Mimpi Abah

Satu pagi on the way pergi kerja, Iz asked me to guess what did he dreamt last night. I was like....errr. Ingat aku ahli nujum ke ape nak main teka-teka mimpi manusia? Tak pernah-pernah pulak dia nak bercerita pasal mimpi. Biasalah lelaki kan. Benda remeh temeh bukan dia amek port pon. So aku pun pelik juga apasal tiba-tiba bukak topik mimpi ni. Tanya jelah abang mimpi apa malam tadi? Dengan suara yang ceria dia kata, " Abang mimpi jumpa Abah malam tadi ". I was like haaa?????? Huuu T__T bestnya dapat jumpa Abah walau dalam mimpi. Dengan tak sabar aku suruh dia cerita how was the dream like.

He said, he was like on a journey to somewhere and he stopped at a Masjid to perform Solat. He went in to ambil wudhu' as usual and suddenly dalam ramai manusia tu he saw Abah. Iz kata dia memang terkejut (even in his dreams) bila nampak Abah then he asked Abah, what are you doing here. Abah just smiled, shake hands and leave without saying anything.

Allah ya Allah, betapa aku mencemburui suamiku sendiri. Until today, since Abah passed away aku masih belum ada rezeki mimpi berjumpa Abah. Selalu ingat kat dia, doakan dia but still Allah masih belum perkenan utk kami berjumpa. To date cuma Mak & Iz je yang aku tahu pernah mimpi jumpa Abah. And all the dreams InsyaAllah memberi petanda Abah is happy hidup di alam sana. Alam kubur. Beberapa tahun di akhir hayatnya memang Abah seorang ahli masjid. Setiap solat fardhu memang dia gagah start motor ke Masjid. Mimpi Iz jumpa Abah kat Masjid bertepatan sangat dengan rutin harian Abah sewaktu hidupnya.

Mimpi Mak juga begitulah lebih kurangnya. Jumpa Abah senyum tanpa berkata-kata. Jumpa Abah senyum melambai tangan kearahnya. Kita anak-anak ni bila dengar org bermimpi yg baik-baik begitu rasa sayu & lega dalam masa yg sama. InsyaAllah we believe Abah berada ditempat yang sangat baik & indah sekarang. Bila kita berfikir yang baik-baik tentang orang yg kita sayang, kita pun at the same time rasa tenang & aman. Memanglah kita sangat merindui mereka tapi kalau mereka sudah berada ditempat yang lebih baik drp bersama dengan kita, bukankah itu yg terbaik?

Kerana mereka itu cuma pinjaman dari Allah utk kita menumpang kasih sesama manusia. Tiba masanya, manusia pasti akan menemui ajal. Allah ambil semula hakNya daripada kita. Jadi kita pun seharusnya redha dengan ketentuan-Nya. Sudah tertulis Allah hanya pinjamkan Abah kepada kami selama dia hidup itu. Bersyukurlah dengan masa-masa yang dah kami dapat nikmati dengan Abah dulu. Sekarang hanya gambar-gambar yang jadi pengubat rindu. Kenangan bersama Abah semasa dia masih hidup.

Allah ya Allah, tidak terungkap dengan perkataan kerinduan dihati terhadap Abah. Abah yang membesarkan kami 7 beradik dengan susah payah. Tiada sehari pun lupa untuk mendoakan kesejahteraan Abah disana. Abah yg sangat kami kasihi. Berbahagialah Abah disana. It felt surreal when a person that is so close in your heart suddenly left you forever. The feeling is much more intense dan perasaan kita terhadap alam kubur itu terasa seakan lebih dekat. Sometimes I do imagined myself go through what Abah has gone through. And I got so scared that I prayed so hard that I will have a what we called "kematian yang husnul khatimah". Dan moga Allah masukkan ke dalam Syurga tanpa hisab. Ya Allah betapa takutnya aku akan hisab di akhirat kelak. Kalau dapat aku mengelaknya, takkan aku taknak kan. Dengan kita yang amal ibadat entah hape-hape  ni. Kalau takde rahmat Allah, tak tahulah ape yang bakal kita tempuhi kelak.

Moga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang beruntung di akhirat kelak. Amin amin ya rabbal alamin,

We missed you so much Abah.





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat