Masalah Telah Dikenalpasti

Sepanjang aku kenal diet eat clean, takdelah takde langsung ilmu yang dapat tu diamalkan. Alhamdulillah even tak fully succeed tukar gaya pemakanan, ada a few yg aku dah dapat biasakan. Contohnya utk breakfast perut aku dah tak perlukan makanan yang berat. Yang ringan contohnya sekeping roti wholemeal sapu peanut butter no added sugar pun okay dah. Sikit sebanyak aku tahu aku ni jenis orang yg macam mana. Jenis tak suka benda renyah. Kalau boleh semuanya aku nak yang ringas & cepat je. Tiba2 macam mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam gitu.

Bukan saja bab makanan, malah benda lain macam bab pakai make up pun begitu. Kalau yg amek masa lama, aku senang jadi malas. Fed up. Aku nak yg senang2 je cthnya pakai lipstik itu mudah, tapi pakai eyeliner itu leceh & ambil masa. Dgn itu aku lebih kerap pakai lipstik dari pakai eyeliner. Nampak tak?

So bab makan pun begitu sebenarnya. Utk diet eat clean, mmg adalah lebih bagus & jimat kalau aku masak sendiri makanan tu instead of order kat orang or kedai. Untuk membuatkan aku jadi rajin buat meal diri sendiri, aku perlukan penyediaan makanan yang ringkas & cepat. Kalau amek masa & banyak bahan, aku terus jadi pemalas. Jadi otak aku selalu je fikir ape aku nak makan yg ringkas & cepat. Dalam tempoh 2017 setelah kenal diet eat clean ni, aku byk try & error dengan pemakanan. Aku nak jadikan eat clean tu perkara yg biasa dan tak buat aku rasa aku sedang berdiet. Tak mudah seperti yang dijangka pun okay.

Ingat senang nak ubah cara makan yg dah berpuluh tahun ko follow? Tak senang bhaiii. Thats y aku masih lagi gagal even setelah kenal eat clean. Tapi gagal sekali tak bermakna gagal forever right? So here I am again trying to implement the eat clean regime in my life. Set target baru dengan harapan kalini dapat bertahan lebih lama than my first try.

Selain drp waktu breakfast dah biasa makan ringan, aku jugak makin biasa dengan minum air kosong 3-4 liter waktu siang. No big deal dah benda ni. Ulang alik ke tandas dah jadi perkara biasa. Bagus jugak sebab jadi one of my exercise jugaklah kat opis yg banyak waktunya duduk ni. No air manis pun dah tak masalah. Sangat jarang dah aku minum air manis. Klu minum pun suku gelas dah memadai. Tak craving mane dah pon. 

Snacking adalah penting juga bila eat clean ni. Kita rasa stress nak diet bila kita rasa lapar. Since eat clean ni kena jaga portion makanan sekali, apa yg sangat ditakuti adalah rasa lapar gila. Thats y snacking tu penting. Macam kat office snacking utk org yg nak cepat & ringkas spt aku ialah roti wholemeal & buah. 2 benda ni paling convenient utk aku setakat ni. Ada je lagi snacking lain tapi yg mudah utk aku 2 tu jelah. So stick jelah sampai skrg.

Utk lunch tak susah mane pon. Menu paling malas ialah spagethi + sliced chicken breast + salad. Berhari2 kdg menu yg sama je hahahaha. Nampak tak M dia tahap mane. For dinner ni masalah skek sbb selalu tewas dengan dinner yg di tapau utk budak2 bila balik lambat. Kalau tak lambat or kiddos tak lapor sgt psl dh makan kat rmh owner taska, mmg boleh masak kt rmh je yg tak masalah nk control portion. Tapi bila tapau, kiddos makan ciput pastu tak habis. Tukang habis siapa lagi kalau bukan aku kan?  Tu selalu aje failed.

Sikit demi sikit masalah yg dtg utk aku amalkan eat clean regime ni akan cuba diatasi dr masa ke semasa. It takes time uolls. InsyaAllah akan sampai 1 hari nanti gaya pemakanan aku akan berubah sepenuhnya like perkara biasa je dalam life aku. Think postive jelah kan. Usaha sampai jaya.

Perasaan bila kita buat sesuatu perkara yang betul utk menyelesaikan masalah yg kita ada adalah sangat best. Bila berat badan turun slowly but surely, happy dia tu tak tau nak kabo. Macam hati ni sentiasa tersenyum gitu. Masetu akan rasa wow my life is so good at the moment. Cuma nak maintainkan sesuatu benda yg bukan amalan biasa kita sebelum ini adalah sangat susah. 

Sama jugak macam nak istiqomah dalam beribadat. Ingat senang? Istiqomah benda yg baik adalah sangat sukar ye kawan-kawan. Tak kisahlah dalam perkara ape pun ia. Asal ia benda yg baik, Syaitonirrajim tu memang akan sentiasa menghalang usaha kita tu. Belum tambah lagi nafsu yang mmg dah sebati dalam diri kan. Kita mmg akan tewas tapi asalkan kita bangkit semula, apedehal. Moga Allah sentiasa jadi penolong kita dalam stp perkara yg membawa kebaikkan. Amin yra.

Kadang jadi pembakar semangat juga depa ni

Ahkak bukan polis yerrr

Dating adhoc kat My Town & Ikea Cheras

Bila nampak muka si suami ni rasa syukur sangat pasal dia ni setakat 8 tahun + hidup bersama tak pernah lagi kasih sayang dia nampak kurang even wife dah gemuk tak macam waktu mula2 kawen dulu. Bini mane yg tak rasa risau bila rasa diri dah tak cantik dimata suami kan? Tapi mamat kat atas ni memang seorang yang naturally penyayang. Sifat yg Allah kurniakan pd dia selayaknya. Beruntung aku dapat suami mcm dia ni. Sejenis tak banyak songeh. Bini nak keluar me time dengan kawan-kawan pun dia okay. Nak travel dengan kawan2 takde dia & anak2 pun okay.  Most of the things that I want to do, dia okay je. Dan aku takdelah mintak yg bukan2 like menyalahi agama pun. Agak-agaklah kot ye pon kan hahaha. Tetap bila dah jadi wife ni kena jaga maruah diri sendiri & suami kemana pun pergi. Jangan salah guna kepercayaan yg suami bagi. Kena pandai jaga diri.

Aku terdesak sangat nak turun berat badan ni pertamanya pasal badan rasa tak sihat. Bermakna utk diri aku sendirilah. 2 penyakit dah menjengah kalau tak insof jugak tak tahulah nak tunggu Allah bagi petunjuk ape lagi. Sihat tu yang rasa naaak sangat. Kurus itu pulak bonus. So I have to do this whether I like it or not. Jasad ni pun amanah & tanggungjawab dari Allah juga. Kena jaga sebaiknya yerdak?








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat