Cameron Highland Masih Relevan

Alhamdulillah selamat kami sekeluarga pergi dan balik dari tanah tinggi Cameron Highland semalam. Perjalanan kami dimulakan pada jam 10pagi hari Jumaat dari BBST dan exit di Simpang Pulai sebelum mendaki menuju ke puncak CH. Perjalanan mengambil masa plus minus 5jam begitulah. Ada anak kecik ni biaselah kan penuh dengan cabaran. 2 kali kami pit stop. Pertama sebab Nazif muntah, Kedua utk lunch. Kami sampai di Play Residence Golden Hills (2 nights RM640 booked at booking.com) at 4pm. Met the key guy Mr. Joseph, pay the cash & deposit and melepak jelah melepaskan lelah. Memang tak terkejar apa since dah planned for 2 nights of dinner kami beli kat Pasar Malam bawah tu je. Since January 2017 if I'm not mistaken, Pasar Malam femes kat Brinchang dah dipindahkan ke kawasan perumahan Golden Hills ni. Aku pun sebenarnya masa booked tak tahu pun pasal ni. A few days b4 pergi baru jumpa bila google pasal CH.

Petang tu lepas semua mandi, kami pun berjalan kaki sajalah ke Pasar Malam. Lepas makan, budak-budak pun tido awal as usual. Itulah kami ni aktiviti malam memang agak terhad pasal anak2 jenis tido awal. Usually by 9.00-10pm every night diorang dah mengantuk dan tidur. Memang aku pun suka depa tido awal. Dapatlah buat kerja rumah or get me time or our time (aku & Iz). Time budak2 dah tidolah baru dapat buat pelbagai hal yang tertunggak esp yang berkaitan dengan rumah. Esok pagi2 biasalah by 6.30am macam tu kiddos dah bangun. Bersiap dan ke Abang Strawberry or Seeds Cafe yang viral itu kat Kg.Taman Sedia. Dari apartment kami dalam 7 minit dah sampai. Nak kesana kami kena menghala ke Tanah Rata.

Gambar takde pulak pasal henfon tertinggal dalam kereta. Dlm henfon Iz ada. Overall recommended jugaklah ke Seeds Cafe ni. Makanan semua sedap. Aku order Nasi Lemak Sambal Strawberry. Beli Orea Cheesecake jugak 1 slice for Nazif for his 4th birthday. Jadilah kan buat ada2 kek aje. Nak beli 1 whole kek bukan boleh habis pun. Yang kecewanya kat sini Sambal Strawberry in a bottle dah out of stock. So x dapatla nak bawa balik rumah. Lepas makan kami ke Cameron Square yg ala ala sopim mall tu tapi sedih sangat rupanya hahaha. Yang aku ingat ada 2 floor je. First floor je yg menarik ada Teh Tarik Place, Watson & 7 Eleven. Dah boring round kami jalan kaki ke sebelah bangunan adalah permainan indoor for kids. Amek2 gambar, main 1 game, kami pun mendaki lagi ingat nak ke Taman Lavender tapi orang punyalah ramai memang aku ckp kat Iz tak payah berenti. Tengok org je dah naik pitam dibuatnye. Naurah la sedih tapi aku pujukla kata tengok bunga kaler pepel je kot. Nanti g tempat Cik Ya blh tengok (pegi lagi ke?haha) depan apartment Cik Ya je bersepah hehehe.

Singgah Kea Farm jap beli jagung & rebus guna rice cooker kat apartment sblm mandi dan pegi Pasar Malam lagi for dinner. Ahad pagi 7.30am kami gerak utk ke Ladang Teh Boh Sg. Palas. First time pergi atas recommendation kawan2 wasap blogger & mmg best pun. Kami kereta first yg beratur nak masuk kat guard tu okay hahaha. Sementara menunggu 8.30, kami apelagi snap gambo bagai nak rak laa. Nasi Lemak atas tu sedap, byk gak borong produk teh Boh. Ada teh perisa peach, manggo+tropical fruits, stevia+matcha latte etc. Dah makan, singgah lagi Kea Farm beli sayuran, buah2an utk PIL. Balik bilik, mandi dan bersiap utk check out. By 12 kami pun gerak balik melalui jalan Tapah. Kami ke Semenyih dulu bagi sayur2an buah2an kt PIL. Lepas dinner baru gerak balik BBST.

Sape kata Cameron Highland dah tak sejuk? Sejukkk hokay especially time malam. Tengahari jelah terik sikit tapi still dingin bila angin bertiup tu. Memang feeling ala ala kat Rotterdam okay. Mengimbas sangat. So kesimpulannya pada aku Cameron Highland masih lagi relevan utk pergi bercuti sekeluarga. Cuma bab jem tu jelah yang x best skek. Tips dia korang kena gerak awal pagi kalau nak pegi kemana-mana utk elakkan jem teruk. Paling lama kami stuck adalah stgh jam balik dari arah Tringkap ke Brinchang. Masa kami nak balik semalam lagi hazab jemnya kereta dari arah Tapah naik menderu-deru sampai persimpangan nak keluar dr Play Residence pun dah jem. Kami pun merasa jem juga nak turun tu tapi taklah seteruk nak naik keatas. Perancangan masa kena betul kalau taknak percutian jadi benda yg stress huhu.





























Okay thats all. Objektif percutian tercapai alhamdulillah. Happy sangat dapat spend time dengan family. Takpelah berhabis duit sekali sekala asalkan semua orang happy. Dapat beli souvenir macam-macam utk family dan orang yg terdekat dlm hidup kami, rasa puas sangat. So lepasni dah boleh fikir for end of year trip. Kemana kita agaknye yer? 




Popular Posts