Bercuti di Ibu Negara Kita

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, merupakan kota metropolitan yang sibuk dengan mercu tanda unik yang dikenali di seluruh dunia. Kemampuan kota raya ini menggabungkan bangunan lama dengan baharu mewujudkan satu perbezaan yang menyeronokkan yang menjadi sebahagian daripada pesonanya.
Aku nak ceritakan serba sikit tempat menarik di Kuala Lumpur. Pertama sekali adalah Menara Berkembar Petronas adalah salah satu mercu tanda Malaysia. Berdiri megah pada ketinggian 451.9m, Menara Berkembar Petronas merupakan pusat tumpuan utama di KLCC dan ianya merupakan ikon paling terkenal di negara ini. Jambatan udara atau Skybridge di tingkat 41 turut menjadi platform untuk melihat keindahan bangunan pencakar langit di sekitarnya.


Menara KL pula terletak di Jalan Puncak, off Jalan P.Ramlee . Dibina di puncak Bukit Nanas yang terletak dalam lingkungan Hutan Simpan Bukit Nanas, Menara KL adalah salah satu mercu tanda yang paling penting di bandar ini. Menara tinjaunya menawarkan pemandangan bandar yang memukau.

Selain itu, Little India Malaysia berada dalam lingkungan penempatan India tertua di negara ini. Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2009, Popularitinya naik mendadak sebagai salah satu pusat pelancongan yang paling popular di bandar ini. Bermula dari Jalan Travers sehingga ke Jalan Tun Sambanthan, Little India terletak di sebelah Stesen Sentral, hab pengangkutan utama di bandar ini.


Seterusnya, Pasar Seni (Central Market)  yang terletak di Jalan Hang Kasturi. Tempat terbaik untuk mencari barangan kraf dan perhiasan, Pasar Seni merupakan salah satu bangunan warisan yang terkenal. Ia adalah contoh terbaik gaya hiasan seni tahun 1930-an dengan reka bentuk pintu masuk yang unik, elemen-elemen penyatuan di tingkap dan pintu serta panel besi tempa.

Jalan Petaling (Chinatown) juga merupakan satu tarikan yang unik di Kuala Lumpur. Petaling Street atau Chinatown merupakan deretan kedai, restoran dan gerai-gerai penjaja yang meriah. Ia adalah salah satu kawasan beli-belah paling dikenali di KL yang menawarkan pelbagai jenis jam tangan, aksesori, pakaian, kraftangan dan cenderamata.

Jadi tak sah kalau ke Kuala Lumpur tapi tak tahu tempat penginapan yang selesa di Kuala Lumpur. Mungkin korang tertanya-tanya sebelum ini dimana tempat penginapan yang bagus kan? Untuk pengetahuan korang, Corus Hotel Kuala Lumpur terletak di kawasan / bandar Bandaraya Kuala Lumpur. Hotel terletak hanya 0.45 km dari Ampang Park Station.Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya KLCC MRT dalam 0.18 km, dan Ampang Park Station dalam 0.45 km.
Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Corus Hotel Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang dan rakan sekerja perlukan. So kalau ada event apa apa dengan company atau universiti, bolehlah pilih untuk booking di hotel ini kerana setiap kemudahan yang disediakan sangat sangat baik dan memuaskan.


Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan hiburan yang tersedia untuk korang dan seisi keluarga di Corus Hotel Kuala Lumpur, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian keluarga. Bersiaplah untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan korang.
Korang juga boleh nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada korang mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang. Dapatkan tawaran terbaik untuk rawatan spa yang paling berkualiti bagi tujuan istirehat dan meremajakan diri anda.

Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada korang, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang diperlukan. Jika korang inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada meja depan, pihak hotel sentiasa bersedia untuk memenuhi sebarang permintaan. Layanan staff juga baik baik dan akan cuba memenuhi segala permintaan.
Untuk makanan pula, korang boleh nikmati hidangan kegemaran dengan makanan istimewa dari Premiera Hotel Kuala Lumpur yang eksklusif. So tak perlu risau makan tak sedap. Chef untuk masak di retoran ini memang yang terpilih dan masakan nya memang sedap belaka. Memang kenyang perut suka hati.


Corus Hotel Kuala Lumpur adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Nikmati layanan mewah dan pengalaman yang tiada tandingannya dengan menginap di Corus Hotel Kuala Lumpur. Apa lagi,  lets book Corus Hotel Kuala Lumpur sekarang.

* semua gambar kredit to google




Popular Posts