Dengki

Satu petang tu as usual aku balik lambat menunggu Iz settled apa yg perlu di settlekan. So lepak jela opis browse sana sini menghabiskan masa yang ada. Then sorang koliq office ni pun said goodbye, dia nak balik rumah dah. Aku pon OK jelah, babai see u 2moro insyaAllah. Tak lama lepastu dlm bbrp minit koliq tu masok opis balik. Aku pun peliklah & tanya kenapa? Kot tertinggal brg keapa kan. Then koliq tu duduk kat sofa depan tu kata otw dia menuju ke kereta yg parking di tempat yg berbumbung, dia nampak ada sorang staff dept lain yg suka sangat park kt tempat yg dia selalu park kereta. Dia kata dia tau staf tu tunggu masa dia blah je pastu mesti akan park kereta dia kat situ semalaman. Which means esok paginya pn kereta tu akan ada dh kat situ sbb staf tu akan balik naik motor dengan partnernya. Kereta tu agaknya dia bw on Monday then bw balik rumah on Friday. Kegunaan utk dia nak senang bergerak bila kat office je.

Masa aku dengar sebab musabab koliq tu sanggup lepak kat office semata-mata taknak staf tu parking kereta kat situ semalaman, I was like krikk krikkkk krikk. Ini macam org pun ada ka? Huhuhu. Pelik pelik ehh peel manusia. Pd aku macam koliq ni pendengki. Benda macam tu pun nak amek port ke? Haihh entahlah...kalau aku banyak lagi benda yg jauh lebih penting utk difikirkan, tapi koliq ni semacam betul peelnya huhuhu. Takleh digest dek otak aku kelakuannya. Pada dia macam tak fair la staf tu parking tinggal kereta semalaman end up pagi2 dah kurang tempat yg staf lain boleh park. Kalau sebab staf tu mmg dpt parking pasal dia datang office awal sokay pd dia. Tapi kes dia park semalaman tu dia tak boleh nak terima & anggap apa staf tu buat salah.

Aku tak tahu nak komen apa. Dengar jelah ceritanya. Tak tahulah pendapat korang macam mana tapi kalau aku mmg x amek kisah pun benda mcm tu. Jadi bila dengar cerita benda2 macam ni rasa mcm apekah??? Sbnrnya koliq ni memang lain mcm sikit pun perangainya. Byk lagilah yg kdg aku rasa pelik-pelik je dia tak suka org tu & org ni yg mostly based on her assumptions je. Kadang bila dia bercerita, pd aku org lain tu niatnya baik, tapi kalau dr perspektif dia, orang tu mcm kurang ajar atau sombong. Koliq ni mcm sejenis ada ego yg tak kena pd tempatnya. Suka salah anggap pd org yg berniat baik pd dia. Pelik pelik je.

Org macam ni kalau aku mmg kategorikan dlm "love them in distance". Takdelah tahap masuk kategori enemy yg apa pun kita buat dia takkan pernah suka tapi cara handle tu x lari jauh la. Sebab kdg mereka ni kita tak buat pape pun kena mark. Ade je dlm otak dia nak mark orang itu tak betul, ini tak betul. Rimas sgt orang yg macam ni. Serba tak kena kita ni kan. Jenis aku, org baik dgn aku, aku baik je dengan dia. Kat office ni takde sorang pun yg masuk kategori BFF. Semuanya sama je aku layan. Lebih senang begitu. Tak suka ada rasa tak best dgn kwn2 sekerja. Kalau boleh, semua staf boleh dibawa sembang gelak2. Semua orang kita tegur, kita senyum. Apa yg org kata pasal aku kt belakang, lantakkan. Malas amek tahu. Semua staf aku suka, aku layan samarata. Barulah seronok nak datang office yerdak?

Spread the love!





Popular Posts