Ustaz Ajar Mengaji Dirumah

Alhamdulillah selesai sudah buat pembayaran utk Ustaz Umar mengajar Naurah mengaji di rumah setiap hari Sabtu pukul 11 - 1 tengahari (2jam) bermula 6 January 2018 nanti. Adhoc je buat keputusan ni. Pagi tadi aku masuk page fb Pddk BBST. Dah lama tak usha kat situ. Tujuan utama nak cari penjual makanan utk order secara bulk utk makan-makan kat office. Tup tup nampak pulak iklan orang mengajar mengaji. So tanya Iz dulu ok ke nak hantar Naurah mengaji tahun depan. Dia kata tanyalah dulu info semua. Aku pun wassap la nombor yg diberikan. Setelah bertanya begitu begini, akhirnya decided utk Ustaz Umar datang ke rumah. Caj tambahan RM20 sebulan. Total of RM70 sebulan utk kelas mengaji (3 kali Sabtu) & kelas Adab & Feqah ( 1 kali Sabtu).

Ustaz Umar ambil pelajar yang umur 7 tahun keatas. Jadi Nazif & Nadim tak join lagilah. Mudah mudahan serasi anak-anak dengan Ustaz Umar Al Farouk. Sedap namanya haaa. Sebelum apa-apa aku suruh dia cerita dulu latar belakang. Dia kata dia belajar Al Quran & Sunnah kat Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling KL. Berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Rumah kat Taman Dahlia tu rumah family. Dia ada buat kelas mengaji harian juga tapi aku kesiankan Naurah. Alangkan buat homework je pun sampai nak tertido tido dibuatnye. Inikan pulak nak tambah 1 lagi rutin. So aku memang aim kelas on weekends jelah.

Setelah ditimbang tara segala aspek, lebih tenang rasanya hati kalau Ustaz Umar datang kerumah utk ajar Naurah. Depan mata kita kan. So takdelah ade isu berbangkit dikemudian hari (mudah-mudahan InsyaAllah). Kalau serasi, InsyaAllah aku pun nak juga belajar mengaji dengan tajwid yang betul. Kita tengok dulu Naurah ni macam mana. Nak kenal-kenal dulu dengan Ustaz muda ni macam mana orangnya hehe. Moga keluarga kami lebih diberkati Allah & bahagia hendaknya dengan segala usaha utk mengasimilasi agama Islam dalam kehidupan. Iyelah kita ni zaman skrg asyik disibukkan dengan hal-hal duniawi. Bab agama ni mudah sangat kita terlepas pandang & take it for granted je.

Syukurlah ada rezeki lebih sikit kita cubalah masukkan sikit rutin agama dalam kehidupan tu. Nak pergi Surau/Masjid dah memang payah. Ada peluang ajak orang berilmu agama dtg rumah, sayang pulak nak dilepaskan dgn nilai RM yang berpatutan tu. Syukur sangat Allah lorongkan jalan utk hal ni. Alhamdulillah. Dipermudah urusan dengan Ustaz & Iz pun setuju tanpa banyak soal. Maklumlah dia kan ketua keluarga. Apa-apa kena persetujuan dia jugak kan. Kalau dia tak setuju, aku pun tak boleh buat apa benda-benda macam ni even utk kebaikkan anak-anak. Begitulah bila kita menjadi isteri dalam hidup berkeluarga ni.

Mula-mula rasa berkira juga nak tambah komitmen bulanan tu (aku manusia biasa hukhuk). Tapi bila fikir-fikir balik, siapa lagi nak tolong/support anak muda lepasan agama ni kan? Dia mengajar mengaji ni full time takde kerja lain pun. Apelah sangat RM70 tu nak dibandingkan dengan ilmu akhirat yang dia beri pd anak-anak yang mungkin menjadi asbab utk kita masuk ke Syurga nanti. InsyaAllah keputusan menjemput Ustaz Umar mengajar mengaji adalah yang terbaik utk tahun 2018. Permulaan tahun baru yg baik. Moga dipermudahkan Allah.

Sekejap je dah nak start sekolah semula. Darjah 2 dah Naurah kat SRAI. Harap tahun depan dia dah serasi dengan alam persekolahan & lebih fokus dalam belajar. InsyaAllah, amin.


Naurah masa umur 3 tahun lebih







Popular Posts