Membebel Blabla

Aku paling terganggu dengan kartun Minions. Sebab ada yang mata satu tu. Mengingatkan aku tentang dajjal sokmo. Kartun tu pun terbitan Illuminations Production jugak tak salah aku. Senang kata memang ejen dajjal lah. Bila tengok orang tak kisah je bawak anak-anak g cinema tengok Minions ni, aku jadi takut sendiri. Yelah, maybe ramai yang anggap alah...kartun je kot. Aku pn kadang nak gak fikir gitu, watlek watpis je tapi jauh disudut hati memang rasa gusar sangat. Objek bermata satu memang dah terlalu banyak dalam life kita. Sampai ianya jadi macam benda biasa which is I don't think so lah. Ada mesej yang nak disampaikan secara halus kepada kita dengan simbol tu. Kalau tengok movie mostly from Hollywood lah, memang selalu sangat mesej mata 1 ni dipersembahkan kepada kita. Haihh...gusar sungguh hati tapi bukan boleh buat ape pon. Hurm....

Hari ni start puasa 6. Entah berjaya dapat penuh ke tak dah hujung2 ni kan. Ritu dah buat puasa ganti 7 hari. Lega alhamdulillah takde hutang puasa dah kat Allah. Seminggu cuti puasa start lemau dah badan bile start puasa semula. Makan ngarot2 bila tak puasa. Haihh...sampai bilelah nak dapat ubah eating lifestyle ni. Yadda yadda....the never ending story....

Lately sllu baca KRT pasal suami cheating lah, bini selingkuh la. Sama jela tu maksudnya. Kesimpulannya aku rasalah kan, selalu sangat bile salah sorang buat hal ni, depa akan salahkan pasangan tak macam nilah, pasangan tak gitulah. Macam nak letak kesalahan pelbagai tu kat pasangan je lebih. Padahal yang buat salah tu dia kot. Aku rasa tu taktik nak divert kesalahan selingkuh tu pada pasangan je. Bior orang simpati kat dia, ooo patutlah dia selingkuh. Macam ada valid reason gitu utk dia buat benda tak baik. Tapi aku rasa zaman ni manusia tak ramai yang naif dah. Tahu je siapa yang betul dan yg salah.

Contoh la ehh kat akhirat sok boleh ke cakap kat Allah aku buat dosa ni sebab orang sekian-sekian. Agak-agak Allah nak terima ke alasan ko bagi tu? Lu fikir la sendiri bhaiii. Orang lain takkan dipertanggungjawabkan dengan dosa yang kita buat. Takde der kaedah mcm tu digunapakai. Kita buat dosa, kita yang kena tanggung. Dan aku rasa orang yang dikhianati ni bila pasangan tu selingkuh, tak payah buang masa salahkan diri sendiri. Tak payah nk menyesal itu ini. Kita manusia tak pernah perfect, akan sentiasa penuh dengan kelemahan. Tapi itu bukan sebab utk diri kita dikhianati. Orang nak selingkuh dia akan ada beribu sebab utk buat macam tu yang mostly akan meletakkan kelemahan diri kita sbg sebab utama. Yg sebenarnya dia tetap ada pilihan utk buat dosa ataupun tak. Bila dia memilih utk buat dosa, dah sah-sah lah kesalahan tu atas diri dia. Pull stop.

Ehh emo lak tetibe petang2 ni hehe. Get sicked sebenarnya bila baca cerita pasal suami/isteri curang ni. Takde alasan yang akan menghalalkan apa pun dosa. Kalau dah Allah kata dosa, tetap dosa. Tak kiralah apa pun alasan ko bile buat dosa tu. K tu je nak tulis hahaha. Bai.

Gambar Open House office last week. Tak banyak pun snap gambar. Faktor usia kot.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat