Cara Buka Akaun Baru M2U Savers Secara Online

Aku nak share pasal pembukaan akaun M2U Savers secara online. Otak aku ligat berfikir since dah dapat bayang nak resign beberapa tahun lagi to focus on my family, how to keep my additional saving yang tujuannya bolehlah digunapakai diwaktu-waktu terdesak bila aku dah tak kerja nanti. Maklumlah bila aku dah resign for good nanti, memang takde plan pun akan ada side income since aku ni pemalas orangnya hahaha. Sungguh jujur statement itu yer. Entohlah tak tau nak buat ape pasal takde bakat dalam apa2 bidang. In case terdesak sangat pun maybe boleh jadi usahawan sandwich like a few of my blogger friends kot. Hantar kat kedai2 buat duit poket budak sekolah ke kan hehe. We'll see lah. Aku pasti bile kita betul2 dah terdesak, semua benda pun boleh buat. Perempuan memang Allah kurniakan sifat begitu. Lebih2 lagi bila melibatkan hal ehwal kebahagiaan keluarga.

Since aku masih lagi bekerja skrg ni, aku fokus pd apa yg aku boleh save up dulu drp gaji setiap bulan tu. Lepas buat calculation & decide how much I save up, aku pening pulak nak simpan kat mana. Nak g bukak another account bank malasnya lahai. Until 1 day aku google & dapat info yg M2U Savers ni boleh bukak online je dr akaun M2U Saving biasa dimana duit gaji masuk tu. Ada 2 produk yg menarik perhatian, at last aku pilih yang syariah compliance. Akaun ni dilindungi PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). Korang google lah sendiri tapi scr ringkasnya kalau pape jadi kat bank, duit yg aku simpan dalam M2U Savers-i ni boleh dapat balik sbb di protect oleh PIDM ni. Akaun ni jugak baki dalam akaun tak boleh kurang drp RM250. Kira duit tu bank hold lah yang aku rasa mesti depa labur kat mana-mana tempat yg boleh mendatangkan duit lah kan. Tapi yang penting tempat yg syariah compliance. 

Alhamdulillah settled masalah aku nak simpan tabungan sebelum resign for good. Akaun ni nak tutup pun senang je. By online juga. Nanti baki dalam akaun tu kita boleh pilih nak transfer kemana. Takde masalah.

Aku tak rajin nak screenshot cara nak bukak M2U Savers ni. Tapi korang boleh login M2U macam biasa, kat interface tu pilih Apply Online. Then korang nampak Maybank2U Premier, M2U Savers, M2U Savers-i, Unit Trust, Credit Card Application, Supplementary Card Application & Resume Card Application. Klik & baca dulu. Then bolehlah teruskan langkah2 yg perlu utk bukak akaun yg korang berminat. Senang je siryes tak susah. 

On the spot bile korang dah logout & login semula M2U, korang tengok kat account tu dah ada 2. 1 yang saving biasa iaitu Saving Account-i & another 1 M2U Savers-i yg korang dah create tu ah. Kalau nak shopping online, dia akan suruh ko pilih dari akaun mane yg korang nak duit tu di deduct. Itu jelah setakat ni yang berubah pun. Makin bersemangat rasa nak saving bila dah ada matlamat yg jelas ni. Setakat ni dah ada a few savings la yg aku buat drp gaji yang dapat tu. 

1. Tabung Haji -  auto potong setiap bulan drp gaji
2. Insurans - personal insurans yg cover medical & ada saving
3. Main kutu - allocate RM200 per month for this. Dpt 2 giliran. Plan nak save half from it bila dpt
4. Tabung resign - allocate RM300-500 monthly sampai resign

Bila aku resign, tabung haji akan stop saving. Insurans, Iz akan cover for the whole family. Kutu memang babai lah. Tabung resign pun sepi dari masuk, keluar je ada hahaha. EPF akan stop, investment dalam Unit Trust PB jelah jalan utk generate duit dlm tu. 

Lebih senang utk aku listkan semua benda ni utk dapat the bigger & clear picture bab financial bila dah resign nanti. Banyak benda kena downgrade bila ada sorang je pencari nafkah. Moga Allah permudah segala urusan. Niat berhenti sebab nak jaga keluarga sebaiknya. Nak besarkan anak-anak depan mata, nak jadikan mereka anak yg soleh & solehah. Nak jaga keperluan suami sebaiknya.  Nak buat amal ibadat tanpa curi-curi masa bekerja lagi. Moga lebih tenang & bahagia hidup kami di dunia yang sementara ni. InsyaAllah. Amin yra.

Counting days Nadim genap 2 tahun ^_^




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat