Usaha Sampai Mati

Aku masih ingat lagi diantara ketakutan yang aku rasakan bila putus tunang pada usia pertengahan 20-an ialah takut tak jumpa jodoh dah. Since I know that aku adalah orang yang susah nak suka dengan orang dan aku punya skop kehidupan pun kecik bila dah bekerja ni. Selain drp kawan sekerja, jodoh drp mana pulak aku nak dapat? Office pulak dipenuhi dengan lelaki yang dah berkahwin. Untuk berkahwin dgn lelaki orang adalah takde dalam kamus hidup aku. Its not an option at all. Doa Allah jauhkan sokmo.

Sampai akhirnya segala kerisauan aku hilang tentang jodoh dimana aku fokus diri aku dulu. Apa yang aku suka, apa yg aku nak buat, fikir tentang Mak Abah dsb. Masetu dah dapat kekuatan utk hidup pasal tengah perbaiki hubungan dengan Allah. Bila perbaiki hubungan dgn Dia, satu demi satu keserabutan dalam otak terlerai begitu saja. Aku rasa boleh kata dah capai betul-betul punya tahap REDHA. Biar Allah je yang aturkan kehidupan aku dan terus bersangka baik pd Dia. 

Once aku dah capai tahap redha tu, tuptup entah dari mana muncul lah Iz hahaha. Dimasa aku dah tak fikir tentang jodoh, tentang lelaki, time itulah Allah bagi aku keluar drp kemelut segala kegusaran. Dan Iz datang pd waktu yang tepat. Aku pun dah takde feeling dengan ex-fiance & tengah happy being single. So perjalanan kami nak menamatkan hubungan dengan ikatan pernikahan tu smooth & steady jelah senang cakap. Orang kata, kalau dah namanya jodoh memang gitulah. Dipermudahkan segala hal. Alhamdulillah.

Kesimpulannya aku rasa tak perlulah kita ni hidup terlalu memikirkan tentang masalah atau ujian yg Allah beri. Bila diberi ujian, perkuatkan diri dengan lebih menjaga hubungan dengan Allah. Itu je pokok pangkal dia. Allah tak pernah bagi manusia ujian tanpa ada jalan keluar. Seperti mana matahari itu terbit dari timur, sampai masanya ia juga akan terbenam di barat. Dimana adanya siang, begitu juga akan datangnya malam. 

Betapa beruntungnya kita sebagai seorang Muslim sentiasa ada Allah sebagai sandaran hidup. Selagi dahi kita sujud pada Dia, mohon apa pun dari Dia, selagi tu Dia takkan sia-siakan kita. Tak perlu takut untuk terus hidup sebab kita sentiasa ada Dia. Perasaan mempunyai Tuhan yang Maha Berkuasa atas segalanya adalah sangat mendamaikan. Sebab tu manusia ni bila dia percaya pd konsep ketuhanan, InsyaAllah dia boleh kuat utk hadapi apa juga ujian dan cabaran yg mendatang. Kadang aku terfikir, manusia-manusia yang membunuh diri sendiri ni salah satu kepincangan paling besar dalam hidup diorang adalah bilamana dia tak berpegang teguh pd konsep ketuhanan.

Dalam hidup ni, perhubungan yg paling utama tentulah antara kita dengan Tuhan. Yang Nombor 1. Kalau kita berjaya jadikan hubungan dgn Tuhan ni Nombor 1, insyaAllah everything will be just fine. Sebab kita tahu Dia, Allah yang pengasih & penyayang takkan pernah menganiaya hamba-Nya.

Hidup kat dunia ni memang susah sampai aku selalu jugak menyesali kenapalah aku dilahirkan kat dunia yang susah ni. Sebab sometimes aku rasa sedih sangat memikirkan susahnya nak masuk Syurga. Sebab aku ni terlalu banyak kelemahan. Iman dah la turun naik sokmo mcm roller coaster. Otak fikir nak buat ibadat tu, ibadat ni, tapi ada yang habuk pon tarak. Sokmo fikir tapi takde action pon tak guna jugak. Kadang rasa helpless sangat. Tak taulah org lain mcm mana, tapi aku mmg rasa begitu at times. Macam frust gitu dengan diri sendiri. Rasa mcm nak give up berusaha untuk dipandang oleh Dia. Rasa macam keciknya diri ni, kerdil sangat berbanding orang lain yg pastinya sokmo lebih baik drp aku. Arghh napelah susah sangat hidup kat dunia ni????

Pastu selalu rasa tak confident dapat masuk Syurga ke tak bila teringat kisah-kisah org yang beribadat sangat kuat tapi akhirnya sebab buat silap sekali langsung masuk Neraka sobsobsss. Buatkan aku terfikir manusia ni agaknya kalau bukan atas sebab kasih sayang & rahmat Allah takde yg masuk Syurga kot? Terlalu banyak kelemahan yg menjurus kepada perbuatan dosa samada besar atau kecik. Runsing otak mikior huhuhu.

Tapi.......takkanlah sebab tak tau masuk Syurga ke tak aku nak give up berusaha pulak kan? Kalau give up maknanya memang menempah Neraka teruslah senang cakap haha. Oleh itu, dgn izin Allah aku akan terus berusaha utk dapat masuk Syurga. Gambate!!!! Chaiyokkkk!! Sharena boleh!!! hahahaha

Saranghae! Love yourself first before everyone else.








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat