Kami Takkan Bersama Kamu Selamanya

Sedar tak sedar dah 8 tahun lebih married to Iz. Selama itu jugalah pergi balik car pooled bersama ke office. Kadang dalam kereta aku tido when he's driving. Buruk perangai tapi aku memang sejenis manusia yang senang terlelap bila masuk dalam kenderaan ber aircond. Senang je mata tu nak layu just like most of kiddos right? Cuma dlm ini kes, aku dah hidup kat dunia ni 35 tahun la haha. Nak mengelakkan aku drp tido, sila lah bersembang dengan aku. Tu je cara supaya aku tak melayan mata. Tak kira perjalanan pagi ataupun petang, tak susah pun utk aku lelap. Siap leleh2 ailio, kepala terlentok2 lagi. Belum bab mulut terngaga luas kahkahh. Sangat buruk lah rupa aku. Iz sampai gelak2 lah bila tengok but do I care? Tak koser lahai nak cover2 ayu bila dah kahwin lama ni. Jadi jelah diri sendiri. Sama macam mana aku try to understand him, dia pun sepatutnya kena faham aku jugak kan? Baik buruk perangai kita cuba ajelah hadam for the sake of the marriage. That is what its all about pun kan?

Kalau dah tak boleh hadap, maka berpisahlah instead of makan hati for the rest of your life. Kecuali kalau kita ni kuat semangat, daya kesabaran tinggi & mengharapkan balasan Syurga dari Allah, then we just have to stay strong & face all the obstacles. Hidup kat dunia ni bukan lama mana pun. InsyaAllah kalau kita kuatkan diri dgn mohon bantuan Allah, Syurga tempat kita di negeri Akhirat nanti. Itulah janji Allah pada orang-orang yang beriman & bersabar. Manusia ni boleh jadi kuat bila dia ada hubungan yang kuat dengan Allah je. Takde yang mustahil pun bila ada bantuan drp-Nya.

Kadang kita tertanya kenapa life kita rasa tak best berbanding dengan life org lain yg kita tengok. Rahsia Allah kita tak tahu. Yang pasti Allah ciptakan manusia bukan takde hikmah disebaliknya. Dan yang pastinya Dia kalau boleh nak kita semuanya berjaya masuk Syurga. Cuma kita sebagai manusia ni kena pandai mentafsir sikitlah perjalanan hidup diri kita ni. Cuba cari kat mana kunci rahsia yg Allah dah sembunyikan dalam stp perjalanan hidup tu. Kunci yang boleh membawa kita ke Syurga InsyaAllah. Usaha lah utk menjadikan life kita pun best macam yg kita tengok pd org lain tu. Perbaiki hubungan dengan Allah. Itu yg pertama sekali dari segalanya. Semuanya bermula dari situ. Molek kita jaga hubungan dgn Dia, insyaAllah moleklah yang selainnya juga. 

Pheww banyak dah melalut ni dr niat utama nak tulis entry ni hahaha. OK dah a few days berlalu baru nak sambung draft ni. Aku pon dah tak ingat tujuan sebenar UP entry ni. Just nak update yang esok aku & Iz kena ke Sungkai ade Team Building. First time kot pegi Team Building sama2 dgn dia sepjg kerja kat sini. Rasa excited pun yer hehehe. Maklomlah kami je psgn suami isteri yang ada kat sini. Special okay huhuhu. So anak-anak as usual kena minta tolong PIL jagakan la selama 3 hari 2 malam. InsyaAllah they will be just fine. Abg kakak mmg x masalah. Dah selalu duduk sana time cuti sekolah. Nadim jelah yang manja terlebey skek dgn aku. Tapi last year pn masa aku g TB kat PD elok je dia. Ok punyelah. Aku punya perasaan selalu kata PIL aku ni jaga anak-anak aku lg baik kot drp aku. Diorang memang jenis caring pun. Jadi hati aku ni takde risau manelah psl budak2 tu. I know they are in good hands. Plus penjagaan sebenar tu datangnya hanya dr Allah. Kita manusia ni tak sempurna. Yg maha sempurna tu cuma Dia.

Jadi aku doa sajelah tak kira kat mana anak-anak berada, even aku takde bersama mereka, kalau Allah yang jaga, takde apa yg perlu aku risau. Back to konsep tawakkal alallah. Be positive and InsyaAllah semuanya akan positive saje. Baju ape semua tak kemas lagi ni. Malam ni lah nk pack baju budak2 & ibu ayah sekali. Esok pagi aku & Iz gerak ke office dari Semenyih jela. Bas expected to leave at 9.30am. Moga perjalanan kami selamat & semua program berjalan lancar. Amin yra.

Manje kededek


Pelik angle gambo ni



Bila dah berkahwin ni rezeki anak-anaklah yang paling aku rasa bersyukur sekali. Diorang nilah yang menjadikan hidup aku & Iz lagi bermakna. But kiddos, I won't be with you guys forever. Satu hari nanti bila ajal Ibu dah sampai, I will leave all of you. Jadi, biasakanlah dengan ketiadaan Ibu & Ayah sekali sekala. Jangan terlalu bergantung pd kami & berharap kami akan sentiasa ada bersama kamu semua. Kamu semua anak-anak yang tabah, InsyaAllah. Ketahuilah dunia ni tak sentiasa indah. Hidup & mati tu perkara yang biasa. Remember that okay!

Aku rasa mentaliti ibu bapa juga kena berubah. Jangan sayangkan anak terlalu sangat sampai tak sanggup nak tinggal walau sekejap. Kita tinggal, tak bermakna kita tak sayang. Tapi once in a while we have to teach kiddos that we just won't be with them always & forever. Dan konsep tawakkal pd Allah tu kena perhalusi lagi spy hati kita ni redha dgn segala kemungkinan. Cth mcm kalau kita mati, apa lagi kite boleh buat? Nothing right? Time tu anak-anak pun kena terima hakikat whether they like it or not. Lumrah kehidupan. Dan mereka akan meneruskan hidup spt biasa lama kelamaannya. It will always be like that. We move on. They move on.

Lebih kurang konsep sayang anak, tangan-tangankan. Don't spoil them too much.









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat