Try & Error - Pemakanan Sihat

Setelah mendapat ilmu tentang pemakanan yang sihat, apa yg aku boleh simpulkan ialah bukan senang nak makan dengan sihat especially kalau nak makan kat luar. Disebabkan itulah aku dah jarang sangat makan kat luar sekarang sebab payah nak cari makanan yang aku rasa sihat. Kebanyakkan menu makanan yg dijual kat Malaysia ni memang tak sihat. No wonder lah peratus pesakit kronik spt diabetis & darah tinggi kemain tinggi kat negara kita ni.

Kadang kita ni bukan nak sangat makan kat luar. Tapi situasi tu yang tak menyempatkan diri kita utk sediakan diri makanan kat rumah. Contoh la macam aku yg selalu sampai rumah around 7-8 malam pada waktu hari bekerja. Bila ambil budak3 dari rumah owner taska, depa dah kelaparan. Nak masak pulak at least kena peruntuk setengah jam. Dengan nak solat Maghrib nya lagi. So cara paling cepat ialah singgah kedai makan & tapau. What to do?

Makanan sihat yang mudah disediakan pun agak limited. Balik balik ulang menu yang sama. Variety tu kurang. Tu kadang mudah rasa jemu & mulalah nak makan ngarot2 semula. Aku lah tu hahaha. Meh aku bagi contoh menu aku sehari kat office eh. Breakfast most of the time roti wholemeal 2 keping sapu peanut butter Steffi & strawberry jam Smuckers. Snacking aku selalunya buah samada apple atau pear. Lunch selalunya nasi dgn lauk dinner kalau tak habis. In case habis, aku tapau kat cafe staff hotel. Dinner selalunya aku kongsi makan dgn budak2 utk jaga portion makanan. Kalau tak kongsi, perut aku ni ko bagilah nasi banyak mana pun, confirm boleh habis. Tank besar. Kalau masak, aku cubalah sedaya upaya jaga portion nasi tu. Gitu ajelah. Oh yer, menu telur juga paling mudah. Skrg dah beli 1 papan telur Gred A pasal pack kecik tu cepat habis. 

Kalau weekend if pagi goreng mee or kuey teow, memang depa jelah yg makan. Aku akan sticked dengan roti kapit telur or apa2 menu yang mudah. Kadang rasa juga sesudu dua buat lepas teringin. Itulah antara perubahan yg aku dah buat dalam misi makan dengan lebih sihat utk bbrp bulan yg lepas. Berat memang tak turun banyak tapi rasa lebih sihat tu memang ada. Even badan besar, tapi stamina tu okay sikitlah than before. Tak mengah dah naik tangga rumah dukung anak. Laju je boleh sampai keatas hehe.

Oh yer, minuman manis memang dah kurang sangat sejak kenal pemakanan sihat. Boleh kata 2017 ni memang berjaya sangat mengurangkan pengambilan gula dalam minuman. Mostly gula tu datang drp pemakanan ajelah. Nasi tu eventhough tak salah utk diambil 2 kali sehari, aku cuba utk kurangkan jadi sekali sehari je time lunch. Kalau tak dpt lunch, dinner ah. Selang seli gitu tengok pd keadaan. Lauk pauk aku tak berapa jaga sangat. Makan je apa yg ada. Kdg healthy, kdg tak. Ini utk mengelakkan aku jemu yg end up akan makan balik benda tak sihat mcm biasa. Benda ni mcm try & error mengikut kesesuaian diri kita. Cara aku maybe tak boleh korang terima. So korang kena fikir sendiri cara utk korang kekal konsisten dgn gaya pemakanan yg betul ni.

Even badan masih gemuk, tapi aku rasa lebih sihat drp dulu. Alhamdulillah. Tekanan darah memang dah normal. Diabetis rasanya dah dapat lari jauh dr dia. Syukur sgt. Harap terus istiqomah sampai bila-bila.

Japanese food agak healthy juga





Popular Posts