Masa Sihat & Muda

Dulu-dulu masa aku sekolah menengah, agak rajin jugalah ke Masjid utk solat terawih di bulan Ramadhan. Ingat lagi ambil wudhu & pakai telekung siap-siap dari rumah, kain je pakai kat Masjid. Bila bawa motor tu mengerbang sekali telekung ditiup angin. Boleh bikin seram juga orang melihat dibuatnye hahaha. Selalunya pergi dengan Kak Lin. Sampai kat Masjid, nampak ada para ibu yang bawa anak kecil sekali. Bunyi budak menangis tu dah jadi lali telinga mendengarnya. At that time aku terfikir, eloklah aku pulun dari sekarang buat solat terawih ni kat Masjid. Sok-sok ade rezeki aku dpt zuriat, mesti payah dah nak bawa anak ke Masjid. Mane nak datang khusyuk bersolat bila dengar bunyi tangisan yang panjang gitu. So for me, better buat solat sunat tu kat rumah ajelah bersendirian bila datang peluang. Kita lebih khusyuk, orang-orang kat Masjid pun tak terganggu.

Kita jadi manusia ni jangan pentingkan diri sendiri sangat. Fikirlah tentang anak kecil yg pastinya lebih selesa berada dirumah drp berada di tempat yg penuh dengan orang. Fikirlah tentang jemaah yang mahukan ketenangan bila beribadat. Kita dah dapat peluang lama dah masa kita masih belum ada anak utk solat jemaah sama-sama time terawih tu. Adapt lah dgn situasi kehidupan kita yg skrg. Bila anak dah tidur, kita boleh buat bersendirian dgn lebih tenang dirumah. Waktu solatnya kan panjang. Tunggulah anak dah besar sikit, boleh ajak dia solat terawih sama-sama kat Masjid semula. Bila anak-anak dah faham dengan arahan & tak membuat bising sewenangnya mengganggu jemaah lain. Hidup kena ada tolak ansur.

Kemudian, ada satu ketika di awal aku masuk ke alam pekerjaan, aku merasakan ibadat berpuasa adalah sangat mudah. Perut masetu memang kuat. Tak sahur pun tak apa. Atau sekadar teguk air masak letak dalam botol tepi katil, dah memadai utk tahan sepanjang hari sampai waktu berbuka. Berbuka pun ala-ala je. Nak jimat duit pun yer hehe. Maklumlah gaji pokok waktu tu memang kecik je. Kena berjimat cermat. Aku terfikir, akan datang satu masa nanti aku takkan rasa ibadat Puasa ni satu perkara yg mudah. Jadi, pulun lah dari skrg time tengah rasa mudah ni. Waktu itulah aku puasa sebanyak-banyaknya dengan niat mengganti sekali Puasa zaman dulu-dulu yang maybe tertinggal tanpa sengaja, yg dah lupa, yg tak sempurna dan sebagainya. Aku puasa sampai aku rasa dah cukup dah ganti semuanya.

Dan skrg pd usia 30-an, aku tak rasa dah Puasa tu 1 ibadat yang mudah spt satu ketika dahulu. Tak salah apa yang aku sangkakan waktu aku muda belia dulu. Waktu muda adalah waktu yang sangat berharga. Untunglah bagi manusia yang sedar akan kepentingannya dan berusaha sedaya upaya dalam mengerjakan amal beribadat. Aku cuma dapat secebis je kesedaran dari Allah tentang bbrp ibadat. Itupun dah rasa bersyukur sangat bila tibanya saat sudah middle age ni. Tapi perjalanan masih lagi panjang. Jangan mudah merasa cukup dalam beribadat. Kena terus fokus dan berusaha sampai akhir nyawa.

Nikmat aku utk bersolat dengan sempurna sudah pun Allah tarik sedikit sejak ACL koyak haritu. Sampai kehari ini aku masih solat separa berdiri & duduk di kerusi. Lutut aku masih tak boleh nak duduk atr 2 sujud. Tak boleh lipat habis utk bertinggung diatasnya. Thats y aku kena duduk atas kerusi. Ya Allah, rindu sangat rasa dahi menyentuh ke sejadah. From time to time aku cuba utk duduk, tapi masih belum boleh. Tak tahulah sampai bila. Maybe utk selama-lamanya. I don't know. But I am sad. Aku harap Allah sembuhkan lutut aku sepenuhnya tak lama lagi. Moga aku dapat solat dengan sempurna spt dulu. Doakan aku. Terima kasih.

Masa muda, masa sihat adalah sangat berharga bg manusia. Mudah nak beribadat tanpa ada kekangan fizikal dan sebagainya. Bila kita makin berusia, Allah akan tarik nikmat tu sikit demi sikit. Bagi yang masih belum ke Mekah utk menunaikan Haji atau Umrah, eloklah time masih muda bertenaga ni berusaha utk jejakkan kaki kesana. Jangan anggap kena tua dulu baru elok pergi kesana. Pergi je time tengah sihat ni, barulah dapat fokus lebih.

Dating kali ke-3 for 2017. Aumm!





Popular Posts