Meniscus & ACL Tear - Left Knee

Sementara masih tak banyak kerja lagi ni, eloklah aku story sikit kat sini kenapa aku dah lama tak update blog. Kisahnya on 26 Sept tak salah aku, petang tu ada main netball friendly match SHSB Vs Pembinaan BLT. Hati aku kuat rasa taknak main haritu since lutut kiri aku memang dah bbrp bulan tak sihat tapi kesian pulak kat kawan-kawan risau tak cukup orang nak form 1 team. Diorang pun ajak-ajak soh datang jugak at least jadi simpanan ke boleh buat ganti if ade yang panchitt or injured. So aku pun mengalah la pergi jugak petang tu.

Lutut kiri aku tu takdelah effect sangat daily life aku kecuali time solat. Bila duduk atr 2 sujud tu memang sakit sangat. Aku duduk pun dah tak boleh nak elok sangat sebab mencari posisi yang dapat kurangkan rasa sakit tu. Solat pun tak khusyuk sebab asyik nak cepat takmo duduk lama-lama sebab sakit. Bertangguh nak pergi check sebab kadang sakitnya hilang sekejap pastu tak lama datang balik. Biasalah bila rasa masih boleh tahan, kita pun buat tak reti je. 

Sampai lah time main netball tu dek berebut ke bola tengah kecoh2 tu lutut aku twisted rasa sakit gila. Boleh dengar bunyi keletakkk or pop gitulah. Tapi time tu boleh jalan lagi hincut member2 papah ke tepi court. Balik tu pn blh jalan ke kereta hincut & sakitnya boleh tahan lagilah. Drive balik pun tak masalah since kereta auto guna kaki kanan je. Malam tu dah start rasa tak selesa dek sakitnya tu. Sokmo terjaga. Esok paginya tengok bengkak dah dia. Gigih ke Nilai Medical Centre sensorang hincut2 end up kena warded sbb doc nak buat MRI baru boleh tengok condition saraf etc. Berkampung kat sana 2 malam pastu aku mintak discharged sbb boring gila hahaha. Dapat medical leave seminggu until next appointment dgn doc. At the mean time kena buat phisio.

Oh yer hasil drp MRI, doctor radiology kata meniscus tear & ACL tear. Aku saspek yang meniscus tu kes lama yang aku dok sakit masa solat tu. Meniscus tu dia mcm tulang pelapik atr bone nak sambung peha & betis. ACL pulak ligamen dlm lutut. Bila dia koyak, lutut aku hilang stabiliti. So tempurung lutut tu selalu rasa twisted or lari-lari la bahasa pasar dia. Mcm out of socket. Bila twisted tu sakit gila hoiii naik pucat muka dibuatnye menahan.

Seeloknya aku kena buat surgery ganti balik urat ACL yang dh koyak tu dengan amek urat aku yg lain ganti. Tu je cara paling bagus utk stablekan balik lutut aku tu. Tapi since aku rasa macam takdelah in pain selalu, aku rasa nak try phisio je dulu tengok gane. Plus nak tengok selalu sangat ke kacau aku punye daily life. Macam skrg aku cuma kena rehat dulu a few months dari sports & akan ada sports yg aku xleh main dah macam netball/badminton. Yg jenis guna sudden movement. Dah tak sesuai senang cakap. Sedih la jugak sebab baru je nak ubah gaya hidup tuptup jadi gini pulak. 

Jadi trauma pun yer skrg ni. Nak berjalan pun kadang still rasa sengal apetah lagi nak naik/turun tangga pun seriau. Risau salah pijak pastu sakit gila. Tengah nak sesuaikan diri lagi dengan keadaan lutut. Now masih tak berani nak solat mcm biasa. Takut impak nak turun sujud dr posisi berdiri tu akan buat lutut aku sakit gila pastu bengkak balik ke. Ehh macam2 la fikir. Nak duduk tu pun 1 hal lah. Dok teringat2 sampai masuk dalam mimpi dibuatnya.

Semangat nak bersukan tu ada tapi kekuatan fizikal tu dah takde. Faktor usia plus berat badan yang over ni lagi. Haihh....mmg kena turunkan berat ni..masih usaha...slowly but surely. Harap kuat semangat sampai berjaya.








Popular Posts