Zaman Tenat

Dulu-dulu kan, masa masih 2-3 tahun kahwin gitu senang sangat nak panas hati dengan ketakserasian yang ada dengan Iz. Senang kata dalam proses nak mengasimilisasi hidup bersama. Ditambah lagi dengan kehadiran anak-anak yang kita pun takde pengalaman lagi nak handle macam mana. Semuanya benda baru nak belajar, banyak nak kena adapt. So I can say, tempoh diawal usia perkahwinan adalah agak mencabar. Kadar perceraian dikalangan pasangan yang baru berkahwin senang kata bawah drp usia 5 tahun meningkat dengan kadar yg agak membimbangkan nowadays. Scary kan? Kalau tak sabar, kalau ikutkan sangat keras kepala & panas hati, memang bercerai lah jwbnye. Lagi pulak jenis tak fikir panjang pastu takde support pulak drp keluarga masing-masing. Memang senang sangat nak berpisah. 

Aku dah melaluinya, so aku faham. Semua pasangan yg baru berkahwin macam tu. Its normal actually. And it takes 2 to tango. Sometimes sebelah pihak je yang berusaha nak menjayakan perhubungan while the other party buat tak kisah je. Tu pun masalah jugak sebenarnya. Tak tahulah kadang ape yg ada dalam fikiran sesetengah orang ni pasal perkahwinan. Ada yang anggap bercerai tu perkara biasa je. Takde effort langsung nak jadikan ianya perhubungan yg hingga ke akhir nyawa. Dunia dah akhir zaman, banyak perangai manusia yg tak dapat diterima akal muncul. Manusia semakin hilang sifat kemanusiaan & kewarasan dalam berfikir. Manusia semakin menunjukkan sifat yang paling tercela sebagai seorang manusia sepanjang kehidupannya. Kadang aku rasa macam nak sama level dengan Syaitan dah. Malah nak jadi lebih teruk dari Syaitan agaknya. Agak Syaitan pun terkesima tengok kecelaan sifat manusia zaman skrg ni. Can you imagine?

Kalau baca kisah-kisah kat KRT, mula-mula dulu aku jadikan kisah-kisah tu sebagai cara utk aku rasa lebih bersyukur dengan apa yg aku ada skrg. Sebab rasa hidup aku jauh lebih baik lagi drp hidup manusia yg lain. So kena lebih bersyukur pd Allah & kurangkan mengeluh atau merungut. Banyakkan bersabar & berdoa. Lama-kelamaan, semakin banyak aku baca masalah yg dishare dlm KRT tu, aku jadi makin takut pulak. Takut sebab tahu betapa ramainya saudara seagama aku yg seperti memandang ringan dosa besar BERZINA. Suami orang skandal dengan bini orang sudah menjadi perkara biasa. Suami langgan pelacur pun perkara biasa. Sifat tercela manusia dah semakin nazak. Macam manalah zaman anak-anak aku dah besar sok???? I am so scared uolls. Don't you?

Zaman yg Allah janjikan dimana akan tiba satu zaman dimana takkan ada walau sezarah iman lagi dalam jiwa manusia sudah semakin hampir. Melihat kepada tercelanya sifat manusia zmn skrg, memang takde yg boleh disangkal lagi hari Kiamat sudah semakin hampir. Zina secara terang-terangan pun dah wujud. Tanda-tanda besar dah hampir complete. Yang kecil memang dah complete dah pd pandangan aku. Ya Allah, takutnya. Macam manalah anak-anak sok dah besar. At times aku rasa kesian bila pandang muka diorang. Tak tahu nak kata beruntung ke tidak kamu wahai anak-anak lahir di zaman yang penuh fitnah ni. Rasa macam bersalah pun yer melahirkan diorang dlm zaman susah ni. Ujian & dugaan makin hebat. Dulu masa zaman aku kecik-kecik takdelah seteruk zaman skrg ni. Tapi mereka kecik-kecik lagi dunia dah nazak begini sekali. Kesian kot.

Itulah aku cuba usaha lebih bagi kuat sikit jati diri sebagai seorang muslim. Belajar tak pandai takpe sangatlah asal elok budi pekerti, akidah terjaga & moga dapatlah teruskan tradisi lahirnya diri awak semua dari keturunan yg baik-baik, jaga diri elok-elok, jadilah anak yang membanggakan agama Islam. Moga awak semua terpelihara drp fitnah akhir zaman. Ibu akan selalu doakan awak semua jadi anak yang baik-baik, moga Allah selalu jaga awak semua hingga akhir nyawa. Selagi Ibu bernyawa, akan selalu doakan awak semua. Moga Allah perkenan.

Sampai ke hari ini aku masih tak suka baca newspaper sebab hati aku sakit bila banyak sangat baca info tentang kepincangan masyarakat. Jiwa aku jadi tak tenang gitu. Usually aku dapat info pasal perkembangan semasa ni dari media sosial je. Tau gitu-gitu sudahlah. Jangan sampai tak tahu langsung pulak kan? Sebenarnya aku follow kaedah ni drp saranan ulama' Saudi idola aku Dr. Aidh Abdullah Qarni yg juga pengarang buku hit Jangan Bersedih. Once aku stop follow tengok berita & baca newspaper, memang rasa hidup lebih tenang & tak kusut. Alhamdulillah. Banyak benda yang sebenarnya kita tak perlu tahu too deep. Sama juga macam baca KRT & IIUM confession tu tak boleh baca selalu sangat. It will effect us in some ways. Kena amek tahu gitu-gitu je orang kata. Dia macam ada had la senang ckp. Bila terlalu banyak, ia jadi tak bagus utk kita. Kena pandai berwasatiah dalam segala hal kehidupan. Sederhana.











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat