50 - 50

Kadang aku rasa macam sayang nak resign awal ni. Bila fikir duit yang masuk kat saving TH, duit yang terkumpul dalam EPF, itulah antara perkara yang aku akan lepaskan bila dah tak bekerja nanti. Kerja sekarang ni memang senang sangat. Tak stress. Bos pun baik. Environment office pun nice. Colleagues pun okay. Macam a dream job lah senang cakap for someone like me. Aku yang tak bercita-cita tinggi ni. For this kind of job & pay, kira heaven sangat dah.

Tapiiii.....bila pandang wajah anak-anak, aku rasa aku kena utamakan mereka drp duit. Aku rasa diorang akan lebih happy kalau aku yang uruskan diorang hantar & pikap balik sekolah. Dapat makan masakan air tangan aku dengan lebih kerap drp skrg. Dapat spend time lebih dengan aku. Aku rasa life diorang lebih terurus kot. Ke tak best bg diorang sbnrnya? Aku je yg over? Hahaha...

Iz pulak macam mana gaknye ehh. Adakah dia lebih happy bila tak perlu buat kerja rumah yg skrg ni dibahagi 2? Setahu aku, dia mmg suka je buat kerja rumah. Sejenis macam MIL, tak reti duduk diam. Suka menyapu, mengemop, basuh baju, iron baju. Itulah kerja rumah yg dia buat skrg. Oh yer lupa pulak bab memasak. Dia pun pandai masak & rajin je nak masak. Kerja aku pulak skrg ni mostly cuma basuh pinggan, kemas dapur, lipat baju & masuk dlm wardrobe, memasak & jaga anak. Jaga anak tu bersama tapi banyak lebih ke aku lah esp bila Iz sibuk buat kerja rumah dia.

Adakah kehidupan kami yg skrg ni dah ideal sebenarnya? Itulah yang kerap bermain difikiran aku lately. 

Aku masih ada masa setahun lebih lagi utk berfikir tentang benda ni. Belum confirmed lagilah orang cakap. Selagi tak hantar surat resign kan? Hehe. Lagipun kita tak tahu future macam mana. Plan nak resign tu masih lagi tetap, tapi depends pd keadaan waktu tu jugalah kan. Kalau mmg line clear utk resign, aku resign. Tapi kalau ada hal-hal berbangkit yg lain, kenalah postpone kan? Kalau tak dapat resign by 2020, aku target before umur aku 40 lah pulak. Begitulah. Semuanya depends on that current situation. Manusia hanya merancang, Allah yg tentukan.

Currently fokus aku nak siapkan/lengkapkan rumah tu dengan segala kehendak yg aku ada. Baru ni aku beli set hi-fi murahan kat Lazada hahaha. Bertahun dah wish list ni since hi-fi yang lama rosak. Nampak ada set Sonic Gear promo haritu, beli jelah terus. Kelak dah tak bekerja mmg takde dahlah dpt nak membeli benda-benda lagha ni hahaha. Kehendak je kan bkn keperluan. Sementara masih ada gaji sendiri ni, beli jelah apa yg hati mahu. Toilet makeover alhamdulillah dah settled. Now dlm proses nak settlekan paint master bedroom & bilik air aku tu je. Cat dah beli, aku dah start cat feature wall, tapi cat tak cukup. Kena beli lagi setin baru blh continue mengecat. Cat utk keseluruhan bilik dah ada, tapi itulah tak start juga lagi. Kerja2 macam ni mmg aku jelah yg beriya. Iz mmg tak minat buat benda gitu. Aku ni bkn minat sgt  pun tp dek sbb suka rumah tu nampak semenggah, aku gigihkan diri jelah buat. Nak suruh2 orang ni payah bila dia pun jenis tak berminat.

Rumah tu Iz cuma maintain buat house chores je. Tapi yang menjadikan rumah tu spt rumah yg diduduki manusia adalah aku yer. Hahaha. Rumah nak maintain kemas & cantik bukan setakat ko menyapu, mengemop saje. Segala brg yg masuk dlm rumah, kalau ko tak keluarkan dia bila dah tak berguna, jadilah rumah yang macam stor. Stor kat rumah tu siapa lagi yg kemas kalau bukan aku. Drp stor tu tak boleh masuk sbb penuh dengan brg2 mengarut, spi skrg dh proper susun tak malu nak tunjuk kat org luar dah. Kerja belakang tabir ni orang tak pandang sgt or terlepas pandang. So janganlah nak mengata aku ni pemalas ke ape. Kerja yg berat2 tu mostly aku yg mentadbir okay.

Kelemahan aku bila buat kerja2 macam tu bila terserempak dengan lipas atau cicak. Tu je masalah utama hahaha. Terus mati napsu & terpaksa minta tolong org yg tak berminat nak buat kerja renyah ni. Itulah yang aku paling beraaaaat kdg tu nak menyelongkar stor/kitchen kabinet buang apa2 yg patut dibuang bila dah bertahun tak digunakan. Perempuan begitulah hehe. Porch kereta kat depan tu, drp bertingkek brg tah hape2 di satu sudut, habis aku clearkan bagi semenggah rupanya. Semak mata tengok benda bukan guna pun tapi disimpan bertahun. Bab ni Iz mmg tak amek port. Dia tau nyapu, mop, nyapu, mop. Tu je HAHAHAHA.

OK cukuplah mengata suami. Biasalah dlm lebih dia, ada juga kurangnya kan? Aku pun camtu jugak =P


Gegor lah pulok

Syok org main rambut sampai tertido

Trim je rambut dia. Sayang nak pendekkan


Cheeky boy. Mmuahh

Bile disuruh posing hahaha

Apelah yg best sgt tu?



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat