Syaratnya Happy

Makin lama makin merudum idea nak menulis kat sini. Nak share tentang kehidupan sendiri pun terasa beratnya. Malas. Rasa macam tak perlu nak share. Walhal banyak je benda yg boleh dijadikan cerita. Faktor usia agaknya. 35 tahun dah hidup kat muka bumi Allah. Ya Allah terasa lamanya tu. Kalau panjang umur masuk usia 40-an entah macam manalah perangai aku masetu. Mesti dah tak sama macam sekarang. Banyak benda yang berubah samada secara sedar mahupun tak. Bukan saje nak berubah pun tapi semulajadi gitu. Takkan aku sorang je kot yang macam tu. Korang tak ke?

Ada sesuatu benda tu masa aku umur 20-an rasa okay je. Tapi kalau hadap benda yg sama pd usia 30-an ni, aku rasa benda tu sangat annoying. Begitulah perumpamaannya. People changes whether we like it or not. Mana nak sama aku yang kawan-kawan sekolah kenal dulu berbanding aku yg sekarang kan? Orang yang sama tapi karenah yang berbeza. Yang dulu tak baik, skrg tak semestinya masih tak baik. Jangan cepat menghukum manusia krn manusia sifatnya berubah. Kenal dulu balik semula & barulah kita boleh menilai.

Around Sept aku kan dah ubah mindset pasal nak turun berat badan. Kalini aku target utk ubah cara pemakanan harian. Dah tak fokus pada nak turun berat badan lagi. Sebab aku rasa thats the right way to do it kot. Utk kes diri aku la. Cara stp manusia tu tak sama yer. Kadang diri kita sendiri pun kita kena tackle the right way juga. Especially benda2 yang ko nak ubah for good & like forever lah kalau boleh. Its not an easy thing to do okay! Seriously not. Bayangkan benda yg ko dah biasa buat berpuluh tahun hidup, suddenly ko nak ubah. Dah biasa makan nasi hari-hari at least 2 kali sehari, tiba-tiba kena ubah sekali je sehari. Contoh dia lah. Ingat senang ke? Perut yg dh biasa dapat 2 tiba2 dapat 1 je. Ofkos la dia pon meragam. And u feel unsatisfied that brings you to be not happy. Oh apelah gunanya hidup yang tak happy kan? Gittew.

So first thing first, you have to change your mindset. Your goal. Kalau goal yang extreme tak boleh pakai, ko try yang less extreme. Sebab kunci dia kat sini ko nak istiqomah. Nak jadikan ia habit. And it takes time. Maybe months, maybe years. Who knows kan? So for me, I take it slowly. Biarkan masa berlalu sambil mengubah apa yg terdaya. Yang tak membuatkan aku terlampau rasa tak happy dengan life. Haha. Penting juga tu. So aku pun rasa hidup aku macam biasa je lama-kelamaan. Breakfast makan roti wholemeal 2 keping with Steffi peanut butter & Smuckers jem is normal. Snacking buah pagi & petang also normal. Nasi sekali sehari whether on lunch or dinner also are normal. Yang masih aku tak ubah adalah weekend sbb takmau rasa unhappy. But sometimes bila goreng mee/bihun for breakfast for my family members, I sticked to my normal diet that roti sbb I tak teringin sgt nak makan unhealthy food itu. Kalau rasa nak, aku makan je. Pedulik hape hahaha.

By now, aku rasa macam dah boleh adapt dengan rutin makan yang baru ni. Sebab tak terlalu strict, sesuai dengan kemampuan aku. Yang penting tak boleh langgar rule unhappy. Aku kena buat ni & rasa happy. Then baru aku boleh istiqomah. Bila rasa tak happy je, aku counter balik makan je apa yg aku nak like last week, aku habiskan sebucket aiskrim McD Party tu HAHAHA. Rasa puas gila after months tak makan. Pastu esoknya rasa bersalah & try to minimize my kalori intake kahkahh. Datang weekdays, start balik normal diet. Now level happy adalah stable. Yessss.

Aku dah lama juga tak timbang berat badan. Sebab bila timbang, kemungkinan utk aku rasa kecewa adalah sangat tinggi. So, aku sticked dengan peel lama yang tak suka timbang berat (dulu reason dia sebab taknak terima kenyataan berat asyik naik). I just want to feel good about myself tak kisahlah syok sendiri keape rasa macam ada penurunan berat, yang penting aku happy. I know that I have done my best to be healthy & I feel good. That what matters most. Hasil tu biar masa ajelah yang menentukan hahaha. Itu bukan pokok persoalannya lagi. Bukan goal yang utama la senang cakap. 

OK berjaya akhirnya aku menulis panjang kat sini. Tepuk bahu diri sendiri. Moga ada yg baik dr penulisan kat atas bagi sesiapa yg rajin membaca. Aku pun dah malas membaca skrg. Ape nak jadi ntah. Terimalah gambar2 masa ke PD sempena Nadim genap 2 tahun ritu. Memang tak rajin dah nak buat entry khas. OK la duduk Corus Paradise for the 2nd time. Hotel yang affordable dlm range rasa mampu & berbaloi esp on weekends hoho.















Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat