Berat Naik, Padan Muka

4 kilo je lagi nak naik ke berat asal sebelum kenal diet Eat Clean. Gila la weyyyy hahahaha. Menangis tak berlagu aku. Baru kutahu betapa susahnya nak ubah cara makan dari tak healthy kepada healthy. Siryes la weyy kalau takde azam & semangat, babai jelah niat nak turunkan berat badan tu. Ini aku pun makin rasa tak sihat dah badan. Dengan tak minum air bergula pun takkan boleh membantu ko lama sangat utk turun berat. Lama-lama dia akan naik juga macam biasa. Aku memang cut banyak dari minuman manis tapi masih kalah dengan makanan manis. Tu pun masalah jugak kan? Hampes betol.

Ritu aku buat dalam 2 bulan la yg betul2 strict, almost 10kg lost okay. Bermakna diet ni memang berkesan tapi nak istiqomah tu yang paling payah. Itulah yg aku tak mampu nak buat sampai berat naik mencanak balik sampai skrg. Oleh itu, aku pun set target baru ( as usual haha) utk turunkan semula berat badan starting from today onward. Tak tahulah berapa lama boleh bertahan but I will try my best ( as usual jugak hoho ). Biasalah, a never ending story for me. Boring tapi selagi masih hidup kena usaha jelah. Kadang sampai 1 tahap tu sampai redho akan always in a plus size clothing & cuma fokus utk sihat je. But berat badan & sihat come together kot. So kena gather balik semangat & do it once again from the beginning.

Kisah seterusnya ialah pasal expenses keluarga bulan ni lari bajet. Over spending due to some situation lah. Balik Johor shopping kat JPO. Padan muke ko haha. Pastu aku asyik beli blouse sampai 4 helai, tudung Kekaboo 3 helai. Roh shopping dah datang. Tak guna betul. Pastu smlm duduk hotel even mur-mur je langsai gak RM180 per night. Kes g wedding kazen Iz kat Kuala Selangor sane after ke Majlis Akikah Ash Miqdad baby baru Yaya. Asyik berjalan, bershopping mane tak lari bajet kan. Pastu ekzos Kelisa aku ritu dah bunyi2 patah depannya, tukar jugak dh kena RM280 pheww. Dengan Iz sekali pun mengeluh lari bajet banyak sangat bulan ni hehehe. Baru belas2 hb dah rasa sengkek. Bertabahlah.

Aku ni tiap bulan pun azam baru taknak shopping benda bukan2 tapi end up sama gitu jugak. Skrg jarang dah membeli baju bajan or anything related to kiddos tapi hok beli brg sendiri pulak menggila. Ni aku nak salahkan website MisClaire pslnye paham2lah plus size yg best pakai tak byk seller jual. Aku mmg serasi sgt dgn seluar baju MisClaire so klu diorang restock baju/seluar kena beli cepat sbb kalau tak nanti habis saiz. Mmg mcm goreng pisang panas ah situ. Thats y kdg dlm sebulan dia jd over spending psl kejarkan saiz takut dah habis. Ni dah keluar pants pulak yg aku mmg dh lama tunggu nak beli. Acaner???

Godeh2 gambo jumpe ni. Rindunya kat Abah T__T

Haritu Kak Ya fwd wasap personal Mak kat dia. Mak kata malam tu lps Isyak maybe, dia ada baca surah Yaasin. Tidur malamnya dia mimpikan Abah berwajah cerah & senyum pandang Mak tanpa berkata apa-apa. Allahu, moga benarlah Abah di alam sana sedang gembira menikmati segala usahanya semasa didunia dulu. Mungkin juga berkat doa anak-anak yg tak jemu bersedekah atas namanya juga. Abah, we missed you so much. Moga Allah pertemukan kita semua di Syurga Nya nanti, InsyaAllah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat