Salam Syawal 1438H

Assalamualaikum semua!

Sudah 25 Ramadhan pun kita pada hari ini. Sekejap sangat rasanya berada dibulan yang mulia ni. Tak puas lagi rasanya tapi apakan daya, seperti setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, begitulah juga setiap perkara yang baik pasti akan sampai ke penghujungnya juga. Begitulah Allah ciptakan kehidupan kita kat dunia ni. Bila ditimpa musibah, dipenghujungnya matahari pasti akan muncul jua. Itulah antara ilmu yang aku kutip dari buku-buku hasil tulisan Dr. Aidh Abdullah Al Qarni seorang ulama yang terkenal di Arab Saudi. Ulama yang menjadi idola aku sehingga kini. Buku-bukunyalah yang banyak menemani aku sewaktu diuji pada tahun 2008. Yang berjaya membangkitkan semangat yang dah nyawa-nyawa ikan waktu tu.

Juga yang membentuk dan menjadikan diri aku pada hari ini. Ahad lepas aku kemas stor buat kesekian kalinya. Kali ni susun atur stor lebih kemas & tersusun. Semua buku-buku aku yang dah lama dalam kotak bersepah-sepah sudah aku tempatkan dalam 1 kotak khas. Senang nak ambil dan baca bila ada masa terluang. Dah terlalu lama aku tinggalkan ilmu itu disitu. Sejak permergian Abah, aku seperti mendapat semangat baru untuk kembali memperbaiki diri bukan hanya untuk manfaat diri aku tapi untuk Abah jua. Aku nak jadi anak yang solehah utk Abah. Aku nak segala kebaikkan yg aku doakan utk Abah sampai kepadanya. Maka aku sangat perlu berusaha utk memperbaiki diri menjadi hamba yang Allah sayang. 

Pemergian Abah dari kami memang satu peristiwa yang paling menyedihkan bagi kami sekeluarga pada tahun ini. It is so sudden. Selalunya aku masih merasakan yang Abah masih lagi ada di kampung sana bersama dengan Mak. Masih menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Maklumlah aku anak yang merantau sebaik sahaja habis SPM. Sudah biasa tak dapat melihat wajah Mak & Abah setiap hari. Sudah biasa hanya dapat menghabiskan masa bersama mereka hanya beberapa kali dalam setahun. Perasaan terasa kehilangan Abah itu hanya akan lebih kuat dapat dirasai apabila aku pulang ke kampung. Pastinya ia sebegitu.

Walaupun Abah dah tak ada itu perkara yang sangat menyedihkan, tapi impaknya bagi aku adalah baik buat setakat ini, InsyaAllah. Aku lebih memahami dengan lebih baik tentang kematian. Aku lebih banyak berfikir tentang kematian. Aku jadi lebih takut dengan kematian makanya aku rasa perlu usaha lebih giat utk menghadapi kematian. Mati itu pasti. Bila-bila masa aku boleh mati bila sudah sampai masanya. Jadi aku perlu bersedia. Aku takut nak menghadapi mati & nak menghadapi alam kubur. Nak bersua muka dengan malaikat yang akan bertanya pelbagai soalan. Ya Allah, memang aku sangat takut. Thats y aku kena persiapkan diri dengan bersungguh-sungguh. Waktu itu pasti akan tiba dan aku akan menghadapinya seorang diri. I have to get ready. I have to do this for myself.

Bila aku mati, yang hidup masih akan terus meneruskan hidup. Sama seperti bila Abah dah takde, kami ahli keluarga yang terdekatnya meneruskan kehidupan seperti biasa juga. Apa yang kami boleh buat utk Abah disana hanyalah dengan mendoakannya & bersedekah niat kepadanya. Itu saja. Aku yakin kami adik beradik seramai 7 orang semuanya mendoakan Abah disana tanpa jemu. Alangkah beruntungnya Abah & Mak kerana berjaya mendidik kami menjadi anak-anak yg mendoakan utk mereka sentiasa. Aku berharap anak-anak aku yang 3 orang tu juga berjaya aku & Iz didik sepertimana Mak Abah, Mak Ayah membesarkan kami. Anak-anak yg selalu mendoakan ibu bapanya. Yang berjaya akhirat & dunia. InsyaAllah, amin yra.

InsyaAllah kami akan gerak balik ke Johor pada waktu sahur hari Jumaat nanti. Moga Allah permudahkan perjalanan kami, selamat pulang & kembali. Ada rezeki kita jumpa lagi di entry yg akan datang. Aku ucapkan selamat menyambut Syawal 1438 dan moga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Mohon maaf andai ada tersilap dalam penulisan aku kat sini.

SALAM SYAWAL 1438H

Ilal liqa'. 

From all of us: 

Mohd Izhar Bin Mohd Ishak
Siti Sharena Binti Rusli
Naurah Zayanie Bt Mohd Izhar
Nazif Zukhayr B. Mohd Izhar
Nadim Zayydan B. Mohd Izhar





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat