Masa Depan Yang Menakutkan

Seram sungguh kalau baca tentang perempuan skrg klu buat confession sokmo guna perkataan 'terlanjur'. Sampai word tu aku rasa macam dah jadi perkara biasa. Word yang tak bagi makna apa-apa. Macam so easy to say that I'm not married yet but I had lost my virginity to some men/mens. Allahu Akbar. Akhirnya zaman dimana org lelaki & perempuan berzina ditepi-tepi jalan tanpa segan silu sudah semakin hampir. Ke memang dah ada? Risaunya zaman anak-anak aku dah besar sok macam manelah gayanya. Zmn skrg ni pun dah begini.

Its up to some point that I am so relieved that I was born on 1982. Lega pada waktu ini aku dah selamat bernikah & ada anak-anak. Cuma kasihankan jelah nasib anak-anak in future kelak. I am so sorry that I gave birth to all of you dalam situasi zaman yang sangat mencabar ini. Masa awak semua masih kecil ni, dapatlah ibu & ayah protect awak semua drp segala cabaran dgn bantuan Allah. Tapi nanti when the time has come for all of you to face the world by yourself, kami harap kamu semua dapat menjaga diri, maruah & kehormatan diri sendiri sebaiknya. Jangan putus berdoa pd Allah supaya Dia sentiasa lindungi kamu dimana pun kamu berada. Selagi ibu & ayah hidup, kami akan sentiasa doakan keselamatan kamu, InsyaAllah.

Ibu & Ayah dulu masa muda-muda bukanlah baik sangat. Pasti ada beberapa peristiwa yang kami malu untuk ingat dan berharap kalaulah boleh diputar waktu kembali, kami pasti akan memilih jalan yang lebih baik. Dalam beberapa situasi, Allah masih menjaga kami spy terhindar drp dosa-dosa yang besar. Syukurlah. Lumrah hidup, life must go on and on. Kita semua bertaubat & berusaha utk jadi manusia yang lebih baik. Ada pilihan hidup yg kita pilih salah, ada juga yg kita pilih betul. Its about the journey of our life that makes who we are today. Bukan tiba-tiba je boleh jadi baik. Bukan juga semulajadi baik saje sampai skrg. We learned from our past tests and InsyaAllah we are better than who we are before. Kunci dia jgn pernah putus asa dengan rahmat Allah. Kena selalu usaha utk make sure we are on the right track. Nak hidup bahagia di dunia juga di akhirat.

Percayalah selagi mana kita sentiasa menjaga hubungan dgn Allah, hidup kita akan selalu bahagia. At times ujian akan datang, but we face it bravely and with positive mind. Allah uji kita sesuai dengan kemampuan. Harung ajelah selagi hidup. Dan dalam masa yg sama, kena ingat kehidupan kita kat  akhirat nanti. Cuba kumpul sebanyak mana amalan yg mampu utk kita hidup bahagia juga nanti bila kat sana. Kat sana di dalam Syurga yg mana Allah janjikan kebahagiaan buat selama-lamanya. InsyaAllah, allahumma amin.

Dear kiddos, you future will be so damn hard. Berpeganglah pada tali Allah & jgn pernah lepaskannya. Only then you will survive in this cruel world. Ibu doa kita semua berjumpa kembali di Syurga nanti.

Rindu Rotterdam







Popular Posts