Adhoc Makeover

A few months ago rumah kami tu water tank buat problem. Dah settled, a couple of weeks back aku nampak ada tompokan air kat dinding aircond. A few days later aircond pun dah tak boleh ON. Aku suspect ada atap rumah yang bocor since hujan sangat lebat kan lately. Dgn stok angin kuat kadang tu. Then panggil jugalah colleague yg dah selalu datang betulkan pape masalah maintenance rumah tu utk check. Dia kata paip yang problem meleleh air meresap dalam dinding. Semalam dia datang, nasib baik tak perlu nak hack wall pasal problem tu dari atas kena naik dalam bumbung rumah sane.

Begitulah permulaan kisah tiba-tiba je sebab kes diatas, kami decided nak buat makeover skek kat toilet master bedroom tu. Tapi setelah hari semalam, nampaknya toilet kat luar yg Iz selalu pakai tu pun kami akan buat sekali atas bbrp faktor yang tak dapat dielakkan & utk memudahkan kerja. Hari Jumaat aku, Iz & Nadim ke IOI City Mall after jumpa Mak kat MyTown & lepak kejap kat AU2. Kebetulan HomePro buat Sale Season Greetings, sudahnya kami rembat Water Heater Elba with DC Pump at RM599 free Elba Hair Dryer, kipas Deka tanpa remote (malas nak remote sbb sng rosak) 5 bilah RM189 (tukar kipas kat MB yg cuma boleh guna kelajuan max), Iron Board gemok RM85 utk dipadankan dengan iron hebat steam Philips (beli kat Lazada last week), sink Sorento RM139 & toilet bowl Mocha RM399. Total damaged RM1,500+.

Semalam, tukang terlanggar sinki Sorento sampai pecah. So kena beli sink baru. Tukang ada beli sink biasa kat kedai hardware. Dah tukar sink kat bilik air Iz selalu pakai. So at the moment, bilik air MB masih takde sinki. Pasal toilet bowl pula, kami salah beli S trap pnye shape. Spttnya yg MB (master bedroom) punye tu kena P trap. Then masa tukang nak balik, dia kata bilik air Iz sllu guna tu guna S trap. Malam td Iz kata kita takyah la tukar toilet bowl tu. Kita beli je yg P trap tu lagi sebuah. Yang sedia ada tu pasang je kat toilet dia. Jadi misi baru ialah beli bowl P trap & another sinki Sorento ganti yg pecah smlm.

Itulah kita ni manusia hanya merancang, yang jadinya nanti belum tentu. Tiba-tiba je kena pakai banyak duit dgn nak naik sekolah pula tak lama lagi. Yuran semua belum ada budget pun lagi. Manelah nak korek ni nanti huhuhu. Kasut sek Naurah kena beli lg sepasang. Baju sekolah dia pun yg dah kusam2 kena berganti juga brg 2-3 helai. Kain elok lagi, tudung ada 2 yg belum pakai. Nazif pakai baju lama je kot. Kasut dah ada. Risau bab yuran jelah lebih sikit.

Akhirnya wish list aku nak water heater end of 2016 tercapai pd end of 2017. Rasa terharu pun yer sbb Allah mcm akan tunaikan juga apa yg aku nak, cuma perlu sabar sikitlah. Kes yg lama tu Iz tak agree pasang WH. Tapi sebab kes paip bocor ni, suddenly dia pun mcm lembut hati sbb mcm alang-alang je dah buat kerja kat situ, pasang ajelah. Siap pakej tukar sinki & toilet bowl lagi. Perancangan Allah tu lagi hebat & best. Alhamdulillah. Cuma itulah uwangnya saja yg bikin pening hahaha. Takpe, ada rezeki lain datang nanti. 

Oh bercerita psl rezeki, aku nak share kisah sedekah RM5 kat makcik jual kerepek depan RHB Bank Nilai. Mmg selalu npk makcik ni kalau kesitu (Iz bayor duit monthly Almera). Perasan nti dah pkl 10pm+ gitu akan ada Myvi datang pikap dia. Tak pastilah anak dia ke ape. Aku bayangkan penatnya makcik ni duduk situ entah dari pukul berapa. Rasa kesian, so bagi ke Nadim RM5 hulur ke makcik tanpa ambil kerepek pun. Mmg rasa nak sedekah je. Makcik tu nampak happy sgt bila dia ambil duit tu siap tadah tangan mcm mendoakan kami. Lepastu kami dinner kat Pappa Rich. Meja sebelah kami ada couple warga emas. Suka betul depa tengok karenah Nadim. Balik tu makcik hulur RM10 kat Nadim. Double haaa dapat balik dr yg sedekah tadi. Allahu....sebak lak rasa hati bila fikir2 balik. 

The power of sedekah. Itu baru contoh yang ringan.

Sila fokus muka Nazif hahaha



Pemalu

Kek kukus coklat 2 bahan. Sedappp




Kes aircond MB tripped, semua tido depan TV 






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat