Supaya Kehidupan Lebih Lancar

Bila dah berkahwin kemudian dikurniakan anak-anak, memanglah nampak bahagia je kan. Bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi. Tapi utk menjadikan keluarga yg kita ada tu bahagia hidup bersama, bukan perkara yg mudah. Nak memastikan kelancaran kehidupan seharian tu susah dengan multi tasking yg pelbagai. Bila kita kat office, senang je tugas kita adalah sebagai seorang pekerja. Tapi bila ko dah sampai kat rumah, ko kena jadi ayah & ibu yang akan menghadapi banyak tugas. Kalau lah balik rumah cuma kerjanya melayan anak je, heaven gila lah kot. Tapi kerja rumah tu semua sape pulak yang nak hadap?

Tugas memasak, tugas basuh baju, tugas pastikan anak-anak siapkan homework sekolah. Itu antara benda yg ko kena hadap bila balik drp kerja. Dalam masa beberapa jam setelah ko sampai ke rumah, begitu banyak benda yg ko kena hadap. Belum lagi ko nak mandi & solat. Itu pun mengambil masa juga. Let say ko sampai rumah pukul 7pm & semua kena masuk tidur jam 10pm, 3 jam je masa ko ada utk buat semua tugas tu. Can you imagine how hectic that was? Macam tak cukup nafas rasanya. Kalau ada anak sorang okay lagi, anak 3 macam aku ni lagi pening. Semuanya mahukan perhatian drp kita, mau tak pening? Sorang nak basuh berak, sorang nak susu, sorang lagi nak makan bersuap. Perghhh...serabut dia takyah cakap lah hahaha

So aku pun fikirlah kalau dapat dipermudahkan segala house chores yg ada, alangkah bagusnya. Untuk mengurangkan hectic itulah. Setakat ni ada 2 benda yang banyak membantu kelancaran kehidupan seharian keluarga kami. 2 tugas ni di handle oleh Iz. Iron baju & basuh baju. Iron baju tu end of last year kami beli iron hebat Philips yang steam tangki besar tu. Utk mempercepatkan masa yg diambil utk iron baju. Iz setakat ni aku tengok dia iron semua baju sekolah sekaligus pd hari Ahad malam. Baju kerja dia masih iron setiap pagi lps bangun tidur. Cepat lah sikit sbb baju sekolah banyak dah gosok sesiap.

Bab basuh baju pulak, kami guna washing machine with dryer. Hujan spjg tahun pun tak masalah gitu plus dah tolak bab tugas menyidai & mengangkat baju dari jemuran. Semuanya dah kering & ready utk dilipat. Lipat baju pulak selalunya aku buat on weekends. Mmg berbakul-bakul la nak kena hadap tapi at least takde dah amek masa waktu malam aku on weekdays. Lega.

Oh yer, end of last yr jugak kami installed water heater dalam bilik air master bedroom. Ini pun banyak membantu mempercepatkan waktu dpt keluar dr rumah pagi-pagi weekdays. Tak perlu dah nak masak air dalam kettle & bancuh air dlm baldi utk budak2 mandi. On switch, dah suam boleh la mandi. Takde drama dah air belum masak or air suam not ready yet. Laju je semua masuk bilik air & mandi. Kadang si kenit Nadim tu pun sibuk nak mandi sama eventho dia tak perlu mandi pun takpe. Layankan jelah since budak tu memang hobinya mandi.

Bab memasak setakat ni tak jadi masalah sgt since we both enjoyed cooking. Kalau malas keduanya pun ape susah, tapau ajelah kat kedai sekitar yg ada. Kadang beli kat pasar malam. Once in a while lah sbb budak2 ni selalunya home cooked yg depa makan banyak. Maybe dah jemu dgn makanan tapau kot. Asyik tapau tempat yg sama ulang2 huhu. Klu Iz yg masak for dinner, lambat sikitlah dpt makannya. Dia slow skek masak tak macam aku yg zupzapp haha. Tp dh dia willing nak masak, aku bagi jelah malas nak berebut.  Usually, aku masak nasi so dia blh focus masak lauk 1/2 jenis je gitu yg simple2. Siap masak, dia naik atas mandi & tugas aku pulak menyuap budak2. 1 pinggan je guna, suap 4 mulut terus hahaha. Bagi kiddos kenyang dulu, after that aku plk makan. Lepas makan baru hadap kerja sekolah.

Hectic life berkeluarga dgn anak yg kecil-kecil lagi ni tapi skrg pun aku dah rasa lega banyak since Nadim dah makin membesar. Tak depended sgt pd aku & dah boleh main sendiri dgn kakak & abang. Jadi bolehlah aku bergerak bebas skek buat apa yg patut. Hikmah yg aku sedari baru-baru ni kenapa Allah rezekikan Nadim lebih awal drp yg kami rancang. Tambahan hikmah drp yg sedia ada. Aku & Iz saban tahun bukannya makin muda. Kudrat pun tak sekuat dulu. Penyakit pun dah start menjelma. Lega sikitlah bila anak2 dah besar sikit tak perlukan perhatian banyak sgt dr segi layanan tu. Pandai dah masing2 buat hal sendiri. Sekali sekala je perlukan bantuan ibu & ayah.

Indeed, Allah is the best planner. Sebab tu kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah walaupun apa yang kita mintak tak dapat. Maybe akan dapat, tapi nanti bila masa yg sesuai. Masa yg sesuai tu kita tak tahu tapi Allah je tahu. Maybe akan tak dapat, kerana sbnrnya benda tu bukan yang terbaik utk diri kita. Allah je tahu mana yang baik & tak baik. Kita suka ke, tak suka ke dengan apa yg Allah dah bagi, tetap tak boleh bersangka buruk dgn Dia. Allah jadikan manusia bukan utk menganiayai kita. Manusia tak sembah Allah pun, bukan bawa mudharat pd Dia. Kita ikut segala perintah & larangan Dia semuanya utk benefit kita sendiri di dunia mahupun di akhirat.

Ok thats all for bebelan hari ini. Terimalah kompilasi gambar makanan. Sekian.

Udang merah. Favourite!!!

Menu diet klu makan luar haha


Menu yg sangat tak diet. Family pleasure



One of my favourite fruit

For Iz

For kiddos





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat