skipped jelah. Kat Ground, Iz beli selipar Fipper sepasang. Kat 1st floor jumpa pulak sudut jualan underwear garments Sorella. So sopim la sikit aku kat situ. Dah lama tak membeli yg baru hehe. OK lah the price not bad. Quality setanding Sinai, Triumph & Wacoal. Tu antara jenama yg aku biasa beli & diakui memang tahan lama. Mahal sikit tapi berbaloi.

After that lepak kejap kat Bangkok Street, Nadim minum susu. And then tengok dah pukul 7.13pm baru hegeh-hegeh turun membeli kat Food Truck di The Boulevard. Konsep Mesa Mall ni overall aku suka. Fresh concept & it looks promising lah. Ada jugak mcm tempat budak-budak main mcm Molly Fantasy kat Aeon tu. Tapi blm siap sepenuhnya lah. In progress. Overall, aku rasa Mesa Mall ni boleh berjaya. Taman perumahan banyak, kolej & uni pun merata. Design konsep pun menarik, kurang dah excited nak tunggu Aeon bukak kat bandar Nilai sane. Mesa Mall pun dah best. Haha.

So as blogger tegar, I snapped quite a lot of pictures lah as usual. Enjoice!






















Oh yer, kami berbuka kat JM Beriyani Food Truck je. Ok la the food was nice. Sedap. Nasi lembut. Bagus jugak Management Mesa Mall ni mengambil kira tak banyak lagi F&B kat situ, utk bulan Ramadan ni ada food truck. Adalah choice kan makan. Kitorang pun malas nak g memana dah. Asal berbuka sudahlah. Dah usia gini makan tak memilih sangat. Belasah je apa ada. Simple pun dah memadai.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat