Lutut Semakin Sembuh

Alhamdulillah semalam masa nak solat Zohor, aku tergerak hati rasa nak try utk duduk atr 2 sujud. So buatlah pergerakan mcm dlm solat tu sblm mulakan solat yang betul. Teruja sangat hati ya Allah gembira tak terkira bila tak rasa pelik dah kaki tu bila dilipat dan paling penting dah tak sakit. Excited sangat solat dengan hati yang sangat gembira menghadapkan muka pada yg Maha Esa. Nikmatnya bila dahi menyentuh sejadah. Meleleh jugaklah airmata dibuatnya. Sebulan lebih Allah tarik sikit nikmat dalam bersolat. Aku rasa macam nak putus asa pun yer bila cuba-cuba duduk, sakit. Sampai rasa fobia nak try dah sehingga akhirnya semalam Allah bukakan hati utk try lagi yg akhirnya membawa kepada kejayaan yang dinantikan.

Terima kasih Allah kerana masih bagi peluang utk aku merasai nikmat solat dengan sempurna. Banyak juga yg aku pelajari daripada kes ACL lutut koyak haritu. Dari awal lagi aku dah patut bersyukur dengan ujian lutut ni. Beberapa bulan sblm kena ACL, lutut memang dah sakit & problem bila solat. Tapi takde urgency utk check dgn doktor to know the exact problem with my knee. Until kena ACL, kira aku dapat sebab yg kuat utk pergi pasal lutut dah bengkak. Bila buat MRI, Doc dpt kesan 2 masalah. Meniskus tear & ACL tear. Aku punye kesimpulan, sakit yg sblm jatuh ACL adalah berpunca dari meniskus.

Since then, iaitu akhir September aku memang dah solat atas kerusi sehinggalah semalam aku dah boleh solat macam biasa. And amazingly masalah meniskus koyak yg dah terjadi sblm ACL turut hilang sama. Dari posisi berdiri mahu bersujud, aku dah tak rasa sakit. At least until solat Subuh tadi lah. Aku rasa okay sangat & selesa. Cuma duduk atr 2 sujud tu agak bermasalah bila aku kena duduk lama waktu tahiyat awal. Yang tu agak terseksa sikit dan buat tak berapa khusyuk sebab nak cepat-cepat bangun drp duduk. Apart from that, I am all good. Hati rasa seronok payah nak describe.

ACL tear aku ni pun sebenarnya tak bagi impact yg teruk sangat spt yg selalunya org alami. So aku rasa maybe tak perlu buat knee surgery. Setakat ni aku dah try zumba & okay je. High impact movement mcm lompat2 mmg aku tak follow. Aku buat yg ringan2 je taknak amek risiko. Bila melangkah longkang or anything, aku kena dahulukan kaki kiri instead of kanan. Kalau kiri yg tertinggal kt blkg, kompem sakit. Movement yg memerlukan lutut ke tepi jugak aku elakkan sbb tau dah mmg blh buat sakit. So far aku rasa tak mengganggu mana pun aktiviti aku. Cycling pun boleh buat dah. Berlari je aku takut lagi nak cuba. Tunggu sebulan dua lagi kot.

Aku tak nampak ujian lutut ni semuanya adalah negatif. Allah nak aku belajar sesuatu drp ujian ni. Allah masih sayang sebab ACL koyak aku tak seteruk mana. Tiba2 meniskus yg koyak sembuh bersama sbb aku dah restkan lutut utk bbrp waktu. Kalau bkn sbb ACL, aku tak rasa aku akan solat atas kerusi & rehatkan lutut spt sepatutnya. Aku pernah tanya doc, dia kata meniskus tear ni boleh sembuh bila lutut tu berehat tapi kemungkinan utk jadi balik tu mmg sentiasa ada. Iyelah bila kite solat or buat pergerakkan yg bagi high impact pd lutut, lama-lama dia jadi cedera lah balik. 

Suka atau tak, faktor usia mmg memainkan peranan. Segala fungsi tubuh badan kita ni ada had penggunaannya. Makin lama kita guna, lama kelamaan dia pun penat jugak. Ini teori aku jelah hehehe. By 35 aku dah rasa banyak tak best dengan tubuh ni. Padan mukalah sbb tak jaga elok2. But better late than never kan? Now dah ada kesedaran, start la jaga mana yg boleh. Paling tak best bila dah start mengganggu kelancaran kita dalam beribadat. Sedih sangat rasanya.

Baby yang makin membesar. 4 hari lagi genap 2 tahun 
Our Mimi the cat




Popular Posts