Adhoc Makeover 2

Saje nak update pasal adhoc makeover toilet kat rumah tu. Monday lepas kerja, aku & Iz ke HomePro sekali lagi utk beli another toilet bowl & another sink to replace yang tukang terpecahkan haritu. Malang betul toilet Mocha yg ada promo RM399 tu dah out of stock yang P trap. Terpaksa beli yg takde promo RM479. Brand Mocha jugak tapi jenis 1 piece means that tempat duduk & air sekali je bukan asing. Thats y dia lebih mahal. Itulah yang paling murah and ada jenis P trap. Tak pasal-pasal dah lari budget. Since beli yg ini pakai duit aku pulak, maka agak berkira sikitlah hahaha. Ritu pakai duit Iz ade aku kesah? Tak. Sekali diri sendiri tak bernasih baik. Padan muka!

Sinki Sorento tu pun ikutkan dah out of stock. Haihh HomePro, baru berapa hari kot buat Sale dah takde stock. Sikit naw ke stock nya? Kedai besar kot. Ada luck sikit, ada customer return sebuah sinki Sorento tu. Tu pun ade defect sikit mcm goresan hitam gitu but since bila pasang dlm bilik air aku takkan nampak pun kesan tu sebab dia menghadap ke dinding, pejam mata ajelah amek. Tak kuasa dah nak tambah RM lagi. Pusing & pusing lagi aku mengusha cermin pula. Skali nampak cermin besar dgn affordable price. Ada bentuk oval & round. Aku amek oval even mahal sikit beza dalam RM4 gitulah. Benda nak pakai lama, biar beli yang hati berkenan terus. Aku tanya Iz, dia kata takmo letak kat toilet dia. Dia tak tengok pun cermin. Emphh lantak ler. Org dah offer kerek pulak. Takpe, jimat duit aku hahaha.

Toilet dia mmg ada cermin beli murah2 kat Giant. Gantung paku je. So dia tetap pakai cermin tu jelah. Toilet aku pn mmg ada juga yg murah2 gitu tapi lepasni nak export letak toilet bawah since mmg takde cermin. Jadi tiadalah pembaziran juga. Toilet aku je kaw2 makeover feefeling toilet hotel gitu konon.

Master bedroom tu nanti sebab dah tumbuh kulat bila air meresap dalam wall kes paip leaking ritu, akan di cat keseluruhannya. Dah alang-alang kan. Even dah takde leaking & aircond dah function, kami tak tidur lagi dalam bilik tu sebab masih ada bau yg tak menyenangkan. Tunggulah semuanya siap nanti baru masuk semula. Area solat & iron tu pun kena cat juga kes water tank leaking ritu. Terasa betul rumah tu dah start membuat masalah tahun ni. Sebelum ni okay je huhu. Dah duduk situ, kenalah perbaiki juga semuanya kan.

Kira-kira total cost beli barang je mau cecah RM2k. Belum masuk upah lagi tu. Cat pun belum masuk. Maybe final cost dalam RM3 to RM3.5k jugaklah. Haihh..tak pasal-pasal je kan expenses ni semua keluar. Takde dalam plan pun tapi positif ajelah, plan Allah pasti lebih baik. Ada hikmahnya semua ni insyaAllah. 8 tahun duduk rumah tu, inilah first time bagi banyak masalah. Kira okaylah. Bersyukuuuurrrr....

Sadly tukang tak boleh sambbung kirja weekend ni. Balik kampong. Looking fwd for 3rd weekend of Dec lah nampknya. Final weekend tu kami pulak yang nak balik kampong. Rindu sangat rumah Johor. Kalau cuaca elok boleh terjah waterpark Legoland with the kids. Tiket dah beli haritu. Unsabarrrr....








Hutang entry PD trip haritu. Our third and final vaccation for 2017. Alhamdulillah menepati kehendak 3 vacations in a year. Awal, tengah & end of year. Melaka, Cameron Highland & Port Dickson. Cuti-cuti Malaysia je kita tahun ni. Kehendak merudum pulak. Next year Ibu & Ayah cover balik yer bagi korang semua happy se happy happy nya, InsyaAllah ^___^






Popular Posts