35 Tahun

Tak sangka masih hidup lagi aku kat dunia ni di usia genap 35 tahun. Terima kasih pd Allah kerana masih lagi bg peluang utk aku berusaha menambah amal ibadat sebagai bekalan utk dibawa ke alam barzah & hari perhitungan kelak. Terima kasih juga pada Mak yang telah bersusah payah menahan sakit sewaktu melahirkan aku 35 tahun yang lepas. Hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbanan Mak waktu tu. Sebagai anak & manusia yg lemah, aku cuma mampu berbuat baik pada Mak & mendoakan dia selalu. Dan Abah, tanpa Abah tak lahir juga aku kat dunia ni. Since Abah pun dah kat alam lain, so aku cuma mampu berdoa jelah utk kebahagiaan Abah kat sana.

Semalam takde apa yg special pun. Just duduk rumah spend time dengan anak3. Nadim tak berapa sihat, so agak malas lah nak keluar kemana-mana. Hari Jumaat cuti sempena Awal Muharam. Best betul cuti 3 hari. Sabtu pegi AU2 Kak Ya dah selamat sampai dari Holland. As usual 2 weeks jugalah dia kat sini. 

Takde idea pagi2 ni nak merapu ape. Lunch hour kang boss ajak main bowling kat D Pulze. Training sebelum event Jumaat ni. Aku ni bukan la terer main sangat tapi boley lah nak happy2 kan. Asal ada wakil team dari AMD sudahlah. Dah lama tak aktif sukan padahal aku ni masa sekolah bukan main lagi suka main netball & handball. Ni umur dah banyak minat pada sukan tu memang tak hilang. Even badan dah gemok tapi taknaklah jadikan alasan taknak join apa2 aktiviti luar esp yang dianjur by company. Kena berdaya saing sikitlah instead of membongak je macam loser hahaha.

Bila kerja lama dalam satu2 company, perasaan bosan tu memang tak boleh lari. Kalau dah tak boleh nak hadap life kat office, solution dia pergilah ko cari kerja kat tempat lain. Barulah akan rasa bernafas skek kot. Ini kalau kerja pun dah malas nak buat, apa2 aktiviti company malas nak join, memang mengumpul dosa kering jelah ko bekerja. Dah tak jadi kerja itu satu ibadat dah. Sejak Akay dah ambil alih Management from his dad, aku rasa best la jugak eventho kerja bertambah. Perubahan pada aku mmg satu perkara yg ditunggu2 jugaklah since nampak gaye mcm nak keje kat sini sampai pencen kan hahaha. Thats y aku suka je join apa2 yg baru kat sini. Dapat juga merasa suasana kerja yang baru eventho kat tempat yg sama. Syukur.

Dapat better boss. Suasana office pun ada changes. Okay sangat dah. But then ada je pekerja lama yang tak dpt terima dengan perubahan. Dah selesa sangat dgn suasana yg lama. Tu bos lama pun blah, exec sebelah aku ni pun blah. Tapi ade juga opismate yg patut blah tak blah blah hahaha. Semak otak nengoknye sebab asyik mengeluh tak habis2. Kalau dah rasa nak pegi keje pun malas, berhenti jelah kak cari kerja lain. Serabut aku nengok ko dengan muka macam tenuk datang opis. Org jenis gini memang buat kita down pun yer dengan aura negative yang menyelubungi dia. Tu pasal aku jarang naw dah nak bersembang dgn dia. Chit chat kejap2 oklah. Hrp dia berubah lah & buat apa yg patut.

K dah melalut banyak. Bai.

Kesayangans


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat