Hidup Sihat & Makanan

Srott srett sambil menaip. Flu ni kalau tak kena gaya boleh merebak jadi sakit kepala sama. Dah la asyik menghembus sekuat yg boleh pasal x selesa hingus dengan hidung tersumbat bagai kan. Tu pun boleh jadi penyebab tertarik urat kepala kot hahaha. Sukehati aku je tulis. Harap korang paham jelah maksud yg nak disampaikan tu sebab itulah situasi yg aku tengah alami sekarang.

Sengal sengal badan effect from zumba last Friday ditambah dengan bowling on Tuesday & esok bowling lagi dengan geng wasap+zumba. Malam tadi dah telan panadol extend 2 biji sebelum membute. Lega sikitlah badan pagi ni tapi esok menambah balik sengal sana sini. Aptb. Tapi seronok sebenarnya bila aktif ni. Am thinking of playing badminton pun best jugak petang-petang sementara tunggu Iz settled kerja. Kalau dia pikap aku lambat hari2 tu bukan aku buat ape pon. Selalunya melangut je layan wasap or kdrama. Cuma kena cari partner jelah takkan aku nak main badminton sorang2 kan hahaha. Gilo. Maybe boleh ajak Fajar since dia pn rajin jogging kat tasik tepi tu lps office hour. Ajak ubah angin skali skala. Ala main pukul2 gitu je tayah net pon xpe. Asal kuor peluh yerdak?

Diet aku setakat harini takdelah follow strict sangat. Susah wohh since ade je org offer makan itu ini. Nak tolak tak baik kan rezeki hehehe. Tapi rasa turun la sikit perut ni ha. Cuma kena lebih kuat semangat la utk lebih strict mcm dulu. Skrg ni ape yg boleh diet, aku diet. Ikut pelan pemakanan yg dah terpateri dlm otak tu je. Terbabas sikit2 hrp masih ada penurunan lah. Selalu je jumpa diet kaw-kaw orang lain yg mmg terbukti berkesan tapi umur gini aku dah tak kental la nak hardcore sangat. Pagi tghari telur rebus berbiji2 aduhaiii...tengok meal plan pun aku dah rasa tak mampu. Tapi aku amek mana yg baik la like telur rebus tu kdg boleh jd breakfast aku once in a while. Sebab pagi perut mmg tak mintak isi banyak pun. Dah terbiasa minum F1 Herbalife. Lunch mmg aku kena makan sbb pagi dah light meal. Malam ni yg masalah tetap nak makan nasi jugak. Tengah fikir apa yg boleh gantikan nasi. Nak yg light2 je. Roti & epal aku dah buat utk snacking.

Belum lagi bab dinner terbabas makan byk sebab kdg tapau utk budak2 depa makan ciput je. So nak buang sayang ah kan. End up aku la perabis. Dinner kalau tapau Nasi Ayam Kukus mmg beli 2 je. Satu utk Iz, 1 utk budak2. Hok budak2 tu la yg kdg depa x habis, aku yg balun. Itu anak2 makin melidi, mak makin menembun. Pastu nak kutuk2 aku gemok pulak budak2 ni. Hampes betul...Mak nak ajor membazir makanan tu tak baik. Amalan syaitonnnnnn hahaha...

Terimalah kompilasi gambar makanan. Hahahanat betol











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat