2018 A New Beginning

Tadi masa pergi toilet aku terfikir. Dlm byk2 tempat toilet jugak aku nak berfikir kan hahaha. Flash back kembali 2015 masa dapat first warning that I might pregnant. Dalam kereta otw ke office lalu jalan Jenderam, aku sendawa yang dia punya rasa kat dalam mulut masatu adalah rasa " muntah kuning " yang sgt tak digemari itu. Kepala senoneng semacam. Terus aku cakap dgn Iz, selalu kalau rasa muntah kuning ni, petanda pregnant. Kami berpandangan sesama sendiri & ketawa. Rosak plan oiii. Kalau ikut kesediaan nak menambah anak, kami plan at least kena jarak 3 tahun atr setiap anak. 4 tahun tu max lah. Tiba2 ter pregnant masa jarak umur dgn Nazif 2 tahun je. Omo....guane ni? Iz kata bukan boleh buat pape pun, rezeki sampai awal, harung jelah.

Syukurlah yg berkata-kata tu seorang yang mmg memahami bagaimana keadaan aku bila pregnant. Yang banyak membantu & caring. Aku pun redha ajelah masetu malas nak peningkan kepala. Berfikir mesti ada hikmahnya yg tersembunyi. Allah is the best planner. Today aku rasa bersyukur sangat pd usia ini, tahun 2018 yang baru muncul ni, Naurah dah masuk Darjah 2. Nazif dah nak masuk 5 tahun & Nadim dah nak masuk 3 tahun. Tahun depan Nadim nak start kindy dah. Allah, cepatnya masa berlalu. Aku rasa dah besar sangat anak-anak ketika ni. Tak lama lagi semuanya akan bersekolah. Kalau plan aku tak kelaot dulu, maybe masih ada baby yg perlu dijaga ketika ni. Ketika kudrat aku pun dah tak sekuat mana. Anak dah besar2 ni rasa kehidupan tu lebih teratur. Lebih mudah. Relax sikitlah org kata. Anak dah besar, daya tahan melawan penyakit pun semakin bagus. Anak kurang dapat penyakit, kita pun rasa lega.

Permulaan 2018 ni aku rasa legaaaa banyaaaaakkk. Alhamdulillah. Allah permudah banyak kehidupan kami sekeluarga sekarang. Akan ada perubahan yg agak besar utk Iz tahun ni. ShTech bukan lagi subsidiari SHSB.  Dijangka bulan April nanti ShTech officially akan masuk TNB. Yup Tenaga Nasional Berhad. Nervous sebab perubahan yang tak dijangka oleh kami sblm ni. Even TNB tu 1 nama yg gah di Malaysia, tapi we never know whether its for good or else. Aku sbg isteri pun debor, apatah lagi dia. Doa yg baik-baik ajelah moga ini perubahan yg baik utk kami sekeluarga. Emosi gak aku bila dah takde suami 1 company huhu. Yelah dah berbelas tahun kot kami bersama kt sini sbg suami isteri. Rasa mcm lost gitu even tak pasti lost apenya hahaha.

Setakat ni lokasi office Iz masih tetap kat sini. Hopefully kalau pindah pun masih di Cyberjaya. Aku malas nak drive g office hoiii HAHAHA. Jimat minyak pun yer kan klu car pool ni. Haihh entohlah harap yg baik2 je. Moga dipermudahkan semuanya amin yra.

Tabung resign aku pun officially lancar dah bulan pertama ni. Sebenarnya dah ada aku masuk from previous gaji psl excited kan. So dah bermula lah pemikiran ke arah nak resign. Target nak lengkapkan rumah skrg dgn segala kehendak yg aku ada sampai rasa dah takde flaw rumah tu. Target besar ofkos nak reno dapur buat KC & laundry room tp itu memerlukan kos yang besar sgt. Loan mmg nak dielakkan. No additional komitmen. Tengoklah nanti macam mana kot ada duit jatuh dr langit melayang-layang jatuh ke riba huhuhu








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat