My Long Service Award

Settled dah membeli emas di Habib Jewal last Saturday. Alhamdulillah RM8k langsai tak sampai sejam pun. Aku ni sejenis tak cerewet sangat bila membeli. Dapat 3 barang je pun daripada jumlah tu. Bracelet saje dah RM5,640. Bangle Ora Italia dalam RM2,020. Disebabkan tak sampai amount RM8k tu, dapat idea tambah charm sebiji harga around RM466. End up aku kena tambah cash RM266 totalling all purchase RM8,266.



Bracelet tu aku beli yg jenis emas padu. Thats y harga dia macam tu. Aku fikir better lah beli yang besar gitu, kalau nak pajak ke dapat banyak skek duit hahaha. Otakkkk makcik-makcik. Plus aku rasa dengan income sekarang ni manelah nak mampu beli bracelet harga sampai macam tu. Over RM5k bukan senang-senang nak kumpul or dapat kan? Begitulah penjelasan dari pemikiran orang marhaen mcm aku. Nak pakai harian memang idokler. Maybe boleh pakai time hari raya huhu.



Bangle Ora Italia pulak aku kenan dengan design dia. Seller dah tunjuk yg lain pun aku dah tak kenan. Masalah dia masetu berat dia cuma 9gram lebih skek gitu je so tak cukup nak genapkan ke 8k. Ade lebih dalam 200+. Rugilah aku kan kalau guna kurang drp jumlah vocher. So aku cakaplah dengan seller kalau kena tambah cash dlm 200 gitu aku okay je. Then dia pun dapat idea untuk tambah charm. Nampak charm butterfly terus jatuh hati. Sweet je bracelet tu bila add on charm. Tak bercadang pun nak tambah charm lagi sebab 1 ni je dah cukup sweet & simple. Dari mata aku la. So begitulah penjelasan pembelian utk bangle pula. Yang ini boleh pakai hari2. Suit my taste.



So dapat 3 items jelah dengan harga demikian. Harga segram emas kat HJ adalah mahal. Dapat diskaun so dia amek RM200 segram. Workmanship for bracelet is RM230, for bangle RM240 & charm RM58. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah melalui company yg lagi beberapa bulan je lagi genap 12 tahun aku bekerja. Dari bujang sampai dah kahwin sampai dah 3 anak haaa. Syukur akhirnya company appreciate orang-orang lama ni. Pertama kali rasa dihargai even dalam peningkatan karier masih belum ada, its good enough dah for now. Jangan tamak. Rezeki Allah datang bila masanya dah sampai. Just be positive dan hiduplah seperti biasa.

Aku pun jenis tak bercita-cita tinggi. Kalau betul bercita tinggi, dah lama kot blah dari sini. Sesuai dengan karakter aku yang mahu hidup seadanya sederhana. Asal lepas bayar komitmen, shopping sikit, makan pakai cukup sudahlah. Hidup skrg pun rasa happy dah. Alhamdulillah.

So itulah cerita pasal beli emas hasil reward dari company for my long service award. RM8k memang syok skek ah kan membeli. Kelebihan laki bini kerja 1 company hehehe. Kalau tak dapat RM4k je for 10 years punye class. Yg 15 years RM8k. Yg 20 years RM12k. Ada options nak brg kemas HJ, jam or travel in claim basis. Aku tengok ramai yg pilih emas. Yg suami reward bini & anak-anak. Baguslah. Untuk Naurah memang tak beli pun pape pasal dia dah banyak jewelry. PIL dah belikan serba berdiri utk dia. Bagi Ibu peluang shopping emas yg jarang2 dapat ni. Iz tak habis2 mengusik, tido dalam senyuman lah ibu korang malam2 hahaha.

Oh yer HJ ade buat promotion beli emas dapat sunglasses brand Ice Watch. Made in France. Best juga pasal kaki dia tu elastik. Means budak2 pun boleh pakai. Rejeki lagi.







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat