Lubang

2-3 bulan kebelakangan ni iman merudum dengan teruk sekali. Entah kenapa semua benda nak malas. Solat Dhuha pun rasa macam beratnya nak buat. Last-last tinggal je tak buat. Begitulah bila iman dah start menurun. Nak naikkan balik bukan senang. Kena psiko diri balik utk keep on track. Knowing iman ni memang begitu, thats y kena selalu doa kat Allah, biarlah bile ajal kita sampai sok, iman tu diparas yg tertinggi dalam diri kita. Kalau Allah cabut nyawa masa iman tengah low, rugilah kita. Jangan lupa doa sekali biar kita pergi dalam keadaan yg husnul khatimah, InsyaAllah.

Semua yang hidup akan mati. Tak ramai manusia yang suka bercerita bab kematian. Siapa yg suka mati yerdak? Bukan calang-calang manusia kalau dia tak takut akan mati. Itu agaknya manusia yg dah tahap ulama or wali jelah kot. Kita yg amalan biasa-biasa ni selalunya mmg takut akan mati. Entahlah, aku selalu juga membayangkan betapa azabnya waktu roh nak keluar drp badan. Waktu nyawa di kerongkongan. Allah ya Allah, ianya begitu menginsafkan.

Lepastu bila roh kita dah keluar pula, berseorangan menghadapi kehidupan baru di alam kubur. Ya Allah, tak takutkah kita? Selalu terbayangkan kubur yg gelap & sempit. Kita pun tak tahu bahagian kita macam mana sok. Pengakhirannya tu macam mana. Masa hidup ni doa ajelah yg mampu buat sambil terus usaha utk jadi hamba Allah yg baik. Usaha kumpul amalan itu ini. Cuba buat benda baik walau sekecilnya pun dimata kita sebab kita tak tahu rahmat Allah tu dimana.

Takut akan kemungkinan maybe ada 1 kejahatan yg kita buat yg kita rasa macam kecil je tapi hakikatnya itulah yg akan menjerumuskan diri kita pada Neraka. Mana kita nak tau kan? Dan mungkin juga sekecil kebaikkan yg kita sangka pula itulah akhirnya yg membawa kita ke alam Syurga. Dia macam 50-50 gitu. Inilah yang membuatkan aku fikir kalau takde rahmat & kasih sayang Allah pd kita, mampu ke kita ni masuk Syurga? Rasa tak mampu je.

Itulah yang selalu buat aku rasa helpless. Lemah tak berdaya dihadapan Allah. Dialah satu-satunya tempat utk aku berharap & meminta tolong. Takde yg selain Dia dah. Perasaan bila kita rasa tak berdaya ni sangat menggentarkan hati. Menggigil rasa hati dihadapan-Nya. Juga sebak dengan kelemahan diri sebagai seorang manusia. 

Kadang aku pandang naskah Al-Quran dah aku rasa sangat sebak, memeluk & sayang akan ia. Itulah kalam dari Allah yang sampai sekarang aku masih belum memahami keseluruhan isinya. Ya Allah, Kau sempatkanlah aku utk memahami isi Al-Quran. At least sekali sebelum nyawa aku ditarik. Kalam Allah ini akan diangkat ke langit bila tiba masanya nanti. Moga Allah rezekikan aku untuk membaca & memahaminya sebelum tiba saat itu.

Susahnya hidup sebagai seorang manusia. Kita selalu disibukkan dengan perkara dunia sehingga senang sangat nak lalai utk beribadat dan menambah amalan bekalan di akhirat nanti. Masa kat alam kubur nanti je kita dah merasai apa yang kita usahakan kat dunia ni. Lubang mana satukah milik kita? Lubang Syurga ataupun Neraka?




Popular Posts