Cuti Sekolah

Dah beberapa hari nak menulis kat sini tapi ade je halangan. Now ade kesempatan tapi dah tak tahu nak membebel apa. Cuti sekolah datang lagi. Apa yang paling best bila cuti sekolah ialah jalan kurang jem. Boleh lewat sikit bersiap pergi kerja tak perlu nak tergesa-gesa. Lagi heaven bila dapat export 2 orang anak ke rumah in law. Hahaha. Yang kecik tu jelah dengan kami. Tak boleh lepas lagi yg itu. Peneman ibu & ayah kat rumah. Sebenarnya jauh di sudut hati aku ni sedih la jugak nak lepaskan abg kakak kat rumah in law tu. Tapi spt yg aku pernah ceritakan dulu, cuti sekolah jelah peluang budak2 tu nak habiskan masa lama sikit dgn in law. Kita pun tak boleh nak tamak sangat dgn anak2. Aku paling tamak masa anak sorang. Anak 2 dah kurang sikit. Anak 3 makin okay. Maybe sesuai dengan peningkatan usia aku jugak kot. Lebih chill, lebih relax, lebih matang.

Ibu bapa kita pun dah berusia. Biarlah depa gembira dapat habiskan masa dengan cucu-cucu sekali sekala. Sementara depa masih ada ni, bertolak ansur lah kita. Kakak & abang  tu dah besar, InsyaAllah tak menyusahkan in law sangat nak menjaganya. Kena perati ajelah apa mainnya. Kadang rasa risau juga budak2 tu menakal tak hengat donia. Maklumlah org tua ni mmg suka manjakan cucu. Nanti sok kalau aku dah jadi Nenek pun gitu jugak gaknye. So tak boleh nak kata orang sangat hehe. Belum sampai masa kita, mmglah kita tak tahu lagi perasaan tu kan? Usia mcm aku skrg ni malas dah nak kondem2 sangat apa pun perkara kat dunia ni. Kan dah kata lebih matang. Kenalah walk the talk. 

Ada je orang tua yang tak suka jaga cucu sebab dia rasa rimas bila rumah bising-bising. Kena take note yer bab ni. Kalau dapat parents/in law yang macam ni, jgn pula kita bebankan diorang dgn hantar anak2 kesana lama2. Time cuti sek panjang ni boleh je soh anak join pelbagai kem cuti sek yang bersepah ada. Bagi terisi sikit dengan ilmu2 berguna drp duduk melangut je. Ibu bapalah yg mencorak anak-anak kan? Buatlah apa yg kita rasa baik utk mereka selagi masih boleh kita arahkan ni. Nanti kang depa dah besar lain pulak cabarannya. Dah pandai say yes & no. Anak kecik2 lagi ni pandai2lah kita nak mencorak mcm mana.

Weekend ni cuti 3 hari. Esok cuti sempena maulidur rasul. Esok nak shopping barang rumah & visit Mak sekali. Paip shower bocor kena baiki. Alang2 nak psg water heater sekali. Senang pagi2 takyah jerang air panas dah. Next time nak tukar sinki & toilet bowl pulak. Sikit2 lah pasal duitnya bukan banyak sangat. Dgn budak nak naik sekolah lagi kena bayar yuran, beli kelengkapan sek bagai kan. Sabtu ada wedding invitation kat Semenyih. So balik sana sekejap jenguk budak2 sekali. Ahad kena balik BBST semula psl tukang nak datang. K tu je. Bai.

Oh yer. Nadim Zayydan dah genap 2 tahun. Yeayyy!!!











Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat