Update Biasa Je

Lama tak update blog. Takde idea nak merapu ape sebenarnya. Bukanlah sebab busy sangat pon hehe. Seronok balik kampung Raya Haji aritu 5 hari dapat spend time di rumah kesayangan tu. Kadang even kite ni selalu jugak jumpa Mak bila dia duduk sekejap kat rumah Abg Eddy kat AU2 sane, bila ada masa terluang tetap nak balik kampung juga jumpa dengan rumah. Rumah tu pun special kot. Kat situlah membesar dari zaman kanak-kanak sampailah dah beranak pinak ni. Ditambah dengan pelbagai kenangan terutamanya time Abah masih hidup.

At times memang selalu sangat teringat dengan Abah. Maybe dah start fasa rindu yang takde ubatnye kot. Even though Abah selalu habiskan masa dekat Masjid, tetap aku ni sejenis yang suka bertanya Abah kat mana masa hidupnya dulu. Haritu balik aku boleh pulak tersasul tanya mana Abah. Nasiblah time tu tengah berkata-kata dengan diri sendiri je. Setiap kali teringat, aku akan cuba sedekah Al Fatihah pada dia. Setiap sujud terakhir solat aku doakan Abah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Aku terfikir dengan harapan bila aku dah meninggalkan dunia ni nanti ada orang yang sudi sedekahkan Al Fatihah kat aku. Aku sedekahkan juga Al Fatihah utk semua muslimin muslimat yg berada dialam sana. Manelah tahu dari sedekah aku tu dapat mereka diringankan azab sebentar ke kan. Kite pun tak tahu. Cuma aku terdetiklah sejak Abah dah takde ni aku lebih mengingati tentang alam disana. Kalau aku rasa nak juga dapat sedekah dari orang yg masih hidup bila aku kat alam sana nanti, aku juga kena buat perkara yg sama utk mereka masa aku masih hidup.

Sama jugaklah macam kalau kita nak orang layan kita dengan baik, kita pun perlu layan orang lain dengan baik dulu. Dia macam kaedah timbal balik gitu. 

Oh yer sebelum aku terlupa, Kak Fara Marketing Section sekeluarga haritu ditimpa kemalangan masa nak balik beraya haji kat kampung suaminya di Kedah. Alhamdulillah semuanya selamat cuma Kak Fara now masih kat hospital. Tangan kanan patah, a few ribs patah, some internal bleeding and retak tulang belakang. Moga Kak Fara cepat sembuh & bersabar dgn ujian Allah. Husband dia cuma patah tangan kiri. Anak yg sulung ada cut skek kat forehead. 2 lagi syukur takde pape. 

Weekend ni schedule full Sabtu Ahad ada jemputan Akikah & Wedding. Kami duduk kat hotel biasa 1 malam pasal jauh kat Puncak Alam & Kuala Selangor sana. Rasa malas pulak nak patah balik pasal selang sehari je plus 2 tempat tu berdekatan. Short getaway, harap kiddos enjoy & dipermudahkan segala urusan kami. Amin.








Montel selambak baby lama ni hahaha. Cer teka sape? Nadim lah bukan baby baru yer hahaha. Counting months je ni dia nak genap 2 tahun. Rasa besar dah dia. Dah rasa relax skek dah kami. Manja kededek sangat dia ni kalah Abang. Kakak memang tak manja sangat dengan aku. So takde perbandingan disitu. Aku memang kalah skek dengan anak-anak lelaki ni. Agaknya itulah sebab Allah bagi 2 orang kat aku kot. Masa pregnantkan Nadim aku memang takde spesifik nakkan jantina baby pun. Masa Naurah memang aku nak anak perempuan. Masa Nazif pun aku doa nak anak lelaki sebab nak merasa sepasang. Utk Nadim aku open doa cuma minta kat Allah bagilah anak yang terbaik utk aku. Yang sesuai dengan aku.  Boy or girl, aku yakin itulah yg terbaik dr Allah utk aku. So bila Nadim lahir aku bersyukur dan berlapang dada sajalah walaupun dia bukanlah anak yang kami rancang nak dapat dalam masa terdekat time tu. Thats y gap umur 2 tahun je dengan Nazif hehehe. Kalau ikut plan, aku suka gap 3-4 tahun. Tapi sejenis yakin dengan apa pun percaturan Allah tentulah itu yang terbaik bagi kami.

Dan aku bersyukur aku boleh berfikir dengan matang time tu. Menerima qada qadar Allah dengan penuh keyakinan didada walau iman tu senipis kulit bawang saje. Beruntung dengan support daripada Iz yang tak berbelah bahagi. Mengandung adalah 1 perkara yg sangat sukar utk aku sebab mabuk dan tak sihat menjadi perkara biasa selama 9 bulan tu. Its a very hard journey for me. For me, 3 kids are enough tapi kalau Allah bagi lagi rezeki anak, insyaAllah aku tetap akan menerimanya dengan hati yang terbuka spt waktu Nadim dulu. Allah lebih tahu yg terbaik utk hamba-Nya.

Mudahnya bila kita meletakkan sepenuh kepercayaan pd Sang Pencipta. Semuanya berbalik kepada Dia. Konsep ketuhanan yg sangat indah. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah allahu akbar.

Popular Posts